bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 4 December 2024

Cerita dari mak


Pagi ni aku buka wasap group adik beradik perempuan aku, adik aku Nurul Ima ada bercerita pasal mak bagi tahu dia yang mak ada bermimpi berbunyi :

 

"mak mimpi berada di puncak.. lepastu meniti jambatan gantung.. sampai abis jambatan yg panjang, mak jumpa perkampungan lapang dengan org pakai baju putih bersih..senyum sesama mereka..kat sana xda pun org memasak cuma ada makanan yg sedap.."

 

"sampai je sana..mak mikir aku ada kat mana ni ya Allah..lepastu mak doa.. Ya Allah aku ada dimana ni? ..tolong la kembalikan aku ke tmpat asal..anak2 aku risau.."


mak masih dalam mimpi, datang seorang ustaz :

"dekat jambatan tu adalah api, tapi mak cakap bawah jambatan tu adalah air. ustaz menjawab sebenarnya adalah api..."


Mak bercerita lagi, biasa mak akan lupa mimpi mak tapi kali ini mak ingat sebijik-sebijik mampi mak sebab tu mak cerita dekat Ima.


Semoga SYURGA tempat mak sebab melahirkan kami 12 beradik dan tanpa rasa lelah membesarkan kami dengan pelbagai karenah anak-anak. Aku memang tahu yang mak seorang yang cekal dan tabah dalam meniti kehidupan dari kecik sehingga mak dah 67 tahun...

 


Ya Allah semoga mak sentiasa sihat, sentiasa bahagia dan sentia ceria dalam meniti sisa-sisa hidup bersama kami adik beradik walau ada ketika dia bagitahu kami yang dia sangat rindukan arwah abah yang telah 4 tahun meninggalkan kami.... Al-fatihah buat abah 

 

Link dekat bawah adalah voice dari adik aku yang menceritakan semula dengan detail... korang dengar la, sedih sangat 😔 


"cerita dari Ima" - kuatkan speaker

 

Related Post:

  • anak halal...sedih dan sebak bila aku tonton cerita ampunkan daku (tv3) tadi yang dibintangi oleh shila rusli. memang menjadi sangat dengan lakonan dia serta pelakon lain. dulu kita tengok shil
 Read More
  • kelahiran pada bulan MEI# kekerasan hati & degil# kuat semangat & bermotivasi tinggi# pemikiran yg tajam# mudah marah apabila tidak dikawal# pandai menarik hati org lain & menarik perhatian# p
 Read More
  • RasaPerkara yang aku paling takut selain mati adalah diri sendiri. Perasaan dengki, marah, geram, sayu, sedih selalu bermain difikiran... Perasaan dengki terhadap kehidupan orang lain
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment