bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 31 March 2020

Allah uji sebab sayang

kematian demi kematian kita dengar setiap hari berkenaan convid-19 ini. kebanyakan dari usia 50 tahun ke atas yang difahamkan antibodi mereka sangat kurang, aku pun merasa bimbang dan sangat sedih kerana kebanyakan mereka adalah golongan tabligh.

hari ini 31/03/2020 PKP masih berjalan sehingga 14/04/2020 kerana rantaian convid-19 masih belum terputus. Allah uji kita sebab Allah sayang, banyak dah yang telah berlaku dimuka bumi membuatkan Allah memberi ujian supaya kita umat manusia tidak terus leka dan tenggelam dalam dunia yang semakin tenat ini... Allahuakbar

semalam di perumahan aku seorang makcik telah meninggal kerana convid-19, beliau berumur dalam lingkungan 50 tahun lebih dikatakan sama ada ada jangkitan dari perhimpunan tabligh atau di kenduri kawin. masa tu PKP masih belum berkuatkuasa. semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan besar ini kerana mereka tidak dapat melihat arwah buat kali terakhir, tidak dapat mengucup untuk perpisahan... YaAllah, sedih bagi aku yang hanya mendengar tetapi sangat pilu bagi keluarga arwah yang merasakan semua ini.

kita hanya berserah kepada Allah yang maha Esa atas setiap yang berlaku dan mesti ada hikmah.. kita selalu banyakkan berdoa semoga kita sentiada dilindungi oleh NYA... amin


4 comments on "Allah uji sebab sayang"
  1. semoga semuanya baik2 sahaja and may Allah ease everything for all of us.

    ReplyDelete
  2. betul. Dia uji untuk kita lebih dekat kepadaNya. mereka yang terkorban sepanjang ujian wabak ni insyallah syurga buat mereka. semua syahid =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sedih memang sedih tapi kita mestilah redha kan dengan semua yang berlaku

      Delete