bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 21 October 2015

Sayangi mereka hingga ke syurga


Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.
Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan.

Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,  agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya.
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. 

Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk.. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.

Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya. Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang...  

Dalam senyumnya, dia berkata, ''Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah''. 

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal. 

Sahabatku semua... renung2kanlah....
''orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam susah, hanya ''orangtua'' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
  
''orangtua'' mereka tidak pernah meninggalkan kita, macammanapun keadaan kita.. Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada orangtua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita...

Kasihi dan sayangi la orangtua kita selagi mereka masih hidup..

Related Post:

  • Ke kota singa part 4Selasa (28.04.2015)Bangun2 je sarapan dah terhidang... wow, seronoknya cik minah masak nasi lauk ikan merah masak asam pedas, udang batter...Lepas makan kami jemput wak tipah sama2
 Read More
  • hepi birthday to me... 2015Bersyukur kerana aku masih bernyawa... Ya Allah jadikan aku umat Mu yang solehah...Aku berdoa semoga tahun 2015 akan memberi lebih rahmat dari YANG ESA... aminHepi birthday to me..
 Read More
  • Chop & steak la kami 06062015Perjumpaan singkat bersama kawan2 sekolah lama sangat terubat hati aku... nak nangis pun ada apa lagi gembira. Engku Asliza dengan Saripatul asilah dah 18 tahun xjumpa hanya aktif 
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment