bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 25 April 2020

Tolong la patuh arahan..

Sekarang ni dah masuk fasa ke-4 PKP di Malaysia tetapi ramai lagi rakyat yang langsung tidak endahkan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk putuskan rantaian convid19 ini. Aku sebagai manusia biasa dan ramai rakan dari barisan hadapan sangat sedih kerana mereka bekerja sehingga 12 jam sehari untuk pastikan rakyat iaitu kita ni tidak dijangkiti. Korang yang sangat senang je di arahkan untuk #stayathome kenapa payah nak dengar.

Di Negeri Sembilan juga tidak lepas sekarang ni dah jadi zon merah tapi masih tiada kesedaran? Allahuakbar.. hari ini adalah hari ke 2 kita menunaikan ibadah puasa dan sehali gus selepas tu sambut hari raya, korang tau x rakyat macam kami ni yang duduk diperantauan apa kami rasa? Nak jumpa mak, adik beradik dan saudara mara tak dapat sebab convid19 ini.

Tolong la semua simpati pada diri sendiri perkara ini bukan perkara yang remeh, ia boleh bawa kepada kematian... sempena bulan ramadan ini kita sama2 lah bermuhasabah diri supaya menjadi insan dan hamba yang terus bertakwa kepada Allah.


Related Post:

  • baju raya 2020walaupun tahun ini adalah tahun yang sangat menyedihkan bagi semua orang kerana convid19 ini tetapi kehidupan harus diteruskan. kami dari rg boutique ada menyediakan baju kurung r
 Read More
  • RG Boutique Cafe officially buka pada 17/02/2020 tetapi masih banyak kekurangan dari kami iaitu menu yang masih belum ditetapkan dan banyak lagi la benda yang perlu diperbaiki. bab penat memang ti
 Read More
  • Tolong la patuh arahan..Sekarang ni dah masuk fasa ke-4 PKP di Malaysia tetapi ramai lagi rakyat yang langsung tidak endahkan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk putuskan rantaian conv
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment