bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 10 January 2025

Hari Apresiasi 6 Tahun tabika Kemas 2024

Pada 09/01/2025 (Khamis) sekolah Adha ada majlis apresiasi tahun 6 2024. Seramai 522 murid telah dianugerahkan sijil tamat persekolahan. Ramai betul dan aku rasa macam convo budak-budak U pulak. Dalam pada gembira tu ada je terjentik rasa sedih sebab anak aku dah besar rupanya. Tapi perangai masih tidak matang macam kalau bogel tak tau malu hehehehe. Sebab tu aku tak bagi lagi ayah dia sunatkan dia. Awah aku ada pesan kalau nak sunatkan anak lelaki biar la dia berumur antara 10-12 tahun. 

 


Majlis diadakan di Dewan Pusat Dakwah Paroi, Seremban. Besar sungguh dewan nya dan sangat ramai ibu-bapa serta anak-anak yang daftar. Comey-comey semuanya dengan berpakaian seragam sekolah dan ada juga jualan untuk kami cuci mata.

 

Sedar tak sedar anak ibu dah bujang dan ibu semakin meningkat usia... syahdu nya. 

 


 

Pada mulanya suami tak pergi pun tapi biasa la dia last minit mesti ada je dia tu. Maklumlah anak kesayangan nak ambil sijil kan. Aku ikut kan je, elok la dia ikut sekurang-kurangnya aku tak yah la bawak keta, dengan parking sempit nya... sib baik.

 

aku tanya apa dia nak untuk ibu beli... tu yang gambar kat atas ni. bukan murah2 yea... heheheh tapi tak apa la demi si bujang ibu kan layan kan je la.

 



dalam kotak putih tu coklat untuk ibu bapa, untuk anak-anak madel tu buat kenangan dimasa hadapan. 






Majlis sepatutnya bermula pada 9.00 pagi tapi memandangkan Tok Mat ada urusan tak dapat dielakkan terpaksa gi ganti dengan orang lain, majlis bermula hampir pukul 10.00pagi.




gambar kenangan ibu, ayah dan adha. Panjang lagi masa awak anak, pelbagai lagi rintangan dan dugaan dalam kehidupan awak yang akan datang. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu dilindungi, bahagia dunia akhirat dan menjadi anak yang soleh/solehah... amin

Related Post:

  • cerita Korea - School 2017semalam (27/01/2025 - israj mikraj) dan syarikat aku ada ambil cuti tersebut, aku dan keluarga tak ada pergi mana-mana pun sebab esok (29/01/2025) kami nak balik kampung. Ada suami
 Read More
  • Mak dan Kak Long gi umrah (08/02/2025 - 19/02/2025)Pada 08/02/2025 kaklong dan mak berangkat ke tanah suci menunaikan umrah. mereka berangkat pada jam 6.30pagi tapi dah kena ada di KLIA1 pada pukul 1pagi. Sehari sebelum mereka
 Read More
  • Selamat Tahun Baru 2025Selamat tahun baru 2025 kepada semua blogger yang mengenali mekyuhhh ni. Dah hampir 16 tahun aku dalam dunia blogger ni, sedar tak sedar je kan. Kadang bila teringat banyak peristi
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment