usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Monday, 10 February 2025

Mak dan Kak Long gi umrah (08/02/2025 - 19/02/2025)

Pada 08/02/2025 kaklong dan mak berangkat ke tanah suci menunaikan umrah. mereka berangkat pada jam 6.30pagi tapi dah kena ada di KLIA1 pada pukul 1pagi.

 

Sehari sebelum mereka berangkat kami adik beradik berkumpul dirumah Faizal(adik yang menetap di Puchong) untuk sama-sama nanti ke KLIA1 sama-sama. Dalam pada berkumpul tu kami ada la plan untuk pergi jalan-jalan ambil angin buat mak sebab kami memang tahu mak suka berjalan... hehehehe


07/02/2025 - Pukul 9.00pagi Aku dan keluarga aku berangkat ke Suka Dessert Selayang. Perjalanan makan masa dalam 1 jam setengah. Gigih betuL ke sana sebab si kakak memang merengek nak sangat ke sana. mula nya aku pun malas nak gi sana, boleh je kirim dekat adik2 yang gi sana tapi kesian plak dekat si kakak tu. Sampai sana dah jam 11.30 pagi terus dapat makan sebab adik2 aku dah siap2 belikan apa yang kami nak makan. Suben langsung x makan sebab dia kurang sikit bab2 dessert ni Pukul 12 tengahari gerak ke rumah Faizal di Puchong yang makan masa dalam 40 minit campur jem semua la. Dah sampai rumah Faizal masing-masing dah kebulur sebab makan dessert je kan tadi. 

 



 



 
Kalau ikutkan dessert dekat sini memang harga kayangan tetapi sebab dia memang sedap dan puas hati jadi aku bagi la 7/10 sebab aku tak berapa suka sangat manis-manis ni, kan aku dah manis... hahaha
 
 
Dalam Pukul 3pm kami gerak ke Taman Botani untuk main basikal. 1/2 jam rm20 untu basikal aku sewa tu. Tak ada apa-apa pun sini just ada taman dan tasik untuk orang kota bersiar-siar.

 


 

 


 



 


 

Pastu Plan dah bertukar sebab mak saudara suruh ambil makanan yang dia bawak di hotel tempat mereka menetap di KLIA. yang ni kaklong dan abang long sudi ambil makanan tu.

 

Kami bergerak ke rumah Nurman (adik yang menetap di Putra Height Subang) untuk kami mandi manda di kolam sana.

 

                                      sepupu-sepapat. Ni baru suku sebab ada yang tak dapat datang KL

 


 

 

Kalau ikutkan kat bawah ni tentative yang kami plan, tapi biasa lah banyak yang tidak menjadi... huhuhu

JALAN JALAN KL

7/2 (Jumaat)
9:30am : Ambik Kak Eni kt TBS (Team tidur rumah Ana)
10:30am : Gerok ke SD
11:30am - 1:30pm : Makan-Makan di SD
1:30pm : Ke Taman Botani Putrajaya
2:30pm - 4:00pm : Lepak di Taman Botani Putrajaya
4:00pm : Karaoke
4:30pm - 6:00 : Karaoke
6:00 : Bertolak ke Rumah Faizal (Berkumpul/rehat)
7:30pm : Team tidur rumah ana bertolak balik ke rumah ana
 
8/2 (Sabtu)  
2:00am : Bertolak dari rumah Faizal/Ana ke KLIA
3:00am : Tiba di KLIA
3:00am - 5:00am : Lepak KLIA sehingga mak dan kaklong masuk
5:00am : Bertolak balik rumah faizal (Rehat/Solat)
10:00am : Bertolak ke Bukit Bintang
11:00am : Tiba di Bukit Bintang
11:00am - 2:30pm : Lepak di Bukit Bintang
2:03pm : Bertolak ke Tasik Titiwangsa
2:30pm - 5:30pm : Lepak di Tasik Titiwangsa
5:30pm : Bertolak balik ke rumah Ana/faizal
7:30pm : Bertolak ke i-City Shah Alam
8:30pm-10:30pm : Lepak di I-City Shah Alam
10:30pm : Bertolak balik ke rumah faizal/ana
 
9/2 (Ahad)
BALIK KE TERENGGANU


Masih 07/02/2025 - selepas mandi manda baru balik semula ke rumah Faizal untuk berehat. 


Pukul 12.30 am  Faizal bawak mak, kaklong, abang long dan anak ke KLIA. Kami gerak pukul 2.30am..


