bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 20 February 2021

Saya di Forever Living

 Hi,

Lamanya saya tak update blog kesayangan saya ni. masa yang DIA bagi 24 jam memang tak cukup bagi aku yang sentiasa sibuk dengan tugasan harian.

sebelum ni aku pernah cerita pasal Boutique Cafe aku kan? Biz tu ada lagi tapi macam biasalah ada turun dan ada naik tetapi aku tetap bersyukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk terus berbisnes dengan kuderat aku. Alhamdulillah... cuma aku masih mencari konsep macam mana nak ubah boutique cafe aku lagi cantik dan mesra pelanggan.

sekarang ini tahun 2021 aku ada 1 lagi perniagaan yang sedang dijalankan iaitu produk Forever Living. sape yang pernah tahu produk ini baguslah dan sape yang dah menggunakan produk ini aku ucapkan tahniah sebab produk ini sangat bagus dan berkualiti.

orang cakap kenapa banyak2 bisnes aku buat nanti x mampu nak buat semua tu? senang je aku cakap, just curi masa dan sentiasa berfikiran terbuka dan positif. rasa down bila bisnes tak capai apa yang kita nak tu normal dan bila berjaya kita akan rasa puas dan sangat bersyukur.

semua yang aku lakukan adalah bukan kerana diri aku sendiri sahaja malah pada semua ahli keluarga dan orang sekeliling. nak jadi macam Ustaz Ebit Lew belum mampu lagi sekarang tapi ada jugak simpan niat tu... insyaAllah

Akhir kata pada rakan2 blogger semoga kita sentiasa dirahmati olehNYA dan pesanan penaja jaga jarak, jaga tingkah laku dan sentiasa ingat kita masih berperang dengan covid-19. saya tinggalkan korang dengan video Forever Absorbent C




Be First to Post Comment !
Post a Comment