bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday, 21 March 2022

'Erma beritahu dia risau'

keluar pulak statment ni. aku cnp je senang korang nak baca benda viral dah ada dekat blog aku.. hehehe

farihad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kontroversi rakaman video 'teaser' drama Perempuan Itu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lalu, berpanjangan apabila pelbagai pendedahan dibuat di sebalik insiden itu.

Antara mereka yang turut bersuara adalah pelakon tersohor, Datin Seri Umie Aida yang meluahkan pendapatnya dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Umie yang juga adik Erma Fatima, iaitu penerbit drama rantaian terbabit, mempersoal tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang mengeluarkan video babak 'panas' lakonan Zul dan Siti Hariesa yang diakui tidak mendapat keizinan penerbit untuk dikongsi kepada khalayak.

"Dari awal lagi Erma meluahkan rasa risau apabila melihat 'footage' cerita ini. Erma cakap babak yang dirakam terlalu berani.

"Saya sempat berpesan kepadanya iaitu sebagai produser, dia kena tegas dan maklumkan kepada produksi supaya membuat penggambaran atas landasan dibenarkan.

"Lebih mengecewakan apabila ada pihak sanggup keluarkan 'footage' yang Erma memang hendak buang daripada penyunting tanpa keizinannya dan berkongsi di IG.

"Apa motif mereka keluarkan babak yang belum disunting dan teruja untuk berkongsi babak yang kurang indah itu di media sosial demi viral?" luah pelakon filem Embun ini panjang lebar.

Disebabkan isu terbabit ada kaitan dengan soal moral apabila babak panas yang dipaparkan dianggap keterlaluan hingga ditegur seorang Menteri Kabinet, Umie menggesa pihak terbabit mengambil tanggungjawab atas kontroversi itu.

"Dalam isu ini, beberapa pihak yang terbabit harus ke depan dan jelaskan kenapa babak terbabit jadi sampai tahap begitu? Sayangnya apabila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas yang diberi mengikut landasan dibenarkan.

"Antara skrip dan interpretasi pengarah berbeza. Lakon layar dibuat pengarah, bukannya penulis skrip atau penerbit.

"Sebagai pelakon wajar menolak lakon layar yang di luar kewarasan. Semoga jadi pengajaran buat kita semua," kata pemenang trofi Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali ini.

Kontroversi tercetus apabila pelakon utama drama Perempuan Itu, Zul Ariffin memuat naik video yang memaparkan dia melakonkan babak agak sensual berganding dengan heroin drama itu, Siti Hariesa di Instagram (IG).

Dalam babak itu, Zul dilihat membuka baju sebelum mendukung pelakon baharu itu.

Turut dipaparkan adalah adegan menyuap krim putar antara kedua-dua pelakon itu. Aktor itu kemudian bertindak memadam entri berkenaan selepas dikecam netizen.

Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Emma Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf,

Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli.

Drama Perempuan Itu mendapat sentuhan dua sutradara iaitu Isma Yusof dan Ain Sharif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

2 comments on "'Erma beritahu dia risau'"
  1. sy rs diorg kongsi dlm group wasap. then zul pulak trs share kat IG. so... hmmm tanggung laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebarangkalian jugak, semua la kena bertanggungjawab kan

      Delete