bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 25 September 2020

Bila kita terlupa

 Hi kawan-kawan.. 

Agak2 ada lagi ke followers aku? Lama sangat tak update blog kesayangan ni. Masa dan tenaga tidak mengizinkan untuk aku coretkan sesuatu tapi kali ini aku cuba kerana terasa nak meluahkan perasaan yang semakin hari semakin leka dengan duniawi

Semenjak Rg Boutique Cafe dibuka semula, sibuk aku lain macam dengan pelbagai perkara nak difikirkan. Dari segi stok barangan butik, stok barangan cafe membuatkan aku tak betah duduk diam

Pada 22/06/2020 aku rasa sangat down tapi aku pulihkan kembali dengan jalan yang lurus, aku bernasib baik kerana aku dikelilingi oleh mereka yang positif dan membantu aku untuk pulih. Aku tiada masa melayan perasaan dengan bersifat negatif. Semoga Allah sentiasa bersama aku..

Selepas beberapa hari aku kemurungan, aku terus bangkit dengan perniagaan aku dengan kerja rutin aku dengan tugasan aku sebagai seorang pekarja di sebuah syarikat swasta mesti diteruskan. Dengan bekalan tenaga di usia aku 4 series aku merangkak bangun dan terus mara tanpa menoleh ke belakang. Aku tak nak buang masa kerana masa aku sudah suntuk.

Banyak perubahan telah aku lakukan di kedai aku dengan menambah lebih lagi barangan butik seperti pakaian, kosmetik, skin care dan perfume. Begitu juga dengan cafe sekarang Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah pelanggan yang walkin atau cod. 

Untuk beberapa bulan ini aku sangat sibuk dengan banyak perkara terutama mencari beberapa idea untuk kemajuan perniagaan aku. Aku berdoa semoga perniagaan aku meningkat dari masa ke semasa, dari tahun ke tahun sehingga aku menutup mata. Semua itu untuk masa depan anak2 dan bekalan aku di SANA kelak. 

Nanti selepas ni beberapa coretan buat kawan2 untuk menjadi seorang usahawan yang cekal.. 

Related Post:

  • Awk yang hensem Bulan ni dah masuk setahun enam bulan dia, dia punya lasak memang sangat mencabar ibu yang semakin berusia ni. Tapi dia punya perangai mencuit hati ibu dan Ayah.. hehehe semua 
 Read More
  • BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU yarat-syarat untuk menyertai segmen ini: 1. Follow blog Beeha Azman dan subscribe Youtube Channel. 2. Kemudian tulis title post seperti di atas, copy banner 
 Read More
  • Sorang-sorang Hari ni usung anak2 sorang-sorang beli barang boutique cafe yang dah melebihi masa yang sepatutnya. Patutnya aku buka awal bukan 2 tapi sehingga hari ni masih belum buka sebab ban
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment