bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 27 January 2021

selamat tahun baru 2021

 tak sedar pun tahun 2020 dah berlalu, teringat zaman persekolahan yang pada tahun 2020 ini semua akan canggih tapi Allah tunjukkan pada Umat manusia akan kuasa nya. Dia sangat berkuasa dan sangat kuat, Dia boleh lakukan apa sahaja kepada hamba nya dimuka bumi.

Covid-19 di seluruh muka bumi semakin membimbangkan dan semua orang berada didalam keadaan ketakutan justeru itu kita mesti patuh akan suruhan nya dan buang apa yang diingkari.

masih tidak lambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2021 kepada rakan2 blogger semoga hari2 kita dilindungi dan diredhai oleh Illahi. sama sebelum tahun-tahun yang sudah kita mesti ada azam untuk kita capai kan. sama dengan saya sendiri mempunyai azam pada tahun ini adalah seperti berikut... hehehe

  1. Menjadi muslim yang beriman dan taat pada perintah Allah.
  2. Menjaga hubungan dengan suami dan keluarga keseluruhan
  3. buka 1 lagi cawangan kedai.
  4. berjaya menaja seramai yang boleh dan sama2 menikmati produk Forever Living dan menikmati bonus yang diberi. paling kurang adalah 4 orang yang jadi VIP bawah aku.
  5. mendapat keuntungan lebih 15ribu pada setiap bulan.. insyaAllah

semoga apa yang aku hajati dan ingini akan berjaya... Insya Allah









 

 

 

Be First to Post Comment !
Post a Comment