Akhirnya penderitaan adik hani terhapus jua. Ucapan takziah buat adik aku dan adik ipar kerana korang sangat2 penyabar dan sangat kuat dalam menempuhi dugaan ini jika dibandingkan kami yang hanya menerima serpihan sahaja.
“assalamualaikum semua.. selamat pagi pada jam 10.15 pagi ni hani dah hembuskan nafas nyer di hospital besut... habis sudah derita hani sepanjang derita sakit kanser dia... alhamdullilah semua ALLAH permudahkan hani gie...” text dari adik kira2 pukul 10.30am
Teringat masa dapat wasap group keluarga adik bongsu bagitahu yang abah tak ada.. rasa baru berlaku. Ingat semua detik2 tu detik dimana kami semua terkejut dan terkesima dengan berita yang mengejutkan. Berlainan dengan adik hani yang kami semua perlu menerima apa yang bakal berlaku bila2 masa. Adik dibibir mengucapkan redha tetapi di sudut hati luluh dan tiada ungkapan untuk diluah lagi. Kami yang melihat dah rasa sakit sampai ke tulang menerima berita adik hani sakit ini kan pula umi dia yang menanggung rasa sedih yang teramat sangat.
Untuk yang sekelian kalinya masih aku mahu ungkapkan semoga adik aku tabah dan redha menerima takdir Allah dengan baik.
Al- Fatihah buat adik hani.
Innalillahiwainnailahirajiun. Sesungguhnya syurga untuk adik Hani. Moga tenang di sana. Sebak saya baca.
ReplyDeleteanak syurga kami... terima kasih awak
Delete