Tiktok Mekyuhhh

Friday, 18 February 2022

7 kunci kebahagiaan Menurut Imam Ali ibn Abi Thalib.

 7 kunci kebahagiaan Menurut Imam Ali ibn Abi Thalib.


1. Jangan membenci siapa pun meskipun ada yang menyalahi hak kamu
2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan walaupun masalah memuncak
3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada
4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah
5. Perbanyakkan memberi sekalipun kita susah
6. Tersenyumla walau hati kita sedang menangis
7. Jangan putus doa kepada saudara mukmin


Thursday, 17 February 2022

kepada yang sabar sahaja...

 

Bila marah, sedih, kecewa dan terluka.
Kadang yang kita perlu hanyalah masa.

Biar yang panas itu sejuk.
Biar yang membara itu reda.

Jangan mudah mengeluh dengan dugaan.
Jangan terlalu cepat merusuh melayan tekanan.

Bersyukur selalu. Bersabar itu perlu ..

Selama mana pun kita bertarung.
Separah mana pun ujian yang di tanggung.

Jangan putus asa. Jadikan doa itu senjata.
Bawa hatimu kepada Yang Maha Esa ..

Biar siang menjadi pendek dan malam menjadi panjang.
Biar resah menjadi embun yang cuma seketika menghiasi dedaun.

Setiap percaturan Allah tidak pernah salah walaupun memaksa kita untuk sabar dan redha.

Tanda cinta Allah kepada seseorang itu Allah biarkan hatinya hancur berkali-kali sampai dia rasa tiada lagi harapan di dunia ini dan itu akan membuat dia punya harapan hanya kepada Allah sahaja.

Alhamdulillah ♥️

Wednesday, 16 February 2022

15 Tips Murah Rezeki!

 15 Tips Murah Rezeki!

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!


6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.

Alhamdulillah...


 

Tuesday, 15 February 2022

𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗜𝗕.

 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗜𝗕.


Orang yang menutup aib orang yang beriman yang lain, Allah akan menutup aibnya.

Tidak akan mati seseorang yang membuka aib orang lain melainkan dirinya akan melakukan aib tersebut.

Jika aib tersebut adalah mencuri, dia akan mencuri. Jika ianya zina, maka dia berzina.

Jika diperdengarkan kepada kita tentang aib orang lain, bangkit dari situ dan beredar.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~



Monday, 14 February 2022

Special for you hawa

 Special for you hawa

Duhai wanita, anda menjadi yang terindah bukan kerana cantiknya paras rupa, tapi kernah anda cantik dalam menjaga maruah dan berahklak mulia Dan berbudi pekerti.

Anda menjadi yang terindah bukan pada manisnya pujuk rayu tetapi tebalnya sifat malumu.

Menjadi wanita itu satu ketetapan. Tetapi menjadi wanita yang solehah itu satu pilihan.  

Yang terpenting bagi seorang wanita itu adalah harga dirinya. Semakin terjaga dirinya, semakin mulia disisi Allah dan Rasulullah 


Sunday, 13 February 2022

Hari terakhir RG BOUTIQUE di Senawang

pada 31/01/2022 yang lalu genap 2 tahun RG Boutique Cafe beroperasi di Taipan 2, Senawang. berat rasa hati aku untuk memulakan bicara berkenaan penutupan butik cafe kami ini. walaupun begitu aku tetap bersyukur dan sentiasa berprasangka baik dengan kehendak Illahi.


sekarang ini RG Boutique masih beroperasi cuma tempat adalah di rumah aku sendiri iaitu di Mambau. penutupan ini aku putuskan supaya aku fokus pada perniagaan Forever Living terlebih dahulu sebelum aku sambung kembali buka cafe aku. mungkin dengan wajah baru nanti... InsyaAllah

dalam masa 2 tahun beroperasi banyak sangat kenangan manis dan pahit aku hadapi, yang paling kritikal adalah staf. aku bersyukur kepada Allah kerana sentiasa mendapat staf yang baik dan banyak membantu aku di kedai kerana aku sentiasa tiada dikedai untuk uruskan semua.

untu tahun 2022 adalah tahun aku buat perniagaan Forever Living dengan lebih baik dan fokus hanya pada FL ini. branding demi branding aku buat tanpa jemu walau ada antara orang terdekat dengan aku bosan dan meluat dengan aku. heheheheh... mungkin aku asyik bercerita berkenaan produk sahaja.

Saturday, 12 February 2022

kisah adik hani

sebenarnya aku tak nak bercerita pasal ni kerana adik dan adik ipar tidak benarkan aku post di media sosial. berat jugak untuk aku mengetuk keyboard supaya apa yang aku ceritakan tidak mendatangkan fitnah dan sekaligus tidak mengaibkan mana-mana pihak.

maaf kepada adik aku kerana aku tetap keluarkan kisah adik hani untuk tatapan rakan-rakan blogger supaya tabah dan sentiasa berserah kepada Allah dalam semua perkara, musibah dan dugaan daripada Allah.


kisah adik hani bermula dengan demam on off dan tidak dapat minum susu serta makan. bila makan dan minum susu muntah-muntah. dua kali masuk wad di hospital Besut. waktu itu doktor hanya menyatakan bahawa adik hani demam biasa.

bila balik rumah adik masih tidak dapat makan dan minum menyebabkan adik hani asyik menangis. melihat keadaan adik hani yang sangat membimbangkan umi dia iaitu adik aku membawa dia ke kecemasan dan meminta bahawa semakan terperinci pada adik hani. 

nak dijadikan cerita, ketika adik hani berada di hospital besut doktor pakar daripada Kuala Terengganu datang melawat pesakit disana dan melihat rekod kesihatan adik hani. beliau terus meminta supaya adik dikejarkan ke hospital besar iaitu Hospital Kuala Terengganu.

pada hari yang sama adik sampai di hospital tersebut doktor telah menjalankan rawatan terperinci ke atas adik. berita yang sangat menggembarkan mengenai adik hani iaitu adik disahkan mengidap barah otak stage 4. kami sangat terkejut dan sangat berdukacita tentang berita ini. kami sangat sayu apatah lagi adik aku yang menanggung beban yang sangat sukar dalam hidupnya.

keputusan antara adik dan suami untuk meneruskan pembedahan dilakukan kepada adik hani walaupun doktor menyatakan bahawa peluang sangat tