bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 15 January 2025

Selamat Tahun Baru 2025



Selamat tahun baru 2025 kepada semua blogger yang mengenali mekyuhhh ni. Dah hampir 16 tahun aku dalam dunia blogger ni, sedar tak sedar je kan. Kadang bila teringat banyak peristiwa aku buka blog dan baca, banyak sangat pancaroba dalam kehidupan aku rupanya... huhuhu

 

kuat betul hati aku Allah tiup sampai aku tak terfikir aku boleh hadap liku-liku perjalanan aku dari dulu sehingga sekarang. Hati seorang manusia yang biasa-biasa sahaja mampu menghadapi dugaan dan rintangan yang maha ESA.

 

Dah 15 hari kita menghadapi tahun 2025 rasa mcm baru semalam kan tarikh 01/01/2025? heheheh... begitulah kehidupan.

 

Azam????

tahun ni apa azam korang? azam tahun lepas dah tercapai belum? Nak tau tak azam aku tahun ni? Azam aku tahun ni adalah:

  1. Nak jadi isteri solehah - sebab selalu melawan
  2. nak jadi hamba solehah - selalu tak jaga waktu solat
  3. nak beli kereta baru - tak pernah beli kereta baru, biasa yang second hand je
  4. nak biz maju - dah 2 tahun tak meniaga dengan serius
  5. nak jadi ibu mithali - selalu garang dengan anak2
  6. nak tambah simpanan - selalu terpakai simpanan yang ada
  7. nak tambah pahala sedekah - sebab amal jariah lain tak tau DIA terima atau tak

 semoga azam aku tahun ni termakbul... amin


Related Post:

  • Kita akan diuji dan terus diujiRenungan Santai ...Kita akan diuji dan terus diujiđŸŒčCarilah Hikmah Dlm Setiap Ketentuan Tuhan, Agar Timbul Rasa Kesyukuran & Keredhaan.. đŸŒč Memang benar ianya tdak semudah kata
 Read More
  • JENIS KAWAN PERLU DI JAUHI JENIS KAWAN PERLU DI JAUHI  1. TAMAKDia hanya mementingkan dirinya sendiri. Masa kita kaya atau senang, dia sentiasa mendekati. Tapi masa kita susah dia akan menjau
 Read More
  • April2023 yang tenang tapi mencabar fikiran - ThrowbackTajuk pada kali ini nampak macam faham tapi korang rasa faham tak? hahahahha... bukan apa bulan puasa dan bulan raya 2023. banyak sangat suka dan duka yang silih berhanti. walaupun
 Read More
2 comments on "Selamat Tahun Baru 2025"
  1. Semoga yang baik2 je tahun 2025 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... saya doakan awak juga baik-baik sahaja tahun 2025 ini dan capai impian awak ok

      Delete