bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday 22 January 2020

dia pergi dan tak kan kembali

pada 11/01/2020 kami dikejutkan dengan berita menggemparkan dan menyayat hati. kesedihan menyelubungi keluarga kami dengan berita kematian mengejut seorang yang amat kami sayang, sanjungi dan hormati iaitu abah.

abah pergi secara tiba-tiba membuatkan kami amat terasa pemergian beliau. tak dapat aku gambarkan betapa sedih hati sehingga ke ulu hati yang paling dalam. begini rupanya rasa kehilangan yang amat sangat. sakit yang juga tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.

pada malam kejadian semasa aku mendapat berita yang sangat menyayat hati, fikiran terus berfikir adakah aku bermimpi dengan berita ini? semua berlaku dengan begitu pantas sehingga aku tidak dapat berfikir dengan waras. raungan pada malam yang abah tiada membuatkan aku hilang arah dan hilang pedoman walhal arwah abah dah minta supaya jika dia telah pergi jangan tangisi, aku insan hina dan tidak berfikir dengan waras telah meratapi dengan raungan yang kuat... maaf kan anak mu wahai abah, anak mu tidak tabah menghadapi pemergian mu secara mengejut.


kornologi kejadian
pada hari 11/01/2020 (Sabtu) abah macam biasa melakukan rutin harian, selepas solat subuh abah akan bersiap2 untuk ke taman berjogging. tiada yang menghairankan mak dengan perlakuan abah sehinggalah abah melakukan kerja-kerja dihadapan rumah pada petang selepas solat asar.

abah menyapu sampah, bakar sampah dan lain-lain kerja untuk mengemas di hadapan rumah. sehingga adik balik pada pukul 6 petang dari kerja, borak-borak dengan mak dan hampir magrib kelibat abah tiada. adik bertanya mak berkenaan abah, tanggapan mak yang abah telah siap dan pergi ke masjid yang juga rutin abah.

menghairankan adik adalah kenderaan yang biasa abah naiki masih ada di parking, dengan perasaan cuak dan takut mak suruh adik pergi ke halaman depan yang agak bertebing sebab rumah kami depan sungai so tempat abah melakukan kerja-kerja mengemas agak tersorok kebawah. mak menyuruh adik cari abah disitu.

pada masa tu lebih kurang pukul 7.30 malam, suasana agak gelap adik ajak sepupu aku yang duduk sebelah rumah untuk teman carikan abah. alangkah terkejut adik bila nampak abah terbaring di tanah. adik dengan rasa yang sangat takut terus berlari mendapatkan bapa saudara dan jiran untuk bawah abah ke hospital.

semasa di hospital adik sangat takut kerana perubahan abah dan menghantar wasap ke group adik beradik dan menyuruh kami semua balik. dengan keadaan menangis membuatkan kami rasa tidak keruan dan turut menangis sekali. setelah agak lebih kurang 45 minit abah berada di dalam kecemasan, doktor mengesahkan abah telah tiada.

dunia berputar seakan terhenti seketika, begini rupanya berada dalam keadaan ini.. Ya Allah ampunkan dosa abah. aku dan adik beradik tidak dapat menahan sebak dan sangat sedih dengan pemergian yang sangat mengejutkan kami ini.

kami sepakat dengan adik beradik untuk tidak melakukan post moterm. dalam surat kematian hanya menyatakan bahawa sebab kematian akibat serangan jantung.

aku dan keluarga terus balik tanpa memikirkan pakaian yang hendak dibawa. sampai di kampung lebih kurang pada pukul 2pagi. masuk je diruang depan rumah aku nampak sekujur tubuh abah yang sejuk dan kaku. kelihatan muka abah tersenyum sama dengan gambar diatas, aku tak tipu dan raub wajahnya kelihatan sedang tidur. Allahuakbar... 

kali terakhir aku jumpa arwah abah pada hari ahad 05/01/2020 semasa majlis tunang adik lelaki aku. setelah aku melihat raub wajah abah ati aku sangat sayu dan sangat rindu.. Allahuakbar, air mata menitis sangat laju sehingga keluar esakan kecil. aku cuba sedaya upaya untuk menahan tapi aku gagal.

keesokan hari lebih kurang jam 10.00 pagi abah dimandikan dan dikafankan... salam terakhir buat abah semoga abah tenang disana. tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan lagi hanya doa mengiringi abah untuk ke alam sana.


semoga roh abah dicuci rahmat dan tenang disana...

Al-Fatihah buat abah (05/10/1955 - 11/01/2020)



Be First to Post Comment !
Post a Comment