bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 25 January 2020

Syahdu tapi syukur

Hari ni mak kena cek darah, doktor cakap mak dah ada darah tinggi, kencing manis dan mungkin buah pinggang.. 😭 Allahuakbar sian nya mak. Nasib baik ada adik2 yang dekat boleh jaga mak dan bawak mak ke klinik check up

Sekarang ni kami adik beradik hanya ada mak untuk kami jaga pulak. Mak seorang yang sangat tabah sebab tu la aku ikut jejak mak tabah berada di perantauan orang. Aku banyak belajar macam mana nak berdepan dengan orang bila kita diperantauan. Mak selalu pesan supaya jaga tingkah laku, jaga perlakuan, jaga mulut dan paling penting jaga maruah diri supaya tidak dipijak oleh orang. Aku akan sentiasa ingat pesan mak cuma aku insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan, semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku.. amin

Ini la tangan yang menjaga kami 12 beradik yang sangat sayang kan anak-anak. Mak tak garang cuma mak suka membebel sikit sebab anak2 dia tak nak dengar cakap. Mak ni kalau nak tau dia seorang yang happy go lucky cum sejak akhir-akhir ni mak nampak tak banyak cakap mungkin tragedi 11/01/2020 tersebut. Aku tau mak lagi tabah dari kami adik beradik.

Semoga mak cepat sembuh yea.. kami semua sayang mak

Related Post:

  • Tolong la patuh arahan..Sekarang ni dah masuk fasa ke-4 PKP di Malaysia tetapi ramai lagi rakyat yang langsung tidak endahkan pengorbanan barisan hadapan yang bertungkus lumus untuk putuskan rantaian conv… Read More
  • RG Boutique Cafe officially buka pada 17/02/2020 tetapi masih banyak kekurangan dari kami iaitu menu yang masih belum ditetapkan dan banyak lagi la benda yang perlu diperbaiki. bab penat memang ti… Read More
  • baju raya 2020walaupun tahun ini adalah tahun yang sangat menyedihkan bagi semua orang kerana convid19 ini tetapi kehidupan harus diteruskan. kami dari rg boutique ada menyediakan baju kurung r… Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment