bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 15 May 2018

selesai PRU14

Rabu yang lepas 09/05/2018 selesai sudah pilihan raya tapi masih banyak pahat yang berbunyi. bagi aku sendiri kenapa nak gaduh2 negara kita kan dah aman damai dan tak perlu bertegang urat tekak menyatakan sape yang benar sape yang salah. hak mengundi kan terletak pada individu dan rakyat layak mengundi siapa yang mereka mahukan.

kita tengok la kerajaan baru ini mentadbir macam mana pulak, kalau elok Alhamdulillah akan tetapi kalau sebaliknya kita tukar yang lain pulak nanti. tiada isu tindas menindas aku sebagai rakyat Malaysia dah menjalankan tanggungjawab pemilihan ini. sudah2 lah memburuk-buruk kan sesiapa kerana nanti takut orang luar yang akan ambil kesempatan. marilah kita sepakat untuk memajukan dan memakmurkan negera bersama kerajaan baru ini.

bukan aku nak cakap banyak pasal perkara ni, just nak ingatkan diri sendiri serta rakan-rakan yang tak sudah2 berfikiran negatif dalam banyak perkara. dan aku takut sangat bila kita berpecah belah nanti. Walau apa pun yang berlaku mesti ada hikmah disebalik semua ini, kita berdoa semoga Allah permudahkan semua ini dan menjadi iktibar kepada kita.

sebelum pilihanraya aku balik menunaikan tanggungjawab aku sebab aku mengundi di Terengganu. membantu mana yang baik dan boleh, menyelidik mana yang sepatutnya aku pilih. dah dapat keputusan aku balik untuk melakukan rutin seperti biasa. walaupun begitu aku tetap melihat perkembangan semasa berkenaan negara yang sangat aku cintai dan sayangi, demi masa depan anak2 serta keturunan aku akan datang. semoga keputusan yang rakyat buat akan dapat banyak membantu rakyat menjadi lagi baik... insyA Allah

Related Post:

  • Mak operate katarak MataPada 19/11/2024 Mak kesayang kami telah buang katarak mata di Hospital Kuala Terengganu sebab mata mak dah tak nampak. Pada mulanya kami ragu-ragu untuk mak menjalani operation ker
 Read More
  • Semoga Dipermudahkan urusan kami membeli rumahPerkara ni dari bulan Jun lagi pembelian rumah yang kami sewa, owner nak jual. Puas jugak aku dan suami mintak untuk mereka jualkan rumah tu. Sebenarnya aku tak berapa setuju untuk
 Read More
  • Hari Apresiasi 6 Tahun tabika Kemas 2024Pada 09/01/2025 (Khamis) sekolah Adha ada majlis apresiasi tahun 6 2024. Seramai 522 murid telah dianugerahkan sijil tamat persekolahan. Ramai betul dan aku rasa macam convo budak-
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment