bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday 24 January 2020

Dia garang tapi hati tisu

Hari ni genap 14 hari pemergian abah. Kenangan bersama abah akan kekal sehingga akhir hayat aku. Bercerita berkenaan abah dia seorang yang sangat tegas pada anak-anak dia tetapi dia lah orang paling cepat mengalirkan air mata bila anak-anak menghadapi kesulitan dan kesakitan. 

Dia bukanla seorang yang banyak cakap pada kami adik beradik tetapi dia lah akan bercerita pada kawan-kawan tentang kejayaan anak-anak. Dia bukan riak Cuma berkongsi kegembiraan bersama sahabat rapat untuk menyatakan betapa dia gembira dengan kejayaan anak-anak. Tidak pernah dan tidak jemu dia mengingati kami adik beradik untuk melakukan perkara WAJIB iaitu menunaikan SOLAT 5 waktu sambil mengeluarkan air mata bahawa siksa akan dapat jika tidak menunaikan perkara wajib tersebut. Allahuakbar... Al-Fatihah pada abah

Abah suka sangat dengan masakan mak dan kak long, kalau mak tak ada atau mak pergi balik kampung halaman abah boleh je memasak. Masakan abah pun sedap Cuma dia jarang je gunakan skil kepakaran dia pada kami aku pun tak tahu kenapa atau mungkin dia tak confiden dengan kepakaran yang dia ada.. 

Abah juga suka makan nasi berulamkan tembikai, orang terengganu panggil timun cina. Kalau tak ada tembikai akan kurang sedikit abah makan. Tapi abah akan berselera jika mak dan kak long yang masak, kalau anak-anak yang lain masak berselera juga tetapi kurang sikit.. hehehe abah oh abah
Kalau bulan puasa abah suka minum air kelapa muda untuk berbuka, dan tak kan tinggal tembikai yang menjadi kegemaran dia. Dia sentiasa ingatkan kami supaya jangan membazir sebab kami ni memang jenis yang kuat makan tapi tahun ni tak dapat lagi melihat karenah abah dan kata-kata abah semasa berbuka... Allahu sakitnya

Semoga abah tenang... doa kami adik beradik akan sentiasa bersama abah. Didikan abah pada kami adik beradik sangat sempurna abah.. 

Be First to Post Comment !
Post a Comment