Tiktok Mekyuhhh

Saturday, 25 January 2020

Syahdu tapi syukur

Hari ni mak kena cek darah, doktor cakap mak dah ada darah tinggi, kencing manis dan mungkin buah pinggang.. 😭 Allahuakbar sian nya mak. Nasib baik ada adik2 yang dekat boleh jaga mak dan bawak mak ke klinik check up

Sekarang ni kami adik beradik hanya ada mak untuk kami jaga pulak. Mak seorang yang sangat tabah sebab tu la aku ikut jejak mak tabah berada di perantauan orang. Aku banyak belajar macam mana nak berdepan dengan orang bila kita diperantauan. Mak selalu pesan supaya jaga tingkah laku, jaga perlakuan, jaga mulut dan paling penting jaga maruah diri supaya tidak dipijak oleh orang. Aku akan sentiasa ingat pesan mak cuma aku insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan, semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku.. amin

Ini la tangan yang menjaga kami 12 beradik yang sangat sayang kan anak-anak. Mak tak garang cuma mak suka membebel sikit sebab anak2 dia tak nak dengar cakap. Mak ni kalau nak tau dia seorang yang happy go lucky cum sejak akhir-akhir ni mak nampak tak banyak cakap mungkin tragedi 11/01/2020 tersebut. Aku tau mak lagi tabah dari kami adik beradik.

Semoga mak cepat sembuh yea.. kami semua sayang mak
Friday, 24 January 2020

Dia garang tapi hati tisu

Hari ni genap 14 hari pemergian abah. Kenangan bersama abah akan kekal sehingga akhir hayat aku. Bercerita berkenaan abah dia seorang yang sangat tegas pada anak-anak dia tetapi dia lah orang paling cepat mengalirkan air mata bila anak-anak menghadapi kesulitan dan kesakitan. 

Dia bukanla seorang yang banyak cakap pada kami adik beradik tetapi dia lah akan bercerita pada kawan-kawan tentang kejayaan anak-anak. Dia bukan riak Cuma berkongsi kegembiraan bersama sahabat rapat untuk menyatakan betapa dia gembira dengan kejayaan anak-anak. Tidak pernah dan tidak jemu dia mengingati kami adik beradik untuk melakukan perkara WAJIB iaitu menunaikan SOLAT 5 waktu sambil mengeluarkan air mata bahawa siksa akan dapat jika tidak menunaikan perkara wajib tersebut. Allahuakbar... Al-Fatihah pada abah

Abah suka sangat dengan masakan mak dan kak long, kalau mak tak ada atau mak pergi balik kampung halaman abah boleh je memasak. Masakan abah pun sedap Cuma dia jarang je gunakan skil kepakaran dia pada kami aku pun tak tahu kenapa atau mungkin dia tak confiden dengan kepakaran yang dia ada.. 

Abah juga suka makan nasi berulamkan tembikai, orang terengganu panggil timun cina. Kalau tak ada tembikai akan kurang sedikit abah makan. Tapi abah akan berselera jika mak dan kak long yang masak, kalau anak-anak yang lain masak berselera juga tetapi kurang sikit.. hehehe abah oh abah
Kalau bulan puasa abah suka minum air kelapa muda untuk berbuka, dan tak kan tinggal tembikai yang menjadi kegemaran dia. Dia sentiasa ingatkan kami supaya jangan membazir sebab kami ni memang jenis yang kuat makan tapi tahun ni tak dapat lagi melihat karenah abah dan kata-kata abah semasa berbuka... Allahu sakitnya

Semoga abah tenang... doa kami adik beradik akan sentiasa bersama abah. Didikan abah pada kami adik beradik sangat sempurna abah.. 

Wednesday, 22 January 2020

dia pergi dan tak kan kembali

pada 11/01/2020 kami dikejutkan dengan berita menggemparkan dan menyayat hati. kesedihan menyelubungi keluarga kami dengan berita kematian mengejut seorang yang amat kami sayang, sanjungi dan hormati iaitu abah.

abah pergi secara tiba-tiba membuatkan kami amat terasa pemergian beliau. tak dapat aku gambarkan betapa sedih hati sehingga ke ulu hati yang paling dalam. begini rupanya rasa kehilangan yang amat sangat. sakit yang juga tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

pada malam kejadian semasa aku mendapat berita yang sangat menyayat hati, fikiran terus berfikir adakah aku bermimpi dengan berita ini? semua berlaku dengan begitu pantas sehingga aku tidak dapat berfikir dengan waras. raungan pada malam yang abah tiada membuatkan aku hilang arah dan hilang pedoman walhal arwah abah dah minta supaya jika dia telah pergi jangan tangisi, aku insan hina dan tidak berfikir dengan waras telah meratapi dengan raungan yang kuat... maaf kan anak mu wahai abah, anak mu tidak tabah menghadapi pemergian mu secara mengejut.


kornologi kejadian
pada hari 11/01/2020 (Sabtu) abah macam biasa melakukan rutin harian, selepas solat subuh abah akan bersiap2 untuk ke taman berjogging. tiada yang menghairankan mak dengan perlakuan abah sehinggalah abah melakukan kerja-kerja dihadapan rumah pada petang selepas solat asar.

abah menyapu sampah, bakar sampah dan lain-lain kerja untuk mengemas di hadapan rumah. sehingga adik balik pada pukul 6 petang dari kerja, borak-borak dengan mak dan hampir magrib kelibat abah tiada. adik bertanya mak berkenaan abah, tanggapan mak yang abah telah siap dan pergi ke masjid yang juga rutin abah.

menghairankan adik adalah kenderaan yang biasa abah naiki masih ada di parking, dengan perasaan cuak dan takut mak suruh adik pergi ke halaman depan yang agak bertebing sebab rumah kami depan sungai so tempat abah melakukan kerja-kerja mengemas agak tersorok kebawah. mak menyuruh adik cari abah disitu.

pada masa tu lebih kurang pukul 7.30 malam, suasana agak gelap adik ajak sepupu aku yang duduk sebelah rumah untuk teman carikan abah. alangkah terkejut adik bila nampak abah terbaring di tanah. adik dengan rasa yang sangat takut terus berlari mendapatkan bapa saudara dan jiran untuk bawah abah ke hospital.

semasa di hospital adik sangat takut kerana perubahan abah dan menghantar wasap ke group adik beradik dan menyuruh kami semua balik. dengan keadaan menangis membuatkan kami rasa tidak keruan dan turut menangis sekali. setelah agak lebih kurang 45 minit abah berada di dalam kecemasan, doktor mengesahkan abah telah tiada.

dunia berputar seakan terhenti seketika, begini rupanya berada dalam keadaan ini.. Ya Allah ampunkan dosa abah. aku dan adik beradik tidak dapat menahan sebak dan sangat sedih dengan pemergian yang sangat mengejutkan kami ini.

kami sepakat dengan adik beradik untuk tidak melakukan post moterm. dalam surat kematian hanya menyatakan bahawa sebab kematian akibat serangan jantung.

aku dan keluarga terus balik tanpa memikirkan pakaian yang hendak dibawa. sampai di kampung lebih kurang pada pukul 2pagi. masuk je diruang depan rumah aku nampak sekujur tubuh abah yang sejuk dan kaku. kelihatan muka abah tersenyum sama dengan gambar diatas, aku tak tipu dan raub wajahnya kelihatan sedang tidur. Allahuakbar... 

kali terakhir aku jumpa arwah abah pada hari ahad 05/01/2020 semasa majlis tunang adik lelaki aku. setelah aku melihat raub wajah abah ati aku sangat sayu dan sangat rindu.. Allahuakbar, air mata menitis sangat laju sehingga keluar esakan kecil. aku cuba sedaya upaya untuk menahan tapi aku gagal.

keesokan hari lebih kurang jam 10.00 pagi abah dimandikan dan dikafankan... salam terakhir buat abah semoga abah tenang disana. tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan lagi hanya doa mengiringi abah untuk ke alam sana.


semoga roh abah dicuci rahmat dan tenang disana...

Al-Fatihah buat abah (05/10/1955 - 11/01/2020)



Friday, 27 December 2019

kita dah sampai ke kemuncak 2019

lagi beberapa hari kita nak masuk ke tahun baru 2020. azam tetap ada cuma tercapai atau tidak sahaja. itu bergantung kepada usaha kita sendiri.

baby baru aku akan muncul tidak lama lagi korang nantikan yea... hehehe, perfume keluaran daripada Syarikat kami masih dalam pembikinan. sape yang berminat untuk mendapatkan nya boleh wasap saya di www.wasap.my/60173502400

 ini logo perfume saya... saya bagi brand wangie

 kotak ni untuk wanita warna pinkish skit

untuk lelaki nampak maskulin dengan warna hitam...

saya amat berharap baby 2020 ini akan mendapat sambutan hangat dikalangan rakan2 dan penggemar perfume. sudilah kiranya follow ig dan page facebook perfume wangie ini iaitu @wangie_parfume

terima kasih semua...
Thursday, 12 December 2019

rasa penat tapi tak nak berhenti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua? harap kawan-kawan blogger dilindungi dan sentiasa bahagia.

pernah tak kawan-kawan rasa penat sangat buat satu-satu perkara? rasa nak give up? sekarang ada pada situasi aku. badan aku rasa sangat penat tapi otak tak nak berhenti dan gigih nak teruskan juga. tu la aku, kalau bab-bab perniagaan selagi tidak mencapai sasaran dan selagi tidak berjaya aku akan terus mencuba sehingga berjaya.

tu sebab otak mintak maaf pada badan supaya bertahan kerana sikit hari lagi akan mendapat kejayaan. kawan-kawan semua doakan aku yea. dah beberapa hari aku tidur tak cukup untuk siapkan tempahan kek hantu dari rakan-rakan dan customer. walaupun tidak la banyak sampai seribu tapi aku rasa sangat seronok bila customer cakap kek aku sedap dan lemak berkrim.. heeheh

mana-mana kawan2 yang berminat dengan produk saya boleh wasap saya di www.wasap.my/60173502400




Monday, 4 November 2019

selamat kembali kepada saya

Assalamualaikum kawan-kawan blogger semua? sihat? dah lama giler saya tak update blog, dah hampir 8 bulan kan. saya sekarang sangat sibuk dengan perniagaan yang sedang saya jalankan, ada pasang ada surut. yang surut hampir buatkan saya tersungkur ditambah pula pekerja saya telah berhenti kerja kerana mendapat peluang pekerjaan di jabatan kerajaan.

saya terpaksa menutup sementara butik kerana tiada pekerja yang layak. sedih tak usah nak cerita sebab itu la nadi saya selama ini. tapi saya doa semoga butik akan dibuka lagi kelak. sekarang ni saya sibuk jual dessert untuk menaikan balik butik saya. so sekarang saya ada Boutique Cafe walaupun buat daripada rumah dan online untuk sementara ni.






saya sangat bersyukur kerana dessert saya mendapat sambutan ramai cuma badan rasa penat-penat sikit. tapi tak apa kan hanya sementara sahaja... insya Allah

kepada kawan-kawan yang nak mendapat khidmat saya boleh wasap sy di www.wasap.my/60173502400



Wednesday, 20 March 2019

Kumpulan Bukan Beasher Beasher di Explore Hunt 2

pada 16/03/2019 telah berlangsungnya acara explore hunt untuk warga Ksr Sains yang mengambil bahagian. Aku dari kumpulan #bbb atau bukan beasher beasher pun terlibat joint acara ni.

Ni kali ke 2 acara ni diadakan dan aku setakat ni belum miss join. Acara dia takde la mencabar sangat dan takde la senang sangat, kami semua seronok semasa acara ini berlangsung.
Kami dibekalkan 4 biji telur seorang satu untuk diamanahkan pegang dan tunjukkan kepada ajk setiap check point untuk diambil markah. Yg ni kacang je... chewah hahaha


 Tema tahun ni hantu. X ramai yg ikut tema...

Check point pertama ( main golf)
Ni simple je baling je bola golf tu. Ni la kali pertama aku hayun kayu golf sblm ni penah la pegang cuma xpenah main. Aku hairan golf ni acara sukan sebab biasa sukan ni related dengan tenaga dan sihat tp golf ni x lain skit. Mcm x sesuai ckp sukan, ni pemikiran aku la sebab xde pun kluar peluh cuma berfikir la kot nak masukkn bola dlm lubang. Aku kalau kaya pun tak nak aku main golf. Baik aku main badminton ke, jogging ke sihat pun sihat badan.



Sebelum sampai ke checkpoint kedua soalan 1-5 dah jalan utk kami jawab.Jenuh jugak mencari jawapan untuk explore race ni. Alhamdulillah yang ni kami jawab dengan tepat.

Check point kedua ( minum air cendol )
Nampak simple je kan tp azap nak habiskan segelas pada waktu pagi. Peh.. tebal lidah hahahah.
Lepas habis di check point 2 dalam perjalanan je check point seterusnya kami dibekalkan dengan 5 lagi soalan. sukar jugak la nak menjawab soalan tu tapi dengan 4 otak yang semua geliga kami menjawab dengan tenang hahahha...



Untuk Check point ketiga kami kena cari jawapan sambil salah seorang siapkan permainan cube yang kena samakan warna tu la. kalau bagi aku mesti tak dapat sampai ke sudah sebab aku ni bukan kaki game tak kira la game senang pun memang tak minat.

Selesai sahaja tugasan kami yang ke tiga tugasan keempat di dataran keris. so dekat dataran keris tu kena jawab soalan-soalan dalam muzium. kami kena pisahkan dua-dua. aku dengan iqbal cari jawapan explore race pojie dengan kakyana jawab soalan dalam muzium. panas lit-lit dekat situ mcm nak pitam..



masa delat dataran keris tu kami kena selfie.. so kita snap la gambar kumpulan kami. masa dekat dataran keris ni kami lambat sebab nak jugak jawab soalan explore race tu sampai ketua kumpulan cakap dah la tu sebab masa berjalan dan kumpulan kami dah ketinggalan ke belakang.

dari dataran keris nak menuju ke A-farmosa tu rasa macam jauh je sebab kami kejar masa kan. tapi ketua merangkap driver bawak kereta dengan berhemah dan steady je.

sampai ke A-Farmosa ada lagi 3 lagi tugasan yang kami kena siapkan iaitu cari guli dalam kolam, rasa benda tersembunyi dan masak maggie yang telah kami beli.

gambar atas sebelum masuk kolam kena berkawat sambil pegang bahu kawan. tak boleh salah step kena patah balik buat semula. kacang je tapi kena buat dua kali heheheh

time mandi ni cuak jugak sebab tak bawak tudung spare tapi kena buat jugak untuk kumpulan...
nampak tak betapa best nya mereka berenang... kalau la bukan dengan kawan-kawan ni tapi dengan keluarga aku dah berenang-renang macam mereka. seronok nya

ni last ni kena paksa terjun kolam oleh AJK. syioooookkk jugak dapat terjun dah tak fikir pasal tudung time ni.. heheheh
nampak tak pakaian kami dah basah. ni acara last iaitu masak maggie. sejuk kejap masa ni.


time ni memang lapor giler kejap je kami dapat habiskan 4 bungkus maggie kari. task ni salah seorang kena pecahkan telur dalam periuk dan tak nak kuning telur pecah. Ketua memang pakar masak so kacang je la bagi dia.


ni masa tunggu keputusan. dalam hati rasa gak kami ni top 10 tapi kami adalah top 5 ok la kan. tahun lepas kami dapat no 8 sebab kesilapan hantar jawapan lambat. tahun ni mungkin kami terlalu santai sehingga selesaikan tugasan sehingga 6 jam.

dan akhirnya kami mendapat tempat ke-4 daripasa 18 team. sehingga tahun depan boleh masuk lagi la itu pun kalau aku masih berkhidmat di SAINS ni.

sampai balik dekat Opis lebih kurang pukul 6.30 pm.