Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label cERiTa. Show all posts
Showing posts with label cERiTa. Show all posts
Monday, 10 February 2025

Mak dan Kak Long gi umrah (08/02/2025 - 19/02/2025)

Pada 08/02/2025 kaklong dan mak berangkat ke tanah suci menunaikan umrah. mereka berangkat pada jam 6.30pagi tapi dah kena ada di KLIA1 pada pukul 1pagi.

 

Sehari sebelum mereka berangkat kami adik beradik berkumpul dirumah Faizal(adik yang menetap di Puchong) untuk sama-sama nanti ke KLIA1 sama-sama. Dalam pada berkumpul tu kami ada la plan untuk pergi jalan-jalan ambil angin buat mak sebab kami memang tahu mak suka berjalan... hehehehe


07/02/2025 - Pukul 9.00pagi Aku dan keluarga aku berangkat ke Suka Dessert Selayang. Perjalanan makan masa dalam 1 jam setengah. Gigih betuL ke sana sebab si kakak memang merengek nak sangat ke sana. mula nya aku pun malas nak gi sana, boleh je kirim dekat adik2 yang gi sana tapi kesian plak dekat si kakak tu. Sampai sana dah jam 11.30 pagi terus dapat makan sebab adik2 aku dah siap2 belikan apa yang kami nak makan. Suben langsung x makan sebab dia kurang sikit bab2 dessert ni Pukul 12 tengahari gerak ke rumah Faizal di Puchong yang makan masa dalam 40 minit campur jem semua la. Dah sampai rumah Faizal masing-masing dah kebulur sebab makan dessert je kan tadi. 

 



 



 
Kalau ikutkan dessert dekat sini memang harga kayangan tetapi sebab dia memang sedap dan puas hati jadi aku bagi la 7/10 sebab aku tak berapa suka sangat manis-manis ni, kan aku dah manis... hahaha
 
 
Dalam Pukul 3pm kami gerak ke Taman Botani untuk main basikal. 1/2 jam rm20 untu basikal aku sewa tu. Tak ada apa-apa pun sini just ada taman dan tasik untuk orang kota bersiar-siar.

 


 

 


 



 


 

Pastu Plan dah bertukar sebab mak saudara suruh ambil makanan yang dia bawak di hotel tempat mereka menetap di KLIA. yang ni kaklong dan abang long sudi ambil makanan tu.

 

Kami bergerak ke rumah Nurman (adik yang menetap di Putra Height Subang) untuk kami mandi manda di kolam sana.

 

                                      sepupu-sepapat. Ni baru suku sebab ada yang tak dapat datang KL

 


 

 

Kalau ikutkan kat bawah ni tentative yang kami plan, tapi biasa lah banyak yang tidak menjadi... huhuhu

JALAN JALAN KL

7/2 (Jumaat)
9:30am : Ambik Kak Eni kt TBS (Team tidur rumah Ana)
10:30am : Gerok ke SD
11:30am - 1:30pm : Makan-Makan di SD
1:30pm : Ke Taman Botani Putrajaya
2:30pm - 4:00pm : Lepak di Taman Botani Putrajaya
4:00pm : Karaoke
4:30pm - 6:00 : Karaoke
6:00 : Bertolak ke Rumah Faizal (Berkumpul/rehat)
7:30pm : Team tidur rumah ana bertolak balik ke rumah ana
 
8/2 (Sabtu)  
2:00am : Bertolak dari rumah Faizal/Ana ke KLIA
3:00am : Tiba di KLIA
3:00am - 5:00am : Lepak KLIA sehingga mak dan kaklong masuk
5:00am : Bertolak balik rumah faizal (Rehat/Solat)
10:00am : Bertolak ke Bukit Bintang
11:00am : Tiba di Bukit Bintang
11:00am - 2:30pm : Lepak di Bukit Bintang
2:03pm : Bertolak ke Tasik Titiwangsa
2:30pm - 5:30pm : Lepak di Tasik Titiwangsa
5:30pm : Bertolak balik ke rumah Ana/faizal
7:30pm : Bertolak ke i-City Shah Alam
8:30pm-10:30pm : Lepak di I-City Shah Alam
10:30pm : Bertolak balik ke rumah faizal/ana
 
9/2 (Ahad)
BALIK KE TERENGGANU


Masih 07/02/2025 - selepas mandi manda baru balik semula ke rumah Faizal untuk berehat. 


Pukul 12.30 am  Faizal bawak mak, kaklong, abang long dan anak ke KLIA. Kami gerak pukul 2.30am..


 









 

 

tentatif perjalanan UMRAH mak dan kaklong 

*Keberangkatan ke Saudi Arabia*

(KUL- MED)
08 Feb 2025
SV 831
Pelepasan : 0640 (Waktu Malaysia)
Ketibaan : 1055 (Waktu Saudi)

*Kembali ke Tanah Air Malaysia*

(JED-KUL)
18 Feb 2025
SV 840
Pelepasan : 1055 (Waktu Saudi)
Ketibaan : 0035 (Waktu Malaysia)

*Jemaah akan tiba di Malaysia pada 19 Februari 2025 jam 12.35 pagi*
_________________________

*BERKUMPUL DI KLIA*

Tarikh : 08 Feb 2025
Masa : 2:30 pagi
Tempat : KLIA International Departure (Kaunter K1)

*Taklimat Ringkas*
Masa : 4.30 pagi

semoga mak dan kaklong mendapat umrah yang mabrur.. amin

 

Tuesday, 28 January 2025

cerita Korea - School 2017

semalam (27/01/2025 - israj mikraj) dan syarikat aku ada ambil cuti tersebut, aku dan keluarga tak ada pergi mana-mana pun sebab esok (29/01/2025) kami nak balik kampung. Ada suami ajak gi mandi dekat pantai Port Dickson tapi aku tolak Sebab aku tak nak, aku nak bersantai kat rumah (lepak2 je kat rumah)


Sebenarnya aku nak tonton netflix cerita korea iaitu Scholl 2017 (cerita budak-budak) heheheh tapi aku suka cerita ni, aku boleh mengimbau zaman sekolah aku dulu. Cerita ni mengisahkan pelajar-pelajar di sekolah menengah yang mempunyai masalah masing-masing dari segi kehidupan keluarga, kehidupan bersama rakan-rakan serta kehidupan di sekolah itu sendiri.


 

tapi best nya cerita ni tak ada adegan cium mulut, so sesuai untuk remaja... selalu nya adegan cium tu mesti wajib ada kan. Respek la dengan cerita ni. yang ada adegan cium pipi je. Keseluruhan cerita ni tak ada la berat, cerita yang chill je so tak stress bila tonton.


Kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa support aku dari dulu sehingga sekarang, aku nak ucapkan selamat menyambut hari israj mikraj... terima kasih kerana sudi singgah baca


Wednesday, 17 January 2018

Banyak nya berita

sejak akhir-akhir ni banyak benda berlaku dan berita yang kita dengar. ada berita Pelakon terkenal kena tangkap la ada pulak berita sedih budak kena hempap kerusi yang manusia tidak bertanggungjawab buang la, ada budak sekolah yang buat cerita kena colik la. entah la banyak sangat perkara berlaku yang boleh membuka mata banyak pihak termasuk aku.

baru-baru ni viral pasal lori yang langgar pengguna jalan raya yang tidak bersalah. Malaysia ni dah macam dalam cerita drama dan cerita dongeng dah bila aku buka bahagian berita tu. rasa macam tak percaya pulak semua ini berlaku di Malaysia tanah tumpah darah aku. macam mana la zaman akan datang kan?

ni cerita Farid Kamil yang kena tangkap gara-gara kesilapan sendiri. aku pun tak boleh salah kan dia seratus peratus sebab kita bukan di pihak dia. macam aku, cuma membaca bahan bacaan daripada en gugel je dan dari berita yang kita tak tahu pun kesahihan nya. pastu ada pulak dengar Diana Daniel menyelak rambut suami dia. biar la dah memang suami dan isteri nak tengok suami sama ada ok atau tidak. itu pun nak masuk dalam akhbar. pelik la dan macam-macam betul la

memang ajal dan maut di tangan Tuhan tapi kalau awk yang dari tingkat 21 baling kerusi ke bawah memang mengundang malapetaka. cuba bayangkan anak2 korang yang bermain dibawah dan anda yang buat balingan tu apa rasa korang? tolong la perkara mcm tu sepatutnya tidak berlaku di kalangan masyarakat kita di Malaysia ni.

