semua rakyat bahkan semua negara telah maklum berkenaan virus sekarang yang menjadi topik utama dunia telah menyerang tanpa memilih faktor umur. Puncanya bermula di Wuhan yang berada negara cina.
aku copy beberapa maklumat untuk sama-sama mengetahui serba sedikit untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya kita dan keluarga tidak dijangkiti.
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya seorang rakyat Malaysia dijangkiti
coronavirus baharu (2019-nCoV) di sebuah hospital swasta di Cheras di
sini, adalah palsu. Menerusi akaun Facebook rasminya,
Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada kes 2019-nCoV di lokasi
berkenaan seperti yang tular di media dan aplikasi sosial.
Mesej
tular itu mendakwa satu kes coronavirus dikesan di Hospital Sunway
Cheras (Sunway Medical Center Velocity) dan memberi amaran orang awam
supaya tidak mendekati lokasi terbabit. âJangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,â tegas KKM dalam kenyataan itu, semalam.
Pada masa sama, KKM turut menafikan satu lagi dakwaan kononnya ada
individu dijangkiti coronavirus di tingkat tiga pusat beli-belah Mid
Valley, di sini. Semalam, pengurusan Mid Valley
mengeluarkan kenyataan menafikan berita palsu itu dan memaklumkan
pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di sekitar kawasan premis
berkaitan susulan penularan coronavirus di negara ini.
âKita
sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Ia termasuk
menempatkan bahan pencuci tangan (hand sanitizer) di sekitar pintu masuk
pusat beli-belah, kaunter pertanyaan, tandas, lobi, lif dan eskalator. âKakitangan
Mid Valley turut akan meningkatkan kekerapan pembersihan beberapa
kawasan dan fasiliti tumpuan pengunjung termasuk lif, tandas dan tombol
pintu.
âSelain itu, kita menjalankan pemeriksaan suhu
terhadap kakitangan pengurusan dan pembekal barangan dari semasa ke
semasa,â jelas kenyataan itu.
Pasar makanan laut Wuhan bukan satu-satunya punca penularan coronavirus - Pakaree
BEIJING: Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber kepada penularan wabak coronavirus (2019-nCoV), kata pakar paru-paru di China, lapor agensi berita Xinhua.
Naib
Pengarah Hospital Wuhan Jinyintan, Huang Chaolin, dalam satu wawancara
dengan majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, mungkin terdapat
beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula disebarkan kepada
manusia.
Hospital itu antara pusat perubatan dikhaskan untuk merawat pesakit yang dijangkiti virus berkenaan. Huang dan pasukannya baru-baru ini menerbitkan sebuah artikel di Lancet, jurnal perubatan umum terkemuka dunia, berkaitan beberapa penemuan awal mengenai data klinikal coronavirus membabitkan 41 kes yang terawal.
Pesakit pertama yang dimasukkan ke hospital Huang pada 1 Disember didapati tidak terdedah langsung dengan pasar borong makanan laut Huanan di Wuhan, sebelum ini dianggap sebagai lokasi penularan wabak dan keluarganya juga tidak mengalami gejala pernafasan atau demam. Antara tiga pesakit lain yang diterima pada 10 Disember, dua tidak terdedah dengan pasar makanan laut itu. Secara keseluruhan hanya 27 daripada 41 kes yang mempunyai kaitan dengan pasar.
âBerdasarkan keseluruhan keadaan, pasar makanan laut bukanlah satu-satunya sumber (asal novel coronavirus), ia mungkin datang daripada pelbagai sumber,â kata Huang. Tetapi tiada petunjuk ditemui mengenai sumber lain itu. Pasar makanan laut Huanan terletak di kawasan pusat bandar daerah Jianghan, kurang satu kilometer dari stesen keretapi Hankou. Selain makanan laut, ayam dan daging turut dijual di pasar itu sebelum ia ditutup pada 1 Januari.
Pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China sebelum ini berjaya mengasingkan sampel yang diperoleh dari pasar berkenaan. Sebanyak 33 daripada 585 sampel didapati mengandungi virus asid nukleik.
Sehingga Selasa, virus maut itu telah meragut 132 nyawa dan menjangkiti 5,974 orang di seluruh negeri China. â BERNAMA

Moga kita dilindungiNya selalu..
ReplyDeleteinsyaAllah... semoga penyakit ini cepat reda dari negara kita
Deleteallahuakhbar.. semoga cpat ujian ini berlalu pergi.
ReplyDeleteameen ya rabb..