Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label cERiTa dAn pENGaJaRaN. Show all posts
Showing posts with label cERiTa dAn pENGaJaRaN. Show all posts
Friday, 14 February 2020

jangan cabar kesabaran orang

aku sentiasa mengingati diri sendiri tentang sabar, "sabar separuh dari iman". orang yang kesabarannya tipis iman nya juga tipis dan aku sentiasa ingat perkara itu tapi aku hanya manusia biasa, aku juga tidak lari dari hilang kesabaran dengan orang-orang tertentu.

gambar ni aku ambik dari web https://khairulhakimin.com

aku sangat respek pada kawan yang sentiasa positif, mereka ini berada dalam kelompok biznes dan mereka berjaya mengatasi manusia yang berfikiran negatif dan sentiasa melontarkan kata-kata tidak sepatutnya. di usia aku dah 40 ni aku akan lebih berfikiran positif supaya aku akan sentiasa nampak muda dan jelita... hahaha

sekarang sekeliling aku ada rakan-rakan yang berfikiran negatif dan sentiasa menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri. manusia macam ini merimaskan otak dan fikiran aku sebab aku terpaksa mengeluarkan kata-kata negatif dalam hati dan sangat menyakitkan. aku sentiasa berdoa supaya manusia ini aku tidak sentiasa berurusan dan aku tak mahu mengeluarkan kata-kata kesat didalam hati sebab Allah ada menyebut jika kita hanya menyuarakan didalam hati Allah akan murka juga dan mesti meminta maaf pada si manusia yang aku telah maki hamun itu.

susahnya hendak menjadi manusia positif bila berdepan dengan manusia negatif dan anggap mereka betul dalam semua hal. tapi sekarang aku hanya redha dan akan mengelak selagi boleh dan hanya tersenyum supaya perlakuan negatif yang aku dapat aku buang jauh-jauh.

kawan-kawan pulak macam mana nak mengelak daripada manusia yang sentiasa mencabar kesabarang korang?

Tuesday, 4 February 2020

Berita tergempar dari office

Semua perkara daripada Allah sebab dia yang aturkan perjalanan hidup kita sama ada sentiasa bahagia ceria atau mendung berduka. Ni peringatan pada diri aku sendiri kerana apa jua yang kita lakukan jika tidak dapat akibat di dunia di akhirat kita akan dapat pembalasan. 

Hidup hanya sementara dan di sana kekal abadi, insyaAllah semua yang berlaku mesti ada hikmah yang DIA sahaja yang tau tapi kita diberi akal fikiran sepatutnya boleh berfikir dengan rasional mana baik mana buruk. Walaupun kita tak sempurna, kita manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna so jangan jadikan alasan yang kita tidak sempurna dengan melakukan kerja-kerja yang di larang oleh Allah. 

Semoga pegawai-pegawai atasan ini akan mendapat pengajaran dan bertaubat. Jika mereka memang tidak bersalah Aku doakan kepada mereka untuk tabah dalam menjalani ujian Allah di dunia ini. Setiap apa yan berlaku mesti ada hikmah.. 
Wednesday, 11 July 2018

SubhanAllah... Cantik petikan ini. Kebesaran Sang Pencipta



          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu ,, dan aku tutup
    wajahmu dengan penutup  
         supaya tak lemas/
terhidup engkau dalam rahim.

           Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi  
       di sebalik rahim ibumu
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu.

            Dan Aku jadikan
 di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut.
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.

                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untuk tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian..??

 Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu,
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untuk mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu.

         Tiada bagi mu gigi
          untuk mengunyah,
jua tangan, untuk menggapai,
      juga kaki untuk berdiri
    Engkau tidak punya apa2.

           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk.

      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
 dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk engkau   
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
            sebelum mampu.

    Apabila engkau telah kuat
      untuk berjalan sekarang,
           engkau bermaksiat
 sa'at engkau berseorangan!!
         Dan engkau langsung
            tidak malu padaKu.

