bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 5 November 2015

Kita insan biasa

Gambar sekadar hiasan

Malam tadi, ketika minum kopi, saya merasa sedikit pahit.... Namun tetap juga la saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru la saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya.. ..

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula.. .. Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..
Agaknya itu la resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang 'manis' itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit la yang dapat kita nikmati..

Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur la, Allah sudah membantu 'membancuh' hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup la hidup dengan senyuman, .. dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata dan umpat belakang kita.... Sebab diaorang pun bukannya bagus sangat !! ......

Ucap la syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kita menghirup udara di bumi Allah swt ini.. ..
Assalamu'alaikum..
Salam penuh berkat..
Salam perjuangan..
Salam kasih sayang..

Related Post:

  • Kasih Seorang Ibu..."Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masi
 Read More
  • SubhanAllah... Cantik petikan ini. Kebesaran Sang Pencipta           Wahai anak adam..    Aku jadikan engkau dalam   perut ibu mu ,, dan aku tutup     waja
 Read More
  • TANGAN IBU"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggamanDOA,Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgnkeIKHLASAN hati." Kepada yang masih
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment