usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Showing posts with label dAIrY 2020. Show all posts
Showing posts with label dAIrY 2020. Show all posts
Tuesday, 29 September 2020

Payahnya memadam api kemarahan

Selalu kita dengar menjaga anak perempuan seorang lagi payah dari menjaga lembu sekandang. Ini la yang berlaku pada aku sekarang. Ketahanan mental dan fizikal mesti kena kental kalau tak satu pihak akan makan hati dan satu pihak lagi akan buat kesilapan tanpa henti. 



Abah dan mak dulu menjaga kami adik beradik sangat cekat dan tekal, mendidik kami tanpa jemu dengan perangai kami bermacam-macam. Memang aku sangat tabik tapi aku Allah kurniakan hanya seorang anak perempuan dan buatkan aku sangat diuji dengan kesabaran tahap tinggi. Semoga aku sentiasa sabar dengan karenah dia.. Allahuakbar 


Friday, 25 September 2020

Bila kita terlupa

 Hi kawan-kawan.. 

Agak2 ada lagi ke followers aku? Lama sangat tak update blog kesayangan ni. Masa dan tenaga tidak mengizinkan untuk aku coretkan sesuatu tapi kali ini aku cuba kerana terasa nak meluahkan perasaan yang semakin hari semakin leka dengan duniawi

Semenjak Rg Boutique Cafe dibuka semula, sibuk aku lain macam dengan pelbagai perkara nak difikirkan. Dari segi stok barangan butik, stok barangan cafe membuatkan aku tak betah duduk diam

Pada 22/06/2020 aku rasa sangat down tapi aku pulihkan kembali dengan jalan yang lurus, aku bernasib baik kerana aku dikelilingi oleh mereka yang positif dan membantu aku untuk pulih. Aku tiada masa melayan perasaan dengan bersifat negatif. Semoga Allah sentiasa bersama aku..

Selepas beberapa hari aku kemurungan, aku terus bangkit dengan perniagaan aku dengan kerja rutin aku dengan tugasan aku sebagai seorang pekarja di sebuah syarikat swasta mesti diteruskan. Dengan bekalan tenaga di usia aku 4 series aku merangkak bangun dan terus mara tanpa menoleh ke belakang. Aku tak nak buang masa kerana masa aku sudah suntuk.

Banyak perubahan telah aku lakukan di kedai aku dengan menambah lebih lagi barangan butik seperti pakaian, kosmetik, skin care dan perfume. Begitu juga dengan cafe sekarang Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah pelanggan yang walkin atau cod. 

Untuk beberapa bulan ini aku sangat sibuk dengan banyak perkara terutama mencari beberapa idea untuk kemajuan perniagaan aku. Aku berdoa semoga perniagaan aku meningkat dari masa ke semasa, dari tahun ke tahun sehingga aku menutup mata. Semua itu untuk masa depan anak2 dan bekalan aku di SANA kelak. 

Nanti selepas ni beberapa coretan buat kawan2 untuk menjadi seorang usahawan yang cekal.. 

Wednesday, 29 April 2020

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Al-Fatihah buat abah...

♡ ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN ♡
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

☝🏼apabila tiba bulan Ramadhan... semua roh berkumpul di *Luh Mahfuz* memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi...

👉🏼 ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan...

👉🏼 roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin² yang mendoakan mereka...

👉🏼 manakala roh² yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di *Luh Mahfuz*

☝🏼apabila roh dibenarkan pulang...

👉🏼 perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka...

👉🏼 kemudian mereka akan pergi ke rumah anak² mereka...

👉🏼 orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka...

👉🏼 perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri...

☝🏼pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke *Luh Mahfuz* dengan bekalan yang diberikan oleh mereka² yang masih hidup...

👉🏼 di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur...

👉🏼 alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang...

☝🏼orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang² yang masih hidup...

👉🏼 alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang² yang masih hidup...

☝🏼oleh itu wahai sedare2 ku...

👉🏼 jangan biarkan orang² yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita...

☝🏼sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu..

☝🏼terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu :

👉🏼 doa anak² yang soleh
👉🏼 ilmu yang bermanfaat
👉🏼 sedekah amal jariah

☝🏼sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda...
dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama...

☝🏼yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh...

☝🏼jika anda melakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan...
=================
JAMBATAN YANG PALING AKU TAKUTI
=================
JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG

👉🏼 ialah titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang... dibawahnya terbentang *NERAKA* dan disebelahnya terbentang *SYURGA* yg luas...

☝🏼diceritakan bahawa
untuk merentasi titian sirat mengambil masa 15000 tahun...

👉🏼 5 ribu tahun menaik
👉🏼 5 ribu tahun mendatar
👉🏼 5 ribu tahun menurun

#share lah... dpt pahala mengingatkan sesama agama kita.

☝🏼seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur...

☝🏼sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah...
bila kita dah nampak ayat ni, setan hasut _"tak payah copy paste la.. buang masa je"_

👉🏼 Mashaa Allah... ORG YG SYG ALLAH RINGAN TGN DIA NAK SHARE
Monday, 27 April 2020

Hari Ke 4 ramadan

assalamualaikum semua sahabat blogger, 

korang masak apa untuk juadah berbuka puasa hari ni? banyak ke korang masak? saya hari ni en suami yang masak, katanya nak masak kerabu maggie semoga sedap dan lazat lah hendaknya... heheheh

ni gambar dari en google je
 
persiapan raya korang mcm mana? macam biasa ke sama dengan persiapan sebelum-sebelum ni? tanya je heheheh saya tak ada persiapan apa2 lagi sebab belum ada mood nak beraya cuma untuk anak-anak ada la sehelai dua dah beli sebab dah lama jugak tak shopping baju baru untuk anak-anak. biarlah ibu-ibu utamakan anak-anak dulu yea.

kehidupan semasa PKP ni rasa rimas jugak la kan, nak2 kita yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan tapi tak apa sebab bagi aku ini la masa untuk aku lebih masa bersama suami dan anak-anak.

aku masih berharap agar pkp akan terus pulih dalam masa terdekat ini kerana aku nak balik kampung beraya bersama mak dan adik beradik serta saudara mara.


Saturday, 25 April 2020

Selamat menyambut bulan ramadan 2020

Hari ni adalah hari ke 2 kita menunaikan ibadah puasa yang sangat lain dari tahun2 sudah. Tahun 2020 adalah tahun yang mempunyai seribu pengertian, pengalaman dan perasaan. Tahun ini kami tidak boleh berkumpul untuk sama2 berbuka di kampung macam tahun2 sudah san tahun ini jugak sudah tiada lagi abah dengan kami. Mereka yang pernah merasa kehilangan akan tau betapa sakit merindui orang yang telah tiada. Kami tak akan lupa untuk sentiasa mendoakan arwah abah supaya tenang disana.

Aku juga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al mubarak kepada semua rakan blogger sama ada kenal mahupun tidak pernah bersua. Kalian la inspirasi aku untuk terus berblogger. Jika selama ini aku melakukan kesilapan dalam penulisan tegur la aku, InsyaAllah aku akan menerima dengan hati yang terbuka.






Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan PKP telah masuk ke fasa 4, aku sebagai seorang ahli perniagaan tidak pernah berhenti untuk memajukan bisnis dan sentiasa ligat mencari peluang2 yang ada. Sekarang RG BOUTIQUE CAFE masih lagi tutup, masa ini aku berusaha untuk make over boutique cafe aku supaya lebih tersusun dan cantik serta selesa kepada pelanggan.

Ada beberapa lagi yang belum siap tapi aku akan buat slow2 iaitu lantai, pintu cermin dan aircond sebab sekarang ni aku gunakan kipas untuk cut cost.

Semoga usaha aku akan berjaya... amin


Tolong la patuh arahan..

Sekarang ni dah masuk fasa ke-4 PKP di Malaysia tetapi ramai lagi rakyat yang langsung tidak endahkan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk putuskan rantaian convid19 ini. Aku sebagai manusia biasa dan ramai rakan dari barisan hadapan sangat sedih kerana mereka bekerja sehingga 12 jam sehari untuk pastikan rakyat iaitu kita ni tidak dijangkiti. Korang yang sangat senang je di arahkan untuk #stayathome kenapa payah nak dengar.

Di Negeri Sembilan juga tidak lepas sekarang ni dah jadi zon merah tapi masih tiada kesedaran? Allahuakbar.. hari ini adalah hari ke 2 kita menunaikan ibadah puasa dan sehali gus selepas tu sambut hari raya, korang tau x rakyat macam kami ni yang duduk diperantauan apa kami rasa? Nak jumpa mak, adik beradik dan saudara mara tak dapat sebab convid19 ini.

Tolong la semua simpati pada diri sendiri perkara ini bukan perkara yang remeh, ia boleh bawa kepada kematian... sempena bulan ramadan ini kita sama2 lah bermuhasabah diri supaya menjadi insan dan hamba yang terus bertakwa kepada Allah.


Tuesday, 31 March 2020

baju raya 2020

walaupun tahun ini adalah tahun yang sangat menyedihkan bagi semua orang kerana convid19 ini tetapi kehidupan harus diteruskan.

kami dari rg boutique ada menyediakan baju kurung raya 2020 untuk semua, berminat bleh pm saya yea di no www.wasap.my/60173502400








Allah uji sebab sayang

kematian demi kematian kita dengar setiap hari berkenaan convid-19 ini. kebanyakan dari usia 50 tahun ke atas yang difahamkan antibodi mereka sangat kurang, aku pun merasa bimbang dan sangat sedih kerana kebanyakan mereka adalah golongan tabligh.

hari ini 31/03/2020 PKP masih berjalan sehingga 14/04/2020 kerana rantaian convid-19 masih belum terputus. Allah uji kita sebab Allah sayang, banyak dah yang telah berlaku dimuka bumi membuatkan Allah memberi ujian supaya kita umat manusia tidak terus leka dan tenggelam dalam dunia yang semakin tenat ini... Allahuakbar

semalam di perumahan aku seorang makcik telah meninggal kerana convid-19, beliau berumur dalam lingkungan 50 tahun lebih dikatakan sama ada ada jangkitan dari perhimpunan tabligh atau di kenduri kawin. masa tu PKP masih belum berkuatkuasa. semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan besar ini kerana mereka tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir, tidak dapat mengucup untuk perpisahan... YaAllah, sedih bagi aku yang hanya mendengar tetapi sangat pilu bagi keluarga arwah yang merasakan semua ini.

kita hanya berserah kepada Allah yang maha Esa atas setiap yang berlaku dan mesti ada hikmah.. kita selalu banyakkan berdoa semoga kita sentiada dilindungi oleh NYA... amin


RG Boutique Cafe

officially buka pada 17/02/2020 tetapi masih banyak kekurangan dari kami iaitu menu yang masih belum ditetapkan dan banyak lagi la benda yang perlu diperbaiki. bab penat memang tidak dapat di sangkal lagi, otak sentiasa berfikir untuk boutique cafe aku ni.

aku masih memerlukan staf yang mahir dalam masakan kerana aku tak nak orang nampak cafe aku ni cafe yang biasa je, mesti ada kelainan yang akan kami hidangkan kepada pelanggan dengan harga yang sangat jimat.

pembukaan aku masih belum fikir lagi tarikh dia memandangkan negara dan dunia menghadapi penyakit convid19 ini. perkara ini sangat sedih dan amat membimbangkan kepada semua manusia. so aku terpaksa menutup terlebih dahulu boutique cafe aku bagi mengikuti saranan kerajaan.


Friday, 14 February 2020

jangan cabar kesabaran orang

aku sentiasa mengingati diri sendiri tentang sabar, "sabar separuh dari iman". orang yang kesabarannya tipis iman nya juga tipis dan aku sentiasa ingat perkara itu tapi aku hanya manusia biasa, aku juga tidak lari dari hilang kesabaran dengan orang-orang tertentu.

gambar ni aku ambik dari web https://khairulhakimin.com

aku sangat respek pada kawan yang sentiasa positif, mereka ini berada dalam kelompok biznes dan mereka berjaya mengatasi manusia yang berfikiran negatif dan sentiasa melontarkan kata-kata tidak sepatutnya. di usia aku dah 40 ni aku akan lebih berfikiran positif supaya aku akan sentiasa nampak muda dan jelita... hahaha

sekarang sekeliling aku ada rakan-rakan yang berfikiran negatif dan sentiasa menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri. manusia macam ini merimaskan otak dan fikiran aku sebab aku terpaksa mengeluarkan kata-kata negatif dalam hati dan sangat menyakitkan. aku sentiasa berdoa supaya manusia ini aku tidak sentiasa berurusan dan aku tak mahu mengeluarkan kata-kata kesat didalam hati sebab Allah ada menyebut jika kita hanya menyuarakan didalam hati Allah akan murka juga dan mesti meminta maaf pada si manusia yang aku telah maki hamun itu.

susahnya hendak menjadi manusia positif bila berdepan dengan manusia negatif dan anggap mereka betul dalam semua hal. tapi sekarang aku hanya redha dan akan mengelak selagi boleh dan hanya tersenyum supaya perlakuan negatif yang aku dapat aku buang jauh-jauh.

kawan-kawan pulak macam mana nak mengelak daripada manusia yang sentiasa mencabar kesabarang korang?

Wednesday, 12 February 2020

coronavirus di Malaysia

semua rakyat bahkan semua negara telah maklum berkenaan virus sekarang yang menjadi topik utama dunia telah menyerang tanpa memilih faktor umur. Puncanya bermula di Wuhan yang berada negara cina. 

aku copy beberapa maklumat untuk sama-sama mengetahui serba sedikit untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita dan keluarga tidak dijangkiti.


KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya seorang rakyat Malaysia dijangkiti coronavirus baharu (2019-nCoV) di sebuah hospital swasta di Cheras di sini, adalah palsu. Menerusi akaun Facebook rasminya, Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada kes 2019-nCoV di lokasi berkenaan seperti yang tular di media dan aplikasi sosial.

Mesej tular itu mendakwa satu kes coronavirus dikesan di Hospital Sunway Cheras (Sunway Medical Center Velocity) dan memberi amaran orang awam supaya tidak mendekati lokasi terbabit. “Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” tegas KKM dalam kenyataan itu, semalam.


Pada masa sama, KKM turut menafikan satu lagi dakwaan kononnya ada individu dijangkiti coronavirus di tingkat tiga pusat beli-belah Mid Valley, di sini. Semalam, pengurusan Mid Valley mengeluarkan kenyataan menafikan berita palsu itu dan memaklumkan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di sekitar kawasan premis berkaitan susulan penularan coronavirus di negara ini.

“Kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Ia termasuk menempatkan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) di sekitar pintu masuk pusat beli-belah, kaunter pertanyaan, tandas, lobi, lif dan eskalator. “Kakitangan Mid Valley turut akan meningkatkan kekerapan pembersihan beberapa kawasan dan fasiliti tumpuan pengunjung termasuk lif, tandas dan tombol pintu.

“Selain itu, kita menjalankan pemeriksaan suhu terhadap kakitangan pengurusan dan pembekal barangan dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu.


Pasar makanan laut Wuhan bukan satu-satunya punca penularan coronavirus - Pakaree

BEIJING: Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber kepada penularan wabak coronavirus (2019-nCoV), kata pakar paru-paru di China, lapor agensi berita Xinhua.

Naib Pengarah Hospital Wuhan Jinyintan, Huang Chaolin, dalam satu wawancara dengan majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, mungkin terdapat beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula disebarkan kepada manusia.

Hospital itu antara pusat perubatan dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan. Huang dan pasukannya baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel di Lancet, jurnal perubatan umum terkemuka dunia, berkaitan beberapa penemuan awal mengenai data klinikal coronavirus membabitkan 41 kes yang terawal.

Pesakit pertama yang dimasukkan ke hospital Huang pada 1 Disember didapati tidak terdedah langsung dengan pasar borong makanan laut Huanan di Wuhan, sebelum ini dianggap sebagai lokasi penularan wabak dan keluarganya juga tidak mengalami gejala pernafasan atau demam. Antara tiga pesakit lain yang diterima pada 10 Disember, dua tidak terdedah dengan pasar makanan laut itu. Secara keseluruhan hanya 27 daripada 41 kes yang mempunyai kaitan dengan pasar.

“Berdasarkan keseluruhan keadaan, pasar makanan laut bukanlah satu-satunya sumber (asal novel coronavirus), ia mungkin datang daripada pelbagai sumber,” kata Huang. Tetapi tiada petunjuk ditemui mengenai sumber lain itu. Pasar makanan laut Huanan terletak di kawasan pusat bandar daerah Jianghan, kurang satu kilometer dari stesen keretapi Hankou. Selain makanan laut, ayam dan daging turut dijual di pasar itu sebelum ia ditutup pada 1 Januari.

Pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China sebelum ini berjaya mengasingkan sampel yang diperoleh dari pasar berkenaan. Sebanyak 33 daripada 585 sampel didapati mengandungi virus asid nukleik.

Sehingga Selasa, virus maut itu telah meragut 132 nyawa dan menjangkiti 5,974 orang di seluruh negeri China. – BERNAMA
Tuesday, 11 February 2020

sebulan berlalu

telah sebulan abah meninggalkan kami, terasa masih semalam aku berbual dengan dia. bukan hendak menidakkan takdir cuma aku masih dalam proses memahami erti kehilangan yang amat menyakitkan hati dan perasaan.

setiap kali teringatkan arwah aku akan mendoakan dan sedekahkan Al-fatihah buat abah semoga abah tenang disana dan berada disamping orang-orang yang soleh. aku berjanji kepada abah selagi aku masih hidup iringan doa tidak akan putus sehingga nafas aku yang terakhir, insyaAllah

aku juga berjanji pada diri sendiri untuk bersedekah bagi pihak abah sebab banyak yang aku belum tunaikan pada abah... Al-Fatihah 

kata-kata nasihat serta ajaran agama yang telah abah bagi akan sentiasa aku praktikkan dan aku akan ingat sampai bila-bila abah..



UseZally