Tiktok Mekyuhhh

Thursday, 21 June 2018

selamat menyambut hari raya Aidilfitri 2018

Jumaat 15/06/2018 jatuh hari raya pada tahun 2018, rasa gembira tidak dapat aku gambarkan kerana tahun ini tahun pertama aku bergelar isteri kepada Mohd Fadzlie bin Mohd Isa suami yang aku cintai. tahun ini juga rezeki kami sekeluarga kerana bakal menyambut kelahiran Baby baru. Harap semua berjalan dengan lancar.

Khamis malam aku serta keluarga suami bertolak ke kampung halaman suami sebelah Mak dia iaitu di Batu Kikir. rasa gembira kerana kampung suami sangat cantik dengan keindahan sawah padi yang menghijau dan sangat tenang serta damai sekali. walaupun tahun ini tidak berapa ramai tetapi kehadiran lebih 5 keluarga sudah cukup meriah bagi aku.

tahun ini tema dekat Terengganu adalah Emerald Green so hari raya pertama tiada tema di Kampung suami. terasa sayu di sudut hari untuk beraya di Kampung halaman bagi raya pertama aku pendamkan supaya tidak nampak rasa sedih di riak wajah aku, siapa yang berada diperantauan akan memahami perasaan ini. aku gagahkan supaya kesedihan itu aku pendam supaya raya tahun ini akan menjadi lebih meriah dan gembira.






selesai bermaafan sesi bergembar kenangan bersama keluarga sebelah suami dan menjamu selera dengan hidangan daripada Sepupu dan sedara mara yang balik ke kampung. aku tidak mampu untuk membantu kerana tak larat... ini bukan alasan tau tapi benar, tarikh ini aku telah masuk kandungan 7 bulan.

hari raya pertama dan kedua anak sulung tidak beraya bersama kami, dia beraya bersama sebelah keluarga belah abah dia... 




hari raya ketiga kami sekeluarga balik ke Kampung halaman aku bersama. kami mengenakan baju sedondon iaitu Emerald green. kami bertolak pada pukul 9.00 am dan sampai ke kampung halaman lebih kurang pukul 2.30 petang dengan selamat.... Alhamdulillah

kami berada di Terengganu 2 hari iaitu smpai hari raya ke 5. jadi nya fair la kan raya pertama dan kedua berada di kampung suami, raya ke 3 pagi bertolak ke Terengganu sehingga raya ke 5. nanti nak update rumah terbuka pulak...

Thursday, 14 June 2018

esok hari raya

esok dah nak raya, kejap betul masa ni kan... cemburu betul masa dengan kita. aku pulak diam tak diam dah masuk 7 bulan preggy. rasa sangat cepat masa yang berlalu.

tahun ni aku beraya bersama suami di kampung nya. harap2 aku tabah la menjalani hari bersejarah ini kerana sebelum ni aku memang beraya di kampung halaman aku sahaja. bertabah la wahai hati yea.. heheh. bukan apa cuma bila pagi raya tak nampak mak ngan abah rasa sayu dan sebak pulak. tapi apa kan daya aku terima ketentuan semua yang berlaku.

tahun ni persiapan sangat simple. baju aku beli 3 pasang je sebab tak nak membazir nanti dah tak pakai lagi kan. kalau ikut kan hati aku tak nak beli tapi tak manis la kan di hari raya tak berbaju kurung dan sweet sebab aku klu pakai baju kurung ni memang terserlah keayuan nya... bluuueeekkk 


gambar diatas tu masa aku balik kampung baru2 ni... sekarang dah meriah sebab sanak saudara belah suami ada yang dah sampai. tu la rumah peninggalan arwah nenek dan atok suami.

malam ni mcm mana lah dekat sana tu... tak sabar rasanya aku nak lihat suasana kampung halaman suami yang depan rumah ni penuh dengan sawah padi. cantik sangat.





Tuesday, 15 May 2018

selesai PRU14

Rabu yang lepas 09/05/2018 selesai sudah pilihan raya tapi masih banyak pahat yang berbunyi. bagi aku sendiri kenapa nak gaduh2 negara kita kan dah aman damai dan tak perlu bertegang urat tekak menyatakan sape yang benar sape yang salah. hak mengundi kan terletak pada individu dan rakyat layak mengundi siapa yang mereka mahukan.

kita tengok la kerajaan baru ini mentadbir macam mana pulak, kalau elok Alhamdulillah akan tetapi kalau sebaliknya kita tukar yang lain pulak nanti. tiada isu tindas menindas aku sebagai rakyat Malaysia dah menjalankan tanggungjawab pemilihan ini. sudah2 lah memburuk-buruk kan sesiapa kerana nanti takut orang luar yang akan ambil kesempatan. marilah kita sepakat untuk memajukan dan memakmurkan negera bersama kerajaan baru ini.

bukan aku nak cakap banyak pasal perkara ni, just nak ingatkan diri sendiri serta rakan-rakan yang tak sudah2 berfikiran negatif dalam banyak perkara. dan aku takut sangat bila kita berpecah belah nanti. Walau apa pun yang berlaku mesti ada hikmah disebalik semua ini, kita berdoa semoga Allah permudahkan semua ini dan menjadi iktibar kepada kita.

sebelum pilihanraya aku balik menunaikan tanggungjawab aku sebab aku mengundi di Terengganu. membantu mana yang baik dan boleh, menyelidik mana yang sepatutnya aku pilih. dah dapat keputusan aku balik untuk melakukan rutin seperti biasa. walaupun begitu aku tetap melihat perkembangan semasa berkenaan negara yang sangat aku cintai dan sayangi, demi masa depan anak2 serta keturunan aku akan datang. semoga keputusan yang rakyat buat akan dapat banyak membantu rakyat menjadi lagi baik... insyA Allah
Monday, 7 May 2018

Hari ini Birthday saya yang ke 39

Assalamualaikum semua, hari ini adalah hari yang bersejarah untuk saya kerana tarikh hari ini lah saya dilahirkan oleh seorang wanita gagah dan sangat penyayang... iaitu mak saya. saya sangat bangga dengan mak dan abah saya kerana mereka mampu membesarkan saya menjadi manusia yang berguna... amin

hari ini dah 39 tahun saya lihat dunia dan alam fana ini, sangat bertuah kerana masih diberi peluang oleh PENCIPTA. kepada adik beradik yang sentiasa membantu dan menyokong saya dalam apa jua yang saya lakukan, jatuh bangun kami sama2 berusaha...

buat anak2 tersayang ibu doakan selagi hafaz dikandung badan ibu tidak akan putus2 berdoa akan kesejanteraan kalian di dunia dan akhirat.

buat insan yang amat saya cintai iaitu suami, saya sangat sayang awk dan tidak dapat gambarkan dengan kata-kata betapa saya sangat menyayangi dan menyangjungi awk... saya akan



Thursday, 3 May 2018

family day 3g Haji Abdul Malek 28-29 April 2018

pada 28 & 29 April yang lalu kami sekeluarga mengadakan hari keluarga 2018 sebelah suami di Gold coast Melaka. Perancangan berjalan dengan lancar sekali dan aku sangat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan.

akan tetapi penginapan yang kami kunjungi ini sangat mendukacitakan. baru je check in pada pukul 2 petang dah black out dah la 2 kali pulak tu. sebelah pantry pulak bocor, aku tak tahu la macam mana maintenance dia. bukan itu sahaja sarapan pagi pukul 8 baru ada, sebelum ini walaupun aku pergi ke Hotel 3 bintang lain sekali pun sarapan dah tersedia pukul 7 pagi dan teratur. ini tidak, dengan pinggan mangkuk masih basah ada pulak tu cawan masih lagi kotor...
 

kolam dia pulak tak berapa bersih dan berbahaya... aku rasa tak akan jejak lagi di situ. 

ni la keluarga besar kami... 3 Generasi Keluarga Haji Abdul Malek... 

pada malam hari ada dinner dan tema dia adalah Kesultanan Melayu Melaka... tengok la hero saya ni bukan main lagi gaya dia... huhuhu 

Mak Yong pakai simple2 sudah... hehehehe
 

Thursday, 26 April 2018

Butik ku harapan ku

minggu lepas banyak bende aku fikir pasal butik. banyak kena restock banyak kena betulkan balik dan banyak kena cantikkan lagi tempat menjadi harapan aku dan keluarga aku.

dari masa ke semasa aku perlu membuat perubahan pada butik aku supaya kelihatan cantik dan nampak menarik tertarik dan de boomb.. hehehe bukan apa, keselesaan pelanggan itu kan keutamaan kami. cewah... tapi apa2 perkara yang nak aku lakukan mesti bermula dengan modal. modal ada senang nak buat tapi bila modal sangkut semua benda yang nak dibuat tergendala. 

itu tak rapuhkan semangat aku untuk mencari dan mencari modal secukupnya. modal kecik kita buat kecik2 modal besar kita buat besar2 plak. so tak jadi masalah modal kecik atau besar janji kita pandai manage duit dan modal yang ada.

betul la cakap pepatah bukan senang nak senang dan tak susah nak susah. jadinya pilihan di tangan kita sama ada pilih untuk senang atau susah. hehehehe. aku sekarang ni pun masih straggle lagi dengan butik aku,yea la mana nak bayar butik nak bayar pekerja sebab untung kasar belum boleh tampung lagi perbelanjaan. so kena la cari alternative lain cari duit bayar semua tu. 

orang nampak WOW ada butik tapi disebalik nya masih lagi aku merangkak dan terus berusaha. kalau ikutkan perancangan tahun 2019 akan ada 1 lagi cawangan akan dibuka tetapi semua itu masih dalam perancangan lagi... kita merancang Allah yang tentukan, betul tak?



Thursday, 19 April 2018

Jaga Lidah Jagalah Akhlak

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
 
Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.


Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara. Namun, sekali berbicara, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapannya sangat tinggi eolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah. Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin’ kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya. Pertama, orang yang berkualiti tinggi. Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian. Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.

Kedua, orang yang biasa-biasa saja. Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu. Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.

Ketiga, orang rendah kualiti diri. Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya. Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.

Keempat, orang yang cetek fikirannya iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah.
Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.

Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t. INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk.Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)


RENUNGAN BERSAMA 
Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".
Kemudian lelaki itu berkata lagi, "Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit sembahyang, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya." Maka Rasulullah SAW berkata, " Sungguh ia termasuk ahli syurga . "(HR.Muslim)