bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 14 June 2018

esok hari raya

esok dah nak raya, kejap betul masa ni kan... cemburu betul masa dengan kita. aku pulak diam tak diam dah masuk 7 bulan preggy. rasa sangat cepat masa yang berlalu.

tahun ni aku beraya bersama suami di kampung nya. harap2 aku tabah la menjalani hari bersejarah ini kerana sebelum ni aku memang beraya di kampung halaman aku sahaja. bertabah la wahai hati yea.. heheh. bukan apa cuma bila pagi raya tak nampak mak ngan abah rasa sayu dan sebak pulak. tapi apa kan daya aku terima ketentuan semua yang berlaku.

tahun ni persiapan sangat simple. baju aku beli 3 pasang je sebab tak nak membazir nanti dah tak pakai lagi kan. kalau ikut kan hati aku tak nak beli tapi tak manis la kan di hari raya tak berbaju kurung dan sweet sebab aku klu pakai baju kurung ni memang terserlah keayuan nya... bluuueeekkk 


gambar diatas tu masa aku balik kampung baru2 ni... sekarang dah meriah sebab sanak saudara belah suami ada yang dah sampai. tu la rumah peninggalan arwah nenek dan atok suami.

malam ni mcm mana lah dekat sana tu... tak sabar rasanya aku nak lihat suasana kampung halaman suami yang depan rumah ni penuh dengan sawah padi. cantik sangat.





Related Post:

  • Bulan ramadan bulan kesabaranBulan ramadan ni banyak menguji kesabaran hati, kesabaran nafsu dan kesabaran lidah. Bulan ni la banyak mengajar aku untuk terus bersabar supaya dapat menjadi umat Islam yang baik 
 Read More
  • Selamat menyambut ramadan 2016Dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan saya memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita sama ada yang tersurat mahupun tersirat, yg se
 Read More
  • Dah hari ke-8Hari ni korang buka puasa makan apa? Hari ni aku tak gi bazar ramadan pun. Macam2 tahun-tahun yang sudah kalau en suami tak bawak memang tak la aku singgah ke bazar yang ramai sang
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment