Tiktok Mekyuhhh

Friday, 25 November 2022

ekonomi 2023


Peramalan kita tentang ekonomi 2023 sangat menakutkan.

Perdana Menteri ke 10 telah dilantik. Suka atau tidak, semuanya telah ditulis sebagai satu takdir.

Ekonomi negara kita tak mampu nak kawal, yang dalam gengagaman kita adalah ekonomi keluarga kita.

Bagaimana persediaan kita menghadapi 2023? Kalau kita didalam dunia bisnes, adakah kita duduk dan lihat sahaja kewangan  kita semakin merundum?

Saat dan masa nilah kita perlu lebih agresif untuk buat sales dan marketing. Jaga cash flow dengan baik dan sempurna. Catit duit keluar masuk dengan sempurna. Bezakan mana satu keperluan dan kehendak. Dalam proses nak bertahan ni bukan mudah, tapi kalau kita senyap dan tak upgrade semua ilmu, kita akan jauh tertinggal.

Belajar untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. Pakar ramalan ekonomi dah berkali2 mengingatkan, cuma kita je lupa, kita je yang buat2 tak dengar.

Ini bukan masa bersantai, ini masa kita berjuang, lambat bukan sekadar tertinggal, tapi lambat akan terus lenyap.

Nak belajar bisnes santai kak yus boleh ajarkan, nak belajar uruskan income dalam bisnes kak yus tunjukkan.

Pm tepi untuk maklumat lanjut ya🥰
Tuesday, 22 November 2022

PRU 15

sabtu yang lepas kita semua diberi mandat untuk memilih siapa yang akan menerajui Malaysia bagi penggal 5 tahun akan datang ini. tetapi saingan sangat sengit kerana tiada parti yang berjaya mendapat majoriti yang tinggi iaitu 112 kerusi at list untuk membentuk kerajaan.

pastu isnin tak cuti kerana masih tergantung  kerana mereka perlu bergabung parti untuk membina kerajaan Malaysia. aku sebagai rakyat merhain sangat-sangat berharap Allah bantu kami dengan memberi mandat kepada mereka yang benar-benar ikhlas memimpin negara dengan adil dan saksama. semoga Islam di Malaysia tetap utuh. 

parti-parti yang sebelum ni gah dengan pemerintahan yang kuku besi atau menindas rakyat telah kalah dan menjadi iktibar kepada mereka untuk istikomah dalam memimpin supaya lebih ikhlas dalam menerajui negara kelak jika mereka memang dimasa akan datang nanti.

oleh kerana isnin 21/11/2022 tidak cuti so aku terpaksa EL sebab buat pandai-pandai sendiri kata isnin tu aku cuti... hahahaha padan muka kau yus. aku pulang ke Seremban pada isnin pagi kerana hari ni aku kerja... huhuhuhu

sementara menunggu dengan debaran pada pukul 2.00 pm ni aku serta majoriti rakyat Malaysia berdoa agar PM ke 10 ini dapat membentuk Kerajaan yang adil, berilmu, berpegang teguh kepada Agama Islam dan sentiasa mengutamakan rakyat dalam melakukan sesuatu perkara... amin



Friday, 12 August 2022

Minum Air Panas Atau Air Sejuk, Mana Lebih Baik?


Air antara unsur yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana 70 peratus tubuh manusia mengandungi air dan tubuh lebih memerlukan air berbanding makanan.

Ramai yang beranggapan air sejuk tidak baik untuk kesihatan. Namun sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tetapi haruslah diambil pada waktu yang sesuai.

Jadi bila masa yang sesuai untuk minum air panas dan air sejuk? Ini antara waktu yang tepat untuk anda mengambilnya.


Ini masa sesuai untuk anda minum air sejuk

[Selepas bersenam]
Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.

[Melawan panas]
Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.

[Membantu menurunkan berat badan]
Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.

Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

[Jangan minum air sejuk ketika sedang makan]
Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.


Minum air panas pun banyak manfaatnya

Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan dan masalah kulit.

[Mempercepatkan pencernaan]
Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.

[Mengeluarkan toksin dari tubuh]
Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.

Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suam dan minum setiap pagi.

[Melancarkan pernafasan]
Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.

[Mengurangkan rasa sakit]
Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekaligus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

Moga bermanfaat.


Thursday, 11 August 2022

23 Benda Yang Perlu Bawa Pergi Melancong

23 Benda Yang Perlu Bawa Pergi Melancong
 

Untuk percutian yang singkat dan bermakna. Persediaan dan keperluan sebelum pergi melancong kadang-kadang selalu dipandang remeh oleh ramai orang. Bila tiba di destinasi pelancongan, ramai yang mengeluh kerana ada barang yang tertinggal di rumah. Ada sahaja alasan mereka. Kadang-kadang barang penting seperti pasport dan kad pengenalan juga boleh tertinggal. Jangan pandang remeh pada persiapan barang-barang untuk pergi melancong. Kalau boleh, siapkan persediaan dan seawal yang mungkin. Buat senarai untuk lebih kemas. Jangan sampai hari-hari istimewa anda semua rosak kerana tertinggal barang penting. Jom kita baca apa barang-barang yang penting tu.
 
Wednesday, 10 August 2022

happy anniversary kepada saya dan suami

 lupa nak post tapi ok kan kalau aku nak post jugak. pada 29/07/2022 yang lepas macam tahun-tahun sebelum suami sentiasa ingatkan aku tarikh anniversary kami. korang doakan semoga hubungan kami kekal hingga jannah yea.

selamat ulang tahun kepada aku dan suami yang ke 5. semoga hubungan kami kekal hingga jannah


Sunday, 31 July 2022

BUANG KEAKUAN MU

 BUANG KEAKUAN MU...


Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para Malalaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana Martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat2 kita, walaupun Ilmu dan Amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada Pelaku Maksiat.. ini kerana Pelaku Maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat merasakan diri nya lebih bagus dari org lain ini sampai bila2 tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yg sangat besar impaknya.. dia akan terus merasakan dirinya Suci dan Soleh serta mengganggap sahabat2 nya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..

Peringatan buat diri yg hina ini dan Ahli2 Keluarga serta sahabat yg dikasihi sekalian.

- Zakirah Zaid Matsom -

Saturday, 30 July 2022

15 Perkara Yang Perlu Kita Sedar Apabila Umur Meningkat Dewasa

 “15 Perkara Yang Perlu Kita Sedar Apabila Umur Meningkat Dewasa.”


1.Tidak semua kawan kita adalah sahabat kita.

2.Tidak semua orang berharta hidup bahagia.

3.Orang yang petah bercakap tidak semestinya hebat melakukan tugasan.

4.Tidak semua orang pandai itu beradab.

5.Tubuh badan sihat itu adalah mahal,tidak mampu dibeli dengan wang.

6.Tidak semua kebahagiaan di media sosial adalah sama dengan realiti.

7.Tidak semua musuh kita akan menjadi musuh kita selamanya.

8.Sedekah duit,tidak akan dibalas duit,tetapi akan dibalas dengan perkara lain tanpa kita sedar.

9.Rezeki yang haram tidak akan pernah menjanjikan hidup yang tenang.

10.Tiada kehidupan manusia yang sempurna.Kaya,miskin,sihat,lemah tetap akan diuji.

11.Membandingkan kehidupan dengan orang lain adalah perkara yang membuang masa.Kita tidak akan pernah rasa cukup.

12.Kawan dan sahabat itu akan datang dan pergi.Sama ada membawa haluan sendiri atau dijemput ajal.

13.Mencari rezeki yang halal dan gaji kecil itu bukan lah perkara yang hina.

14.Sikap membazir dan boros akan menyusahkan kehidupan seharian.

15.Hutang itu akan memutuskan silaturahim,beri ikut kemampuan,bukan ikut perasaan simpati.

Ada perkara yang kita boleh kawal,ada juga perkara yang di luar kawalan kita.

Apabila umur semakin meningkat,gaya berfikir juga perlu diubah.Tidak perlu matang sepenuhnya,cukup hanya dengan memahami kehidupan.


Hidup Kita,Cara Kita.