bagi kawan-kawan yang membaca blog saya ni kita semestinya sentiasa behati-hati walau di mana kita berada. malang memang tidak berbau


Friday, 27 November 2015

Selamat jalan SSA

Hari ni 27112015 adalah hari terakhir Siti Sarah Ahmad (SSA) sebagai staf SAINS. rasa sangat kehilangan kawan yang sekian lama dalam syarikat. Sangat sedih dan sayu bila dia meninggalkan syarikat hari ini.

Orang tua2 cakap hilang berganti tapi tak sama dengan yang telah hilang tersebut. Sarah adalah seorang pegawai kewangan yang sangat mesra dan bertimbangrasa. Aku sendiri senang dengan komitmen dia sebagai seorang pegawai dan sebagai rakan se-syarikat.

Semoga ikatan persahabatan akan kekal hingga bila2.. amin

Geng Lunch bersama SSA tapi kak nora sorang tak ada... dah balik agak nya masa ni


Terima kasih SSA bagi ini pada aku. Akan simpan sebagai kenangan


Team HQ wasap group...

Nampak hepi tapi sebenarnya kami sangat sedih




Ni la SSA... semoga menempuh dunia baru di tempat kerja yang baru... aku yakin dia boleh dan dapat peluang yang lagi best... amin


Saturday, 29 November 2014

misteri



"MISTERI PENJARA PUDU" SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP? Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".

Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu.

Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat          semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.        

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam  gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.

Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kw sentuh itu harta. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa . . . .      

Tahniah kerana minat membaca.        

Aku punya kusyuk dk baca.. puihh aku pun terkono. . . .so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak. HAHAHA mesti excited baca kan.
Wednesday, 9 September 2009

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka
mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka
romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca
peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat
prihatin
terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan
seadanya.. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala
sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada
sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!"
Tuesday, 18 August 2009

Berhentilah Menjadi Gelas

" Kenapa kau selalu murung, Nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah kesyukuranmu? ", tanya Sang Guru.

" Guru, kebelakangan ini hidup saya diselubungi berbagai masalah. Masalah datang seperti tiada penghujungnya ", jawab seorang anak muda.

" Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawa kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu ", arah Sang Guru sambil menghadiahkan seukir senyuman buatnya.

Si anak muda pun berlalu pergi bagi memenuhi permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang dipinta.

" Nak, masukkan segenggam garam itu ke dalam gelas yang berisi air. Setelah itu, minumlah airnya sedikit ", kata Sang Guru.

" Uwekk. Masinnya ! ", wajahnya kini merengis menahan rasa masin air garam itu.

Sang Guru tersenyum kecil memerhatikan gelagat anak muda itu.

" Sabar Nak. Sekarang tebarkan garam yang masih berbaki itu ke dalam sungai pula, dan cuba minum airnya ", arah Sang Guru sambil mencari batu untuk didudukinya.

Si anak muda itu pun menangkupkan kedua tangannya, mengambil air sungai, lalu meneguknya.

" Bagaimana rasanya? ", soal Sang Guru.

" Alhamdulillah, segar. Segar sekali. Tiada rasa masin sedikitpun ", kata si anak muda itu bersungguh-sungguh.

" Nak, Itulah hakikat sebuah kehidupan. Segala masalah dalam hidup ini hanyalah seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam ", si anak muda itu terdiam mendengarkannya.

" Tetapi Nak, rasa 'masin' dari penderitaan yang kau alami itu, sangat bergantung kepada besarnya hati yang menampungnya. Jadi, supaya tidak merasa menderita, berhentilah menjadi gelas. Jadikanlah hatimu sebesar sungai itu. Nescaya kau akan sentiasa tenang ", sambung Sang Guru sebelum berlalu pergi.

Jadikanlah hatimu sebesar sungai itu. Nescaya kau akan sentiasa tenang !