bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 30 July 2022

15 Perkara Yang Perlu Kita Sedar Apabila Umur Meningkat Dewasa

 “15 Perkara Yang Perlu Kita Sedar Apabila Umur Meningkat Dewasa.”


1.Tidak semua kawan kita adalah sahabat kita.

2.Tidak semua orang berharta hidup bahagia.

3.Orang yang petah bercakap tidak semestinya hebat melakukan tugasan.

4.Tidak semua orang pandai itu beradab.

5.Tubuh badan sihat itu adalah mahal,tidak mampu dibeli dengan wang.

6.Tidak semua kebahagiaan di media sosial adalah sama dengan realiti.

7.Tidak semua musuh kita akan menjadi musuh kita selamanya.

8.Sedekah duit,tidak akan dibalas duit,tetapi akan dibalas dengan perkara lain tanpa kita sedar.

9.Rezeki yang haram tidak akan pernah menjanjikan hidup yang tenang.

10.Tiada kehidupan manusia yang sempurna.Kaya,miskin,sihat,lemah tetap akan diuji.

11.Membandingkan kehidupan dengan orang lain adalah perkara yang membuang masa.Kita tidak akan pernah rasa cukup.

12.Kawan dan sahabat itu akan datang dan pergi.Sama ada membawa haluan sendiri atau dijemput ajal.

13.Mencari rezeki yang halal dan gaji kecil itu bukan lah perkara yang hina.

14.Sikap membazir dan boros akan menyusahkan kehidupan seharian.

15.Hutang itu akan memutuskan silaturahim,beri ikut kemampuan,bukan ikut perasaan simpati.

Ada perkara yang kita boleh kawal,ada juga perkara yang di luar kawalan kita.

Apabila umur semakin meningkat,gaya berfikir juga perlu diubah.Tidak perlu matang sepenuhnya,cukup hanya dengan memahami kehidupan.


Hidup Kita,Cara Kita.

Related Post:

  • tema untuk raya ke 2 2022 hari ni syawal ke 16 tapi aku baru nak bercerita pasal aktiviti raya ke 2 kami. untuk raya pertama tema adalah putih tapi untuk raya ke 2 pulak adalah warna maroon. Untu… Read More
  • Raya ke 3 tahun 2022Untuk raya ke tiga kami beraya jauh sikit memandangkan adik no 4 tidak dapat pulang beraya kerana menjaga anaknya yang sakitRumah Mertua Kak Long - Mertua Zalina - Imakami sangat b… Read More
  • Great British CIRCUSMalam ni tengok circus yang org putih tu wat persembahan. Ingatkan yg ada haiwan tu tapi bukan, emmm… tiket untuk kanak-kanak rm25 dan dewasa rm40 boleh tahan la mahal dia tapi nak… Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment