bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday, 27 April 2020

Hari Ke 4 ramadan

assalamualaikum semua sahabat blogger, 

korang masak apa untuk juadah berbuka puasa hari ni? banyak ke korang masak? saya hari ni en suami yang masak, katanya nak masak kerabu maggie semoga sedap dan lazat lah hendaknya... heheheh

ni gambar dari en google je
 
persiapan raya korang mcm mana? macam biasa ke sama dengan persiapan sebelum-sebelum ni? tanya je heheheh saya tak ada persiapan apa2 lagi sebab belum ada mood nak beraya cuma untuk anak-anak ada la sehelai dua dah beli sebab dah lama jugak tak shopping baju baru untuk anak-anak. biarlah ibu-ibu utamakan anak-anak dulu yea.

kehidupan semasa PKP ni rasa rimas jugak la kan, nak2 kita yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan perniagaan tapi tak apa sebab bagi aku ini la masa untuk aku lebih masa bersama suami dan anak-anak.

aku masih berharap agar pkp akan terus pulih dalam masa terdekat ini kerana aku nak balik kampung beraya bersama mak dan adik beradik serta saudara mara.


Related Post:

  • Training VUS SainsPada 26/05/2022 aku bantu pegawai untuk kursus VUS. tak ada idea nak mengarang panjang-panjang so nak tunjuk gambar je... hehehehe. layan je gambar dan video dari aku
 Read More
  • susah nak update blogsemenjak laptop tak ada ni memang susah nak sangat nak update blog. aku jenis tak suka update pakai phone ni. nak jugak pakai pc atau laptop. biasa waktu malam en suami yang konker
 Read More
  • lunch jumaat 17/06/2022pada jumaat yang lepas aku bersama 2 rakan baik heheheh... pergi cari makanan untuk lunch. sebenarnya kami dah ada makanan free pegawai bagi tapi nak keluar juga cari makanan. â€Š Read More
2 comments on "Hari Ke 4 ramadan"
  1. Wah! untungla... en hubby yang masak hehehee...
    Mrs. A masak gulai sardin campur pucuk ubi dan goreng mee basah, Mr. A masak sambal pecak resepi mak dia hiks! then Aryssa masak telur dadar. Hurm... semua memasak hari ini.
    Semoga keadaan akan kembali pulih seperti sediakala dengan kadar segera.

    ReplyDelete
  2. insya Allah... selamat berpuasa juga kepada akak dan keluarga

    ReplyDelete