 Maka Aku tetap peringatkan:
          Jika engkau berdoa,
              Aku makbulkan.
        Jika engkau meminta,
                 Aku berikan.
       Jika engkau bertaubat,
 Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam ..
Ketika dilahirkan kau di Azankan,
dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat..
Dan bila kau mati engkau disolat kan
tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu,
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu
         Aku jadikan engkau,
 di dalam tempat yang sempit
  lagi gelap, dan apabila mati
  dijadikan bagi engkau kubur
       yang sempit lagi gelap.

     Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam..
 Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih
         untuk menutupi mu,
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih
         untuk menutupi mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia   
                   mengenai
     syahadah dan perihalmu.

     Dan setelah engkau mati
  engkau ditanyakan malaikat
               tentang amal2
 engkau yang sholeh dan apa
      bekalmu untuk akhirat?

 Paksakan untuk sebut di hati
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyhaduan Laailahaillallah
     Waasyhaduanna Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah...
      Qul hu'wallah hu' Ahad.
           Allah hu'ssomad.
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad

Engkau sebarkan maka s

Sayer Lerr, [11.07.18 08:23]
etiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
 Ø¢Ù…ين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               Ø£َÙ…ِÙŠْÙ† ÙŠَا  رَبَّ العَالَÙ…ِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤à®œ
 ٍِSemoga kita dapat menyebar
       luaskan kata kata yang
              bermanfaat ini.
   Agar ia akan jadi ilmu Amal
        Jariaah Bagi jawapan
       Di hadapan Allah Nanti

#copypaste
Saturday, 12 March 2016

Ibu bapa.... tolong lah jangan....

Assalam... sahabat semua...  baca lah kisah ini dan jadikan teladan. Sebagai ibubapa Jangan kita terlalu mementingkan kesempurnaan akademik buat anak2 kita hanya sekadar untuk berbangga diri dgn kawan2 kita dgn pencapaian akademik anak2 kita... Allahuakbar....



[3/11, 8:45 AM] Iskandar Sek Ren: ~Suatu kisah sebagai pelajaran~

Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,”

Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.

Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran.

Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung. Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu.

Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.

Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??”

Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.

Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,”

Saya terus terdiam.

Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.

Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!”

Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?”

Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur.

Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.

Saya menggangguk.

Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.

Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.

Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa.

Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.

Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik.

Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.

Share dari:
Khairul Hakimin Muhammad

09/03/2016, Bandar Baru Bangi.
[3/11, 8:46 AM] Iskandar Sek Ren: Maaf sebab panjang sgt tetapi pelajaran utk kita sebagai ibubapa
Tuesday, 10 November 2015

Rokok vs vape

Gambar sekadar hiasan

Kepada perokok tegar dan vape sila baca dan semoga ia menjadi pedoman kepada anda.

Lelaki umur 40an itu merenung saya. Suram. Sambil terbatuk-batuk dan bunyi nafas bersiulan dan kencang.

"Encik Zxxx , paru-paru encik dah rosak sepenuhnya. Keupayaan encik untuk bernafas dengan normal dan baik sudah terjejas. Encik masih merokok lagikah?"

Angguk lemah.

"Sekarang ni, saya kena bantu pernafasan encik dengan menggunakan mesin pernafasan sebab kandungan karbon dioksida encik terlalu tinggi. Bila-bila masa sahaja pernafasan encik boleh terhenti."

BiPAP (sejenis mesin pernafasan) dipasangkan kepada Encik Zxxx.

24 tahun merokok - hampir sepuluh batang rokok sehari. Setahun kebelakangan ini diselang-selikan dengan Elektronik Cigarette atau nama famousnya Vape.

"Doktor, pesakit katil 8 collapse!"

Bergegas pergi ke katil 8.
Encik Zxxx terkulai. Tiada respons. Nafas terhenti.

" Start CPR. 2 minutes push fast and hard. Standby IV Adrenaline 1mg!"

Houseman berpeluh-peluh membuat CPR. Bukan mudah. Memberi tekanan sedalam separuh ketebalan ruang dada selaju minima 100 kali per minit untuk 2 minit. Ujian untuk otot-otot yang tidak sado.

4 minit masa berlalu.

"Prepare intubation set! Continue CPR!"

Tiub pernafasan dimasukkan ke dalam rongga pernafasan.

Pesakit kembali - berjaya mendapat nadi. Pernafasan diteruskan dengan bantuan melalui bag pump oxygen.

Pakar bius dipanggil - memohon untuk mesin bantuan pernafasan (ventilator). Dimaklumkan bahawa mesin pernafasan hanya tinggal satu set sahaja yg boleh digunakan - malam masih muda (9 malam) - jika ada pesakit lain yg collapse atau kritikal bermaksud kemungkinan besar pesakit lain itu tidak akan mendapat mesin bantuan pernafasan.

Encik Zxxx dimasukkan ke dalam ICU.
Bacaan paras Karbon Dioksida beliau mencapai tahap yg sangat tinggi. Kesan nicotine yg berjaya merosakkan sel-sel paru-paru dan melemahkan fungsi pernafasan beliau.

Seminggu beliau tinggal di ICU.
Isteri yg sedang mengandung sugul dan sabar menanti setiap hari. Memeluk dua orang anak yg masih tidak mengerti.

Penghujung hari ke 10, saya melihat beliau di wad.
Sudah pulih. Tidak memerlukan oksigen. Diberi pelbagai ubat-ubatan untuk mencuba mengatasi kesan penyakit paru-paru beliau (COAD - Chronic Obstructive Airway Disease). Diberi kaunseling untuk berhenti merokok dan berhenti Vape.

"Encik Zxxx boleh balik ke rumah hari ini. Temujanji dengan doktor lagi 3 bulan akan datang."

Senyum. Angguk. Ceria lega bernafas.

Kos rawatan dibayar - rm 350.
Kos sebenar - rm 12000 (rawatan ICU, bekalan ubatan, bil wad)
Kos erti hidup - tidak ternilai.

3 bulan kemudian.

Encik Zxxx datang ke klinik.
Simptom paru-paru masih lagi ada setiap hari walaupun diberi ubat maksima.
Ketika memeriksa beliau, ada bau "apple smoke" tersisa di nafas beliau.

"Encik masih Vape lagi?"

Tunduk. Diam.

Saya menggeleng kepala.
" Mungkin patut saya mencadangkan Encik Zxxx untuk menyediakan tabungan bagi keluarga kerana Encik berisiko tinggi untuk menghadapi suasana kritikal seperti yg pernah terjadi. Dan saya tidak tahu nak meramalkan apa nasib Encik nanti."

Mata beliau terbeliak. Muka berubah. Masam mencuka berlalu pergi.

1 bulan kemudian - sedang membuat rondaan di wad, kelihatan Encik Zxxx di katil 42 - disambungkan kepada mesin pernafasan - tidur, nafas berombak. Kali ini bukan di ICU - kerana ICU sudah penuh.

" Dia masuk balik, doktor.." bisik Houseman.

Malam itu saya mendapat panggilan dari Medical Officer saya:
" Patient bed 42 suddenly stopped breathing. Kami cuba resuscitate tapi he is gone. Cause of death saya letak sebagai Non infective Acute Exacerbation of Chronic Obstructive Airway Disease."

Kembali ke rahmatullah.
Punca Kematian sepatutnya diletak sebagai "kesan daripada merokok dan Vape".
Sayang sekali....

- Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yg kamu dustakan?
Surah ar Rahman -

* Cerita dikarang berdasarkan himpunan pengalaman bekerja di wad perubatan.
Thursday, 5 November 2015

Kita insan biasa

Gambar sekadar hiasan

Malam tadi, ketika minum kopi, saya merasa sedikit pahit.... Namun tetap juga la saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru la saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya.. ..

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula.. .. Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..
Agaknya itu la resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang 'manis' itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit la yang dapat kita nikmati..

Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur la, Allah sudah membantu 'membancuh' hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup la hidup dengan senyuman, .. dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata dan umpat belakang kita.... Sebab diaorang pun bukannya bagus sangat !! ......

Ucap la syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kita menghirup udara di bumi Allah swt ini.. ..
Assalamu'alaikum..
Salam penuh berkat..
Salam perjuangan..
Salam kasih sayang..
Wednesday, 21 October 2015

Sayangi mereka hingga ke syurga


Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.
Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan.

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,  agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya.
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. 

Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk.. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya. Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang...  

Dalam senyumnya, dia berkata, ''Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah''. 

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal. 

Sahabatku semua... renung2kanlah....
''orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam susah, hanya ''orangtua'' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
  
''orangtua'' mereka tidak pernah meninggalkan kita, macammanapun keadaan kita.. Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada orangtua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita...

Kasihi dan sayangi la orangtua kita selagi mereka masih hidup..
Sunday, 10 November 2013

karma abah

tersentuh sungguh aku tengok cerita ni di tv3. dalam sungguh maksud yang disampaikan dalam cerita ini. buat suami2 di luar sana, ini satu iktibar dan pengajaran... jangan lukai isteri.

Tuesday, 15 October 2013

lagi tentang dia..

teringat aku pada dia....

hari baik bulan baik terdetik aku mengunjungi dia. sampai sahaja kami depan halaman rumah dia, aku lihat dia mengesat air mata. dalam hari aku berkata ’adakah apa yang aku fikirkan benar?’.

selesai sesi bersalaman, dia terus dia bersuara... "sorang pun tak balik jenguk...". Ya Allah, air mata janganlah keluar... jangan biarkan dia terus bersedih...

kerongkong aku tersekat, tiada suara keluar dr mulut aku. suami cepat bersuara "tak apa la... kami kan datang ni"

kenapa mereka?? sampai sanggup dan tega perlakukan dia seperti itu... ini bukan cerita dongeng tapi cerita benar yang berlaku depan mata aku...


mak, abah, adik beradik..... rindu dekat korang semua....

Saturday, 12 October 2013

tentang dia..

aku rapat sangat dengan dia tak ada la tapi aku tahu kisah dia. dulu semasa muda sikit dia seorang yang tidak suka pada budak2. anak2 sendiri dia anggap musuh, suka beza-bezakan antara satu sama lain. sape bagi duit itu lah dia suka, dia sayang...

sekarang aku tengok hidup dia terumbang ambing, anak2 dan cucu2 sangat benci dia... dulu, aku pun dia tak suka. tapi aku biarkan saja.

aku pandang kehidupan dia sekarang... menitis air mata aku. anak2 tak hiraukan dia, tendang macam sampah, adakah mereka tahu yang dia seorang IBU? ibu yang melahirkan korang??

memang betul dia ada membuat kesilapan yang besar dalam hidupnya sebagai seorang IBU tetapi apa korang sebagai anak layak ke menghukum dia???

kita hidup hanya sekali, mak dan ayah hanya seorang di muka bumi, sekali derhaka seumur hidup korang merana.. PERCAYA LAH

Thursday, 27 September 2012

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA



Indah kan permandangan diatas? cuba bayangkan betapa cantiknya ciptaan Illahi.... Cerita dibawah aku google untuk tatapan serta pedoman kita bersama
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang di ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturunan kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas- ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur musuh-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawa kegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang- abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lainnya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan dari Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperangan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Wednesday, 26 September 2012

kenapa wanita tidak digalakkan beranak pada usia lepas 35 thn?



kerana.....................
hormon dikala usia 35thn ke atas sangat lemah
kebanyakan wanita mengandung sangat lesu/tidak bermaya
dan keinginan seks sgt kurang bila mengandung
 
dan..................
dikala usia lelaki mencecah 40an nafsunya semakin tinggi
wanita perlu bersiap sedia utk melayan nafsu seks suami
dengan baik dan tanpa memikirkan perkara yang remeh
(cth spt: menjaga anak kecil di usia 40an)

wanita diusia 40an patut memikirkan cara utk mencantikkan diri
dan badan bukan memikirkan utk menambah anak lagi
sbb itu kebanyakan lelaki akan meragam diusia begini
kerana kita tak pentingkan penjagaan diri kita agar sentiasa
cantik di mata suami...............

oleh itu......................
cari pelbagai alternatif utk menghalang diri dari mengandung
di usia 35 ke 40an.....
kerana............................

di usia sebegitulah kita seharusnya memikirkan cara utk
berseronok dengan suami....................... cuba lakukan utk kebaikan bersama
Insya Allah.........Ikhtiar Tawakkal Redha