KATA Imam
al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan
yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan
menarik.Selanjutnya Imam
al-Ghazali berkata: âKeimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas,
selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan
mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia
ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk
menjerumuskan manusia.â
Daripada kata Imam
al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam
kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga
boleh dihumban kita ke neraka. Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan
keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah
sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah
apabila bercakap.
Baginda adalah
contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara
atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah
individu yang sangat jarang berbicara. Namun,
sekali
berbicara, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapannya sangat
tinggi eolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda
menembus hati,
menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku
orang
dengan izin Allah. Atas sebab itu, Rasulullah digelar âAl-Aminâ kerana
sejak
kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu
kualiti
seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.
Manusia dapat
dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya.
Pertama, orang yang berkualiti tinggi. Jika mereka berbicara, isinya sarat
dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian. Orang seperti ini
bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang
mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara
mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang
diutarakan.
Kedua, orang yang
biasa-biasa saja. Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan
peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti
akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu. Jika melalui semua
bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar
memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.
Ketiga, orang
rendah kualiti diri. Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan
menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering
mengeluh banyak masalah. Mereka juga tidak
tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar
keluhannya seperti âkenapa lauk ini kurang sedapâ, namun begitu habis juga
dimakannya. Hari-harinya
dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan.
Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak
dapat membezakan nikmat dan musibah.
Keempat, orang
yang cetek fikirannya iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan
dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada
Allah.
Mengapa mereka
perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering
dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya
berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.
Oleh itu
berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah
berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik
mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t. INDIVIDU
berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya.
Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan
perkataan buruk.Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
âSiapa yang
beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diamâ (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
RENUNGAN BERSAMA
Suatu hari seorang lelaki
datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, "Ya Rasulullah! Sungguh si
fulanah itu terkenal banyak sembahyang, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga
terkenal jahat lidahnya terhadap tetangga-tetangganya. ". Maka berkatalah
Rasulullah SAW kepadanya, "Sungguh ia termasuk ahli neraka".
Teringat dengar Ikim tempoh hari
ReplyDeletepasal jagalah kata-kata
sy pun suka dengar ikim gak awk...
Deleteperkongsian yang bernas! terima kasih =)
ReplyDeletethanks singgah
Deletehai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
ReplyDeletesincerely , farahain zfa
hi awk... salam perkenalan
DeleteSetuju lebih dari 100%.. Kadang2 dalam bergurau tak sengaja melukakan hati, maaf kan saya..
ReplyDeletefaham memahami itu sangat penting, jangan kita je kena faham orang tp orang x faham kita tu yang sedih
Delete