usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Sunday, 21 February 2021

1st aku live di FB


Pada 11/11/2020 hari pertama aku buat live di FB. Rasa nak terkucil dan sangat gugup aku rasa, macam mana lah sesetengah orang buat live selamber je... sebab mereka dah biasa dan aku baru pertama kali buat.

pada mulanya rasa lepas tu tak nak buat dah sebab aku tak ada pengalaman pun dalam live ni. sebenarnya semua perkara yang kita nak lakukan mesti ada cara dan paling penting ada ilmu yang cukup bukan pakai hantam je... hahahah kan dah malu sendiri.

pengalaman tu buat aku lagi bersemangat dan mempelajari banyak teknik untuk live di media sosial walaupun bukan di FB. perancangan dan strategi lah yang membuatkan kita berjaya.. tak lawa x pe janji ada ilmu tapi kalau dah lawa itu satu bonus pada kita.

kalau korang nak tengok fb aku bleh klik link ni dan banyak jugak cerita aku dan keluarga dalam fb ni... hehehehe

di sini saya nak sharing tips berbisnes.. ni pun saya copy dekat group dan admin cakap bleh copy n paste semoga kita yang berbisnes mendapat manfaat daripada tips yang admin bagi :

Dalam bisnes ni..orang pm tak jadi beli tu biasa.☺️

Terus promote tanpa jemu.💪

💕Kita pm dia, dia senyap seribu bahasa tu biasa.😏

💕Kata nak bank in tapi tak tak juga bank in tu..biasa.☺️

💕Ada yang kata tunggu gaji beli..tak beli juga tu biasa..😎

💕Yang LUAR BIASA tu bila awak terus buat,buat dan buat.


Suatu hari pasti akan nampak hasilnya😍

💕Seorang tak jadi beli dengan awak...jangan terus stop tak nak promote.

💕Rezeki tu ada...PERCAYALAH. BERUSAHALAH.

💋PASTI AKAN ADA HASILNYA..


Saturday, 20 February 2021

Sebab dia sangat berkhasiat


One of the MANY reasons we love our Forever Aloe Vera Gel is because it's as close to the real thing as you can get, boasting 97.4% inner leaf aloe gel. Why do you love Forever Aloe Vera Gel?

Salah satu daripada KEBANYAKAN sebab kami begitu menggemari Forever Aloe Vera Gel adalah kerana ia sangat hampir dengan yang asli yang anda boleh dapatkan, dengan 97.4% isi dalaman daun aloe. Apakah sebab anda gemarkan Forever Aloe Vera Gel?

我们爱上Forever Aloe Vera Gel的众多原因之一,是因为它拥有97.4%的芦荟内叶凝胶,非常接近真正的芦荟。为什么您喜欢Forever Aloe Vera Gel?

#tipskurus

#semuabolehkurus

#kurusdansihat

#rampingdenganavg

#kurusitucantik

#ususcantik

#usussihat

#aloveragel

Tolong la cuci Usus korang...

 korang tengok dulu video saya.. heheh saya baru 1 bulan minum AVG ni tau tapi dia punya kesan memang menakjubkan.



KHASIAT DAN KELEBIHAN FOREVER ALOE VERA GEL 

Sejak bertahun-tahu dahulu   Aloe Vera sudah digunakan sebagai bahan semulajadi untuk tujuan kecantikan dan kesihatan.. Dengan peredaran zaman , kini Aloe Vera di komersial kan dan terhasil lah Forever Aloe Vera Gel . Saya berpeluang mencuba produk yang semakin  laris dan dipercayai ramai  ini.

Apa yang boleh Saya katakan produk ni sangat bagus sebagai bantuan pencernaan yang ideal. Ramai yang fikir kalau minum Aloe Vera Gel Forever Living ni nanti akan berak-berak. Tapi sebenarnya tak pun. Ianya bukan bertindak macam julap.Ada sukatan yang sudah ditetapkan kan. Kalau terlebih minum mugkin ada kesan-kesan kerap berak tu.Tapi kalau ikut sukatan nya dengan betul tak perlu la risau ye..

Rasa Aloe Vera Gel ni  bergantung kepada tahap kesihatan korang. Rasanya bukan lah macam minuman yang ada perisa buah buahan atau minuman lain. Tapi tak de la teruk sangat sampai rasa macam air jamu tu. Ada juga yang minum rasa masin,pahit dan ada juga yang rasa manis. kalau korang tak tahan dengan rasanya korang tambah kan je dalam secawan air kosong. Boleh letak ais lagi tau.. Lepas tu minum setiap hari. Boleh juga diambil bersama produk kesihatan lain Tak de masalah ..


KEBAIKAN DAN KHASIAT ALOE VERA GEL

Pernah dengar tak orang kata punca penyakit dari perut? Sebab itu kita kena pastikan perut kita ni bersih. kalau perut bersih bermakna usus pun bersih. Tujuan kita membersihkan usus kita ni sebab kita nak pastikan makanan yang kita makan tidak menjadi sisa dan kerak dalam usus kita kerana jika dibiarkan lama kelamaan  ianya akan menjadi toksin yang merbahaya dan menjadi racun juga. 

Aloe Vera Gel bertindak sebagai agent untuk memastikan keadaan usus kita bersih dan tidak tersekat. Ianya juga mempercepatkan proses penghadaman. Kelebihan yang terdapat pada Minuman Aloe Vera Gel Forever Living

Aloe Vera Gel Forever Living mengandungi 20 asid Amino yang diperlukan,7 vitamain, 9 mineral,8 enzim dan 2 hormon yang menyerap  nutrien  makanan  supaya tubuh badan kekal bertenaga.

Ianya juga mengandungi Beta karotena , vitamin C,E,B12 serta selenium polisakarida dan monosakarida yang mampu  melindungi kulit supaya kekal muda. Aloe Vera Gel ini juga boleh mengubati ulser , gastrik dan arthritis dan bertindak sebagai  anti bakteria dan agent anti virus.

cuba tengok video kat bawah betapa parahnya usus kita kalau x cuci



Saya di Forever Living

 Hi,

Lamanya saya tak update blog kesayangan saya ni. masa yang DIA bagi 24 jam memang tak cukup bagi aku yang sentiasa sibuk dengan tugasan harian.

sebelum ni aku pernah cerita pasal Boutique Cafe aku kan? Biz tu ada lagi tapi macam biasalah ada turun dan ada naik tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk terus berbisnes dengan kuderat aku. Alhamdulillah... cuma aku masih mencari konsep macam mana nak ubah boutique cafe aku lagi cantik dan mesra pelanggan.

sekarang ini tahun 2021 aku ada 1 lagi perniagaan yang sedang dijalankan iaitu produk Forever Living. sape yang pernah tahu produk ini baguslah dan sape yang dah menggunakan produk ini aku ucapkan tahniah sebab produk ini sangat bagus dan berkualiti.

orang cakap kenapa banyak2 bisnes aku buat nanti x mampu nak buat semua tu? senang je aku cakap, just curi masa dan sentiasa berfikiran terbuka dan positif. rasa down bila bisnes tak capai apa yang kita nak tu normal dan bila berjaya kita akan rasa puas dan sangat bersyukur.

semua yang aku lakukan adalah bukan kerana diri aku sendiri sahaja malah pada semua ahli keluarga dan orang sekeliling. nak jadi macam Ustaz Ebit Lew belum mampu lagi sekarang tapi ada jugak simpan niat tu... insyaAllah

Akhir kata pada rakan2 blogger semoga kita sentiasa dirahmati olehNYA dan pesanan penaja jaga jarak, jaga tingkah laku dan sentiasa ingat kita masih berperang dengan covid-19. saya tinggalkan korang dengan video Forever Absorbent C




Wednesday, 27 January 2021

selamat tahun baru 2021

 tak sedar pun tahun 2020 dah berlalu, teringat zaman persekolahan yang pada tahun 2020 ini semua akan canggih tapi Allah tunjukkan pada Umat manusia akan kuasa nya. Dia sangat berkuasa dan sangat kuat, Dia boleh lakukan apa sahaja kepada hamba nya dimuka bumi.

Covid-19 di seluruh muka bumi semakin membimbangkan dan semua orang berada didalam keadaan ketakutan justeru itu kita mesti patuh akan suruhan nya dan buang apa yang diingkari.

masih tidak lambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2021 kepada rakan2 blogger semoga hari2 kita dilindungi dan diredhai oleh Illahi. sama sebelum tahun-tahun yang sudah kita mesti ada azam untuk kita capai kan. sama dengan saya sendiri mempunyai azam pada tahun ini adalah seperti berikut... hehehe

  1. Menjadi muslim yang beriman dan taat pada perintah Allah.
  2. Menjaga hubungan dengan suami dan keluarga keseluruhan
  3. buka 1 lagi cawangan kedai.
  4. berjaya menaja seramai yang boleh dan sama2 menikmati produk Forever Living dan menikmati bonus yang diberi. paling kurang adalah 4 orang yang jadi VIP bawah aku.
  5. mendapat keuntungan lebih 15ribu pada setiap bulan.. insyaAllah

semoga apa yang aku hajati dan ingini akan berjaya... Insya Allah









 

 

 

Tuesday, 29 September 2020

Payahnya memadam api kemarahan

Selalu kita dengar menjaga anak perempuan seorang lagi payah dari menjaga lembu sekandang. Ini la yang berlaku pada aku sekarang. Ketahanan mental dan fizikal mesti kena kental kalau tak satu pihak akan makan hati dan satu pihak lagi akan buat kesilapan tanpa henti. 



Abah dan mak dulu menjaga kami adik beradik sangat cekat dan tekal, mendidik kami tanpa jemu dengan perangai kami bermacam-macam. Memang aku sangat tabik tapi aku Allah kurniakan hanya seorang anak perempuan dan buatkan aku sangat diuji dengan kesabaran tahap tinggi. Semoga aku sentiasa sabar dengan karenah dia.. Allahuakbar 


Friday, 25 September 2020

Bila kita terlupa

 Hi kawan-kawan.. 

Agak2 ada lagi ke followers aku? Lama sangat tak update blog kesayangan ni. Masa dan tenaga tidak mengizinkan untuk aku coretkan sesuatu tapi kali ini aku cuba kerana terasa nak meluahkan perasaan yang semakin hari semakin leka dengan duniawi

Semenjak Rg Boutique Cafe dibuka semula, sibuk aku lain macam dengan pelbagai perkara nak difikirkan. Dari segi stok barangan butik, stok barangan cafe membuatkan aku tak betah duduk diam

Pada 22/06/2020 aku rasa sangat down tapi aku pulihkan kembali dengan jalan yang lurus, aku bernasib baik kerana aku dikelilingi oleh mereka yang positif dan membantu aku untuk pulih. Aku tiada masa melayan perasaan dengan bersifat negatif. Semoga Allah sentiasa bersama aku..

Selepas beberapa hari aku kemurungan, aku terus bangkit dengan perniagaan aku dengan kerja rutin aku dengan tugasan aku sebagai seorang pekarja di sebuah syarikat swasta mesti diteruskan. Dengan bekalan tenaga di usia aku 4 series aku merangkak bangun dan terus mara tanpa menoleh ke belakang. Aku tak nak buang masa kerana masa aku sudah suntuk.

Banyak perubahan telah aku lakukan di kedai aku dengan menambah lebih lagi barangan butik seperti pakaian, kosmetik, skin care dan perfume. Begitu juga dengan cafe sekarang Alhamdulillah semakin hari semakin bertambah pelanggan yang walkin atau cod. 

Untuk beberapa bulan ini aku sangat sibuk dengan banyak perkara terutama mencari beberapa idea untuk kemajuan perniagaan aku. Aku berdoa semoga perniagaan aku meningkat dari masa ke semasa, dari tahun ke tahun sehingga aku menutup mata. Semua itu untuk masa depan anak2 dan bekalan aku di SANA kelak. 

Nanti selepas ni beberapa coretan buat kawan2 untuk menjadi seorang usahawan yang cekal.. 

UseZally