bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 31 January 2020

Corn dog

Sebenarnya makanan ni dah lama sangat viral cuma aku je baru nak cuba buat tu pun sebab si putri asyik merengek nak makan corn dog. aku bab-bab makanan tak sihat ni aku tak suka sangat tapi boleh la cuba sekali sekala kan. semalam beli la bahan-bahan dia seperti dibawah aku copy dari website buat orang lapo  tapi untuk permulaan tak berapa nak jadi sebab tepung dia cair skit kot, ingat petang...
Thursday, 30 January 2020

Tak lama dah

Aku amat berharap semoga apa yang aku impikan menjadi kenyataan dan berjalan lancar seperti yang aku harapkan. Bermula dari boutique dan sekarang InsyaAllah cafe pulak Pecah kepala jugak la nak buat tema apa untuk boutique cafe aku ni. Bukan nak beriya sangat tapi alang-alang buat kan mesti la nak yang terbaik, bersih, cantik dan customer suka. Dah ada beberapa menu dalam kepala ni dan...
Tuesday, 28 January 2020

Azam 2020

Tahun 2020 dah masuk hari ke 28 aku baru nak bagi tahu apa azam aku tahun ni. Rasa belum terlewat kan? Hehehhe.. Macam tahun2 sebelum gak ada yang capai ada yang belum capai lagi azam tahun lepas tp aku nak bawak azam tahun lepas ke tahun ni dengan kesungguhan dan keimanan yang padu 😬. Untuk tahun ni pulak azam aku adalah 1) target untung kasar 20-30k 2) nak solat sunat banyak2 3) nak ganti solat...

Takut

Selepas ketiadaan abah, aku takut sangat melakukan perkara yang salah. Rasa takut bila perbuatan aku turut terpalit pada arwah abah. Aku juga takut bila anak2 turut buat salah kerana didikan aku pada mereka tidak sempurna Aku takut Bila lihat anak2 membesar. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat anak2 semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga anak menjalani kehidupan bertunjangkan...
Saturday, 25 January 2020

Syahdu tapi syukur

Hari ni mak kena cek darah, doktor cakap mak dah ada darah tinggi, kencing manis dan mungkin buah pinggang.. 😭 Allahuakbar sian nya mak. Nasib baik ada adik2 yang dekat boleh jaga mak dan bawak mak ke klinik check up Sekarang ni kami adik beradik hanya ada mak untuk kami jaga pulak. Mak seorang yang sangat tabah sebab tu la aku ikut jejak mak tabah berada di perantauan orang. Aku banyak belajar...
Friday, 24 January 2020

Dia garang tapi hati tisu

Hari ni genap 14 hari pemergian abah. Kenangan bersama abah akan kekal sehingga akhir hayat aku. Bercerita berkenaan abah dia seorang yang sangat tegas pada anak-anak dia tetapi dia lah orang paling cepat mengalirkan air mata bila anak-anak menghadapi kesulitan dan kesakitan.  Dia bukanla seorang yang banyak cakap pada kami adik beradik tetapi dia lah akan bercerita pada kawan-kawan tentang...
Wednesday, 22 January 2020

dia pergi dan tak kan kembali

pada 11/01/2020 kami dikejutkan dengan berita menggemparkan dan menyayat hati. kesedihan menyelubungi keluarga kami dengan berita kematian mengejut seorang yang amat kami sayang, sanjungi dan hormati iaitu abah. abah pergi secara tiba-tiba membuatkan kami amat terasa pemergian beliau. tak dapat aku gambarkan betapa sedih hati sehingga ke ulu hati yang paling dalam. begini rupanya rasa kehilangan...