bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 22 November 2022

PRU 15

sabtu yang lepas kita semua diberi mandat untuk memilih siapa yang akan menerajui Malaysia bagi penggal 5 tahun akan datang ini. tetapi saingan sangat sengit kerana tiada parti yang berjaya mendapat majoriti yang tinggi iaitu 112 kerusi at list untuk membentuk kerajaan.

pastu isnin tak cuti kerana masih tergantung  kerana mereka perlu bergabung parti untuk membina kerajaan Malaysia. aku sebagai rakyat merhain sangat-sangat berharap Allah bantu kami dengan memberi mandat kepada mereka yang benar-benar ikhlas memimpin negara dengan adil dan saksama. semoga Islam di Malaysia tetap utuh. 

parti-parti yang sebelum ni gah dengan pemerintahan yang kuku besi atau menindas rakyat telah kalah dan menjadi iktibar kepada mereka untuk istikomah dalam memimpin supaya lebih ikhlas dalam menerajui negara kelak jika mereka memang dimasa akan datang nanti.

oleh kerana isnin 21/11/2022 tidak cuti so aku terpaksa EL sebab buat pandai-pandai sendiri kata isnin tu aku cuti... hahahaha padan muka kau yus. aku pulang ke Seremban pada isnin pagi kerana hari ni aku kerja... huhuhuhu

sementara menunggu dengan debaran pada pukul 2.00 pm ni aku serta majoriti rakyat Malaysia berdoa agar PM ke 10 ini dapat membentuk Kerajaan yang adil, berilmu, berpegang teguh kepada Agama Islam dan sentiasa mengutamakan rakyat dalam melakukan sesuatu perkara... amin



2 comments on "PRU 15"
  1. Dan hari ni kita masih lg menunggu kerajaan baharu utk terbentuk... hehehe... tahniah kerana telah menunaikan tanggungjawab sbg warganegara

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana menunaikan kewajipan pada negara ;)

    ReplyDelete