 









 

 

tentatif perjalanan UMRAH mak dan kaklong 

*Keberangkatan ke Saudi Arabia*

(KUL- MED)
08 Feb 2025
SV 831
Pelepasan : 0640 (Waktu Malaysia)
Ketibaan : 1055 (Waktu Saudi)

*Kembali ke Tanah Air Malaysia*

(JED-KUL)
18 Feb 2025
SV 840
Pelepasan : 1055 (Waktu Saudi)
Ketibaan : 0035 (Waktu Malaysia)

*Jemaah akan tiba di Malaysia pada 19 Februari 2025 jam 12.35 pagi*
_________________________

*BERKUMPUL DI KLIA*

Tarikh : 08 Feb 2025
Masa : 2:30 pagi
Tempat : KLIA International Departure (Kaunter K1)

*Taklimat Ringkas*
Masa : 4.30 pagi

semoga mak dan kaklong mendapat umrah yang mabrur.. amin

 

Tuesday, 28 January 2025

cerita Korea - School 2017

semalam (27/01/2025 - israj mikraj) dan syarikat aku ada ambil cuti tersebut, aku dan keluarga tak ada pergi mana-mana pun sebab esok (29/01/2025) kami nak balik kampung. Ada suami ajak gi mandi dekat pantai Port Dickson tapi aku tolak Sebab aku tak nak, aku nak bersantai kat rumah (lepak2 je kat rumah)


Sebenarnya aku nak tonton netflix cerita korea iaitu Scholl 2017 (cerita budak-budak) heheheh tapi aku suka cerita ni, aku boleh mengimbau zaman sekolah aku dulu. Cerita ni mengisahkan pelajar-pelajar di sekolah menengah yang mempunyai masalah masing-masing dari segi kehidupan keluarga, kehidupan bersama rakan-rakan serta kehidupan di sekolah itu sendiri.


 

tapi best nya cerita ni tak ada adegan cium mulut, so sesuai untuk remaja... selalu nya adegan cium tu mesti wajib ada kan. Respek la dengan cerita ni. yang ada adegan cium pipi je. Keseluruhan cerita ni tak ada la berat, cerita yang chill je so tak stress bila tonton.


Kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa support aku dari dulu sehingga sekarang, aku nak ucapkan selamat menyambut hari israj mikraj... terima kasih kerana sudi singgah baca


Wednesday, 15 January 2025

Selamat Tahun Baru 2025



Selamat tahun baru 2025 kepada semua blogger yang mengenali mekyuhhh ni. Dah hampir 16 tahun aku dalam dunia blogger ni, sedar tak sedar je kan. Kadang bila teringat banyak peristiwa aku buka blog dan baca, banyak sangat pancaroba dalam kehidupan aku rupanya... huhuhu

 

kuat betul hati aku Allah tiup sampai aku tak terfikir aku boleh hadap liku-liku perjalanan aku dari dulu sehingga sekarang. Hati seorang manusia yang biasa-biasa sahaja mampu menghadapi dugaan dan rintangan yang maha ESA.

 

Dah 15 hari kita menghadapi tahun 2025 rasa mcm baru semalam kan tarikh 01/01/2025? heheheh... begitulah kehidupan.

 

Azam????

tahun ni apa azam korang? azam tahun lepas dah tercapai belum? Nak tau tak azam aku tahun ni? Azam aku tahun ni adalah:

  1. Nak jadi isteri solehah - sebab selalu melawan
  2. nak jadi hamba solehah - selalu tak jaga waktu solat
  3. nak beli kereta baru - tak pernah beli kereta baru, biasa yang second hand je
  4. nak biz maju - dah 2 tahun tak meniaga dengan serius
  5. nak jadi ibu mithali - selalu garang dengan anak2
  6. nak tambah simpanan - selalu terpakai simpanan yang ada
  7. nak tambah pahala sedekah - sebab amal jariah lain tak tau DIA terima atau tak

 semoga azam aku tahun ni termakbul... amin


Friday, 10 January 2025

Hari Apresiasi 6 Tahun tabika Kemas 2024

Pada 09/01/2025 (Khamis) sekolah Adha ada majlis apresiasi tahun 6 2024. Seramai 522 murid telah dianugerahkan sijil tamat persekolahan. Ramai betul dan aku rasa macam convo budak-budak U pulak. Dalam pada gembira tu ada je terjentik rasa sedih sebab anak aku dah besar rupanya. Tapi perangai masih tidak matang macam kalau bogel tak tau malu hehehehe. Sebab tu aku tak bagi lagi ayah dia sunatkan dia. Awah aku ada pesan kalau nak sunatkan anak lelaki biar la dia berumur antara 10-12 tahun. 

 


Majlis diadakan di Dewan Pusat Dakwah Paroi, Seremban. Besar sungguh dewan nya dan sangat ramai ibu-bapa serta anak-anak yang daftar. Comey-comey semuanya dengan berpakaian seragam sekolah dan ada juga jualan untuk kami cuci mata.

 

Sedar tak sedar anak ibu dah bujang dan ibu semakin meningkat usia... syahdu nya. 

 


 

Pada mulanya suami tak pergi pun tapi biasa la dia last minit mesti ada je dia tu. Maklumlah anak kesayangan nak ambil sijil kan. Aku ikut kan je, elok la dia ikut sekurang-kurangnya aku tak yah la bawak keta, dengan parking sempit nya... sib baik.

 

aku tanya apa dia nak untuk ibu beli... tu yang gambar kat atas ni. bukan murah2 yea... heheheh tapi tak apa la demi si bujang ibu kan layan kan je la.

 



dalam kotak putih tu coklat untuk ibu bapa, untuk anak-anak madel tu buat kenangan dimasa hadapan. 






Majlis sepatutnya bermula pada 9.00 pagi tapi memandangkan Tok Mat ada urusan tak dapat dielakkan terpaksa gi ganti dengan orang lain, majlis bermula hampir pukul 10.00pagi.




gambar kenangan ibu, ayah dan adha. Panjang lagi masa awak anak, pelbagai lagi rintangan dan dugaan dalam kehidupan awak yang akan datang. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu dilindungi, bahagia dunia akhirat dan menjadi anak yang soleh/solehah... amin

Friday, 20 December 2024

Lawatan Tabika Firdaus 15/12/2024

Pada 15/12/2025 - Ahad yang lalu,  satu lawatan yang dianjurkan oleh sekolah Tabika Firdaus Adha di Pusat Sains Negara dan Farm Fresh Bangi. Aku, suami dan kakak pun sama-sama ikut memeriahkan suasana dengan menaiki bas. Adha tu memang jarang sangat naik bas, boleh bilang berapa kali je. sebab tu kami decide untuk naik bas semua.

 






 Pukul 8.00am berkumpul di sekolah adha dan dalam pukul 8.30am baru bas gerak ke destinasi pertama iaitu Pusat Sains Negara. Sampai sana anggaran dalam pukul 9.20am dan kami dapat masuk selepas 10-15 minit untuk cikgu ambil tiket dan agihkan kepada semua.

Nampak adha seronok sangat dapat tengok macam-macam benda dan dapat juga main-main dengan rakan-rakan. 


 




kami berada di Pusat Sains Malaysia sehingga pukul 12 tengahari. dalam pada tu  Adha dah lapar so kami keluar dulu dari Pusat Sains tu dalam pukul 11.20 tengahari. dekat luar Pusat tu ada tempat jual makanan dan tempat duduk untuk menjamu macam medan selera cuma makanan dia tak ada la banyak sangat. boleh la untuk alas perut.

Anggaran pukul 12.00 tengahari kami bergerak ke Masjid UPM untuk solat zohor disana serta makan tengahari. masa ni aku masih kenyang so makanan aku simpan bawak balik. Adha macam biasa lah kalau dah jumpa kwan-kawan mesti makan pun tak nak, nak main je kerja dia. so aku la terpaksa suap dia makan.

selesai solat zohor kami berangkat ke destinasi kedua iaitu ke Farm Fresh. masa dekat sini aku dah rasa penat sebab panas time ni, nasib baik ada bawak payung. Si Adha pulak asyik nak berlari je. macam biasa la mulut itu yang sentiasa panggil nama dia je kerja nya.

 


Adha tetap bertenaga, budak-budak kan... heheheh. dia boleh berlari sana berlari sini, Nampak la dia exited Bersama rakan-rakan. aku pun tengok rasa bahagia… 






Monday, 9 December 2024

JENIS KAWAN PERLU DI JAUHI


 

JENIS KAWAN PERLU DI JAUHI
 
 
1. TAMAK
Dia hanya mementingkan dirinya sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia sentiasa mendekati. Tapi masa kita susah dia akan menjauhkan dirinya. Malah mudah melupakan orang yang sering menolongnya, serta membangga2 kan orang yang baru sahaja memberi pertolongan kepadanya. Itu memang tamak!
 
 
2. KAKI PENGAMPU
Dia bersetuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau salah. Dia tidak berani menyatakan kebenaran. Dia tidak pernah menegur kita walaupun kita sedang melakukan kesilapan. Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak ikhlas dengan kita. Semua perbuatannya seolah-olah macam ada motif tertentu yang kita tidak tahu.
 
 
3. SUKA MEMBANTAH BANTAH
Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.
 
 
4. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi . Mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara
 
 
5. KAWAN YANG MAKAN KAWAN
Yang ni spesies musang berbulu ayam. Kawan yang tak berperikemanusiaan langsung. Sanggup dia makan kawan sendiri sedangkan makanan lain ada depan mata, kawan macam ni sanggup buat apa saja dengan apa cara sekali pun sehingga sanggup memusnahkan hidup kawannnya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. Lebih kurang pentingkan diri sendiri la.
 
 
6. KAWAN YANG BERLAGAK
Nak tanya sikit, siapa yang tahan kalau perangai kawan kita macam ni. Sape pun tak boleh tahan la. Orang semua bajet diorang perfect. diorang da lupa, apa yang diorang ada tu semua pinjaman dari ALLAH. jangan nak berlagak sangat la, bila - bila masa je ALLAH boleh tarik apa yang DIA berikan., So, hargailah apa yang kita ada dan tanamkan sifat rendah diri dalam diri kita ni.
 
 
7. KAWAN YANG NGUMPAT KAT BELAKANG
kawan ni spesis yang hipokrit, kalau dia tak suka perangai kita, cakap depan - depan. Perbetulkan apa kesalahan yang kita lakukan, itu la kawan yang baik. Ni tidak, habis semua di jaja sifat buruk kita. Kadang - kadang ditambahnya pulak maggie cukup rasa dalam cerita dia tu supaya orang lain rasa sedap nak dengar. Entah betul ke tak apa yang dia cerita tu.
 
 
8. KAWAN YANG KEDEKUT
haihh.. kawan kedekut pun ada jugak. Kawan macam ni susah kalau kita nak mintak tolong. Buat sakit hati je. Barang kita bukan main sedap dia tibai. Sampai tak ingat Dunia. Bila kita cuit sikit je barang diorang, mula mata jeling - jeling, pastu heboh satu kampung macam kita guna barang diorang habis licin.
 
 
9. KAWAN YANG DENGKI
Kawan macam ni tak boleh tengok kita duduk senang - lenang. Asal kita senang je, mula la hidup tak tentu arah, hati diorang resah gelisah. lepas itu, mereka mula mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. Bila kita susah, barula mereka semua rasa puas hati. Kalau yang ni tak patut kita panggil kawan, kita patut panggil musuh ketat.
 
 
*Dan ingat juga wasiat Khalifah Umar Abdul Aziz ini, “Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. 
 
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.”
Wednesday, 4 December 2024

Cerita dari mak


Pagi ni aku buka wasap group adik beradik perempuan aku, adik aku Nurul Ima ada bercerita pasal mak bagi tahu dia yang mak ada bermimpi berbunyi :

 

"mak mimpi berada di puncak.. lepastu meniti jambatan gantung.. sampai abis jambatan yg panjang, mak jumpa perkampungan lapang dengan org pakai baju putih bersih..senyum sesama mereka..kat sana xda pun org memasak cuma ada makanan yg sedap.."

 

"sampai je sana..mak mikir aku ada kat mana ni ya Allah..lepastu mak doa.. Ya Allah aku ada dimana ni? ..tolong la kembalikan aku ke tmpat asal..anak2 aku risau.."


mak masih dalam mimpi, datang seorang ustaz :

"dekat jambatan tu adalah api, tapi mak cakap bawah jambatan tu adalah air. ustaz menjawab sebenarnya adalah api..."


Mak bercerita lagi, biasa mak akan lupa mimpi mak tapi kali ini mak ingat sebijik-sebijik mampi mak sebab tu mak cerita dekat Ima.


Semoga SYURGA tempat mak sebab melahirkan kami 12 beradik dan tanpa rasa lelah membesarkan kami dengan pelbagai karenah anak-anak. Aku memang tahu yang mak seorang yang cekal dan tabah dalam meniti kehidupan dari kecik sehingga mak dah 67 tahun...

 


Ya Allah semoga mak sentiasa sihat, sentiasa bahagia dan sentia ceria dalam meniti sisa-sisa hidup bersama kami adik beradik walau ada ketika dia bagitahu kami yang dia sangat rindukan arwah abah yang telah 4 tahun meninggalkan kami.... Al-fatihah buat abah 

 

Link dekat bawah adalah voice dari adik aku yang menceritakan semula dengan detail... korang dengar la, sedih sangat 😔 


"cerita dari Ima" - kuatkan speaker

 

UseZally