Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label sUkA2. Show all posts
Showing posts with label sUkA2. Show all posts
Thursday, 12 February 2026

Tukar-Tukar Hadiah CNY - Team Feliz Zumba

 


Semalam, Rabu (11 Februari 2026), kami sempat luangkan masa buat satu aktiviti santai sempena sambutan Tahun Baharu Cina iaitu acara tukar-tukar hadiah dengan bajet sederhana, sekitar RM5 hingga RM10 sahaja. Walaupun bajet kecil, semangat semua memang besar. Acara diadakan di Bilik Training opis je bermula sejurus selepas waktu kerja, dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.

 



 

Sebelum hari kejadian, kami dah buat undian tema warna hadiah. Antara warna yang terpilih ialah biru, putih, purple, coklat, kuning, merah, oren, pink dan hijau. Jadi masing-masing datang dengan hadiah ikut warna yang dah ditetapkan. Ada yang siap balut, ada yang pelik apa barang yang besar sangat sampai 2 paperbeg besar.

Bila sesi tukar hadiah bermula, memang kecoh satu bilik. ketawa memang bergema ruang bilik, suara riuh rendah, siap ada yang usik bila dapat hadiah pelik atau luar jangka. Walaupun aktiviti ringkas, jelas nampak semua kawan-kawan enjoy dan dapat lepaskan stres selepas seharian bekerja.

Yang paling penting, bukan nilai hadiah yang jadi ukuran, tapi momen kebersamaan tu. Aktiviti macam ni sebenarnya menguatkan hubungan sesama rakan sekerja dan buat suasana tempat kerja jadi lebih mesra dan hidup.


 

Semoga ukhuwah yang terbina melalui aktiviti kecil macam ni akan terus kekal dan makin erat dari semasa ke semasa. Kadang-kadang, perkara paling simple itulah yang paling lama tinggal dalam ingatan.

 


Thursday, 6 February 2020

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU

yarat-syarat untuk menyertai segmen ini:

1. Follow blog Beeha Azman dan subscribe Youtube Channel.
2. Kemudian tulis title post seperti di atas, copy banner dan backlink ke post [di sini].
3. Tag dua blogger lain.
4. Jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruang comment [di sini].

Nanti Beeha akan followback blog korang, so simple right..

Bagi memenuhi kehendak syarat-syarat penyertaan di nombor 3, saya tag bloggers berikut :


Bear in mind, segmen ini akan berlangsung lebih kurang tiga minggu sehingga 18 Februari 2020.

Selamat bersegmen!!
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Friday, 31 January 2020

Corn dog

Sebenarnya makanan ni dah lama sangat viral cuma aku je baru nak cuba buat tu pun sebab si putri asyik merengek nak makan corn dog. aku bab-bab makanan tak sihat ni aku tak suka sangat tapi boleh la cuba sekali sekala kan.

semalam beli la bahan-bahan dia seperti dibawah aku copy dari website buat orang lapo 

tapi untuk permulaan tak berapa nak jadi sebab tepung dia cair skit kot, ingat petang ni nak sambung buat lagi sebab tepung dia banyak dan aku kena oter bagi pekat skit.

Bahan-Bahan untuk Resepi Corn Dog :

  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sb Gula
  • 2 sk Serbuk Penaik
  • 1/2 sk Garam
  • 1 Telur
  • 3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
  • Keju Cheddar/Mozarella Sosej
  • Serbuk Roti (optional)

Cara-cara membuat Corn Dog:

  1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.
  2. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.
  4. Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
  5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.
  6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.
corn dog
corn dog



corn dog
Tuesday, 15 September 2015

Lunch at Row-6 JJ


Hari ni kami tukar selera pulak. Jusco tetap sama cuma selera lain dari yang lain.

Tapi haru ni tak cukup gu la.. Maziah tak de pulak. Dia tak sihat.. xpe2 next bleh datang sama2 lagi yea.



Macam biasa sebelum makanan dihidang kan kami berselfie ler dulu. Selalu berlima...

Ni aku punya... minuman aku pilih yang masam2 dan manis. Terbaeek air dia sedap sangat. Gelas besar gajah ni boleh habis ko..

Zoom kasi dekat sikit biar meleleh air liur korang... hehehe

Kerabu ni nampak simple tapi sedap weh...

Ni hidangan Nad si budak kurus.. heheh, yg pakai baju coklat tudung biru.. tengok je kecik tapi makan banyak... lpa nak snap air dia. Dia minum air coklat kalau tak silap.


Ha, yg ni memang kaki makan juga.. boleh pegi ke blog lenny ni mesti banyak tempat2 makan dia pernah gi...


Ni air lenny, memang sedap sangat... rasa buah yang sangat segar.

Ni hidangan kak nora. Air dia lagi sedap dari aku n lenny punya... sedap. Dia makan nasi goreng thai.

Kalau korang nak try boleh la... aku pemakan tegar boleh bagi 3bintang dr jumlah 5bintang penuh.






Friday, 9 July 2010

Full story di TM Amazing Race 2010






































Nie dari camera aku... korang layan lah yea, jangan muak2 tengok gambar aku n the geng.