Forever Living Products memang sudah terkenal dalam penghasilan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri berasaskan aloe vera sejak hampir 42 tahun. Dengan kehebatan bahan semulajadi ini, ditambah pula dengan kecanggihan teknologi sains kecantikan kulit, Forever Living Products dengan INFINITE by Forever ™ yang direka khas sebagai skincare untuk umur 30an & kulit kering.
INFINITE by Forever™
INFINITE by Forever ™, sistem penjagaan kulit advanced daripada Forever, sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya bagi anda yang sedang mencari skincare untuk umur 30an & kulit kering atau kulit yang sudah menampakkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, kulit kendur & jeragat.
Sekiranya anda berusia 25 tahun keatas, sudah tiba masanya untuk memikirkan tentang menggunakan produk yang memang direka untuk memperlahankan atau meminimumkan penuaan.
Jika penuaan kulit bukan masalah anda, tetapi anda mengalami masalah kulit kering, saya galakkan anda untuk tidak memilih skincare lain selain daripada kehebatan INFINITE by Forever ™.
Skincare revolusioner ini memperkenalkan gabungan formula dan ramuan yang luar biasa yang berfungsi untuk memulihkan keseimbangan kelembapan kulit, merangsang tahap kolagen yang sihat dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.
Ini menjadikan INFINITE by Forever ™ sebagai skincare untuk umur 30an & kulit kering yang sangat hebat.
Semua tahu bahawa aloe vera sangat baik untuk kulit dan INFINITE by Forever ™ telah melangkah lebih jauh dengan menggabungkan aloe vera dengan bahan botani dan kemajuan saintifik terkini yang meningkatkan prestasinya.
Dengan menggunakan bahan kecantikan kulit semulajadi untuk menghapuskan penampilan penuaan pramatang kulit dari dalam dan luar, INFINITE by Forever ™ adalah sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah seri pada kulit mereka.
HYDRATING CLEANSER
Pembersih lembut ini penuh dengan ramuan yang hebat dan alami seperti epal, asid amino epal dan asid lemak koko yang mampu meningkatkan penghidratan kulit dan membersihkan kotoran serta minyak dengan perlahan.
Bahan-bahan ini adalah hypoallergenic, dan formulanya tidak ditambah pewangi tiruan. Ini menjadikannya juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Formula yang memperlahankan penuaan kulit ini juga membantu fungsi (skin barrier) kulit anda untuk melawan kekeringan.
Terima kasih kepada asid linoleat dan vitamin E, yang menjadikan pencuci muka ini mampu membersih sambil menyokong lipid kulit dan membantu menyingkirkan kotoran, mengekalkan kelambapan & kelembutan kulit.
Hydrating Cleanser INFINITE by Forever ini adalah pilihan yang sangat baik untuk asas pertama dalam rejim skincare untuk umur 30an & kulit kering dan rutin kecantikan kulit harian anda. Ia membantu menyediakan kulit wajah untuk menerima rutin seterusnya dengan lebih efektif.
INFINITE FIRMING SERUM
Firming Serum mensasarkan tanda-tanda penuaan dan melengkapkan proses semulajadi kulit untuk menambah keanjalan dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Formula saintifik ini meningkatkan kekuatan aloe vera dengan bahan yang diuji secara klinikal, trifluoracetyl tripepetide-2.
Dalam ujian klinikal, bahan ini terbukti mampu meningkatkan keanjalan kulit yang ketara dan dikenali dalam memerangi progerin iaitu protein berbahaya yang bertambah seiring dengan pertambahan usia anda yang menimbulkan masalah kepada kulit anda.
Asid three-amino peptide ini digabungkan dengan natrium hyaluronat hidrolisis, pelembap semulajadi yang menyokong kelembapan dan perapi kulit. Ekstrak yis membantu menyokong sintesis kolagen dan pertahanan kulit semulajadi untuk mengurangkan penampilan tona kulit yang tidak sekata.
Sementara protein whey pula membantu untuk menghidupkan semula kulit dengan meningkatkan kelancaran, keanjalan dan ketebalan kulit.
Formula yang disusun ini adalah impian saintis kulit yang disokong dengan kuasa alam dan kehebatan penemuan kajian makmal untuk membantu anda melihat dan merasai yang terbaik.
Dengan bahan-bahan semulajadi yang kuat dan aloe vera yang dipatenkan oleh Forever Living Products, serum hebat ini berfungsi sebagai pelembab yang membuatkan kulit lebih licin dan anjal dan kelihatan lebih muda.
INFINITE RESTORING CRÈME
Dengan lebih daripada 15 bahan perapi kulit, INFINITE Restoring Crème menyerap dengan cepat untuk membuatkan kulit lebih lembab dan licin. Krim yang mengagumkan ini menggabungkan sains dan aloe vera dengan antioksida botani yang kuat termasuklah acai berry, delima dan vitamin B3 yang membantu memulihkan tona dan tekstur kulit.
Bahan-bahan seperti squalane, ester jojoba, glikolipid dan lilin lebah (beeswax) memiliki sifat pelembab yang penting dan membantu krim ini menjadi lebih mudah diserap. Campuran minyak pati (essential oils) anti-penuaan seperti lavender, petitgrain, basil, kayu putih, eucalyptus dan kulit limau & oren yang menyokong aloe vera untuk menambah dan menyegarkan kulit kering.
Bahan-bahan seperti squalane, ester jojoba, glikolipid dan lilin lebah (beeswax) memiliki sifat pelembab yang penting dan membantu krim ini menjadi lebih mudah diserap. Campuran minyak pati (essential oils) anti-penuaan seperti lavender, petitgrain, basil, kayu putih, eucalyptus dan kulit limau & oren yang menyokong aloe vera untuk menambah dan menyegarkan kulit kering.
Untuk menghebatkan lagi kuasa pelembab INFINITE Restoring Crème ini, Forever Living telah menambah latest chemistry untuk memberikan struktur gula baru yang meningkatkan halangan dan pengekalan lembapan pada kulit.
Sebagai langkah terakhir yang sangat penting dalam rutin skincare untuk umur 30an INFINITE by Forever ™, INFINITE Restoring Crème mengunci semua khasiat daripada bahan-bahan hebat dalam rangkaian produk ini sehingga anda mampu memperlahankan penuaan kulit wajah anda.
Gunakan setiap hari untuk menguatkan penghalang semulajadi kulit, mengatasi kulit kering dan mengurangkan penuaan.
Lengkaplah sudah rutin skincare untuk umur 30an & kulit kering anda. Hanya dengan 3 langkah mudah!
Yes… less is MORE!
Tak perlu produk yang banyak atau rutin penjagaan kulit yang leceh jika anda mahukan kulit yang cantik & sihat. Dan paling penting sekali adalah tak perlulah berbelanja mahal untuk semua ini.
INFINITE by Forever ™ didatangkan khas untuk anda dengan kehebatan kuasa alam semulajadi yang digabungkan dengan kecanggihan sains kecantikan kulit Forever Living Products.
Be First to Post Comment !
Post a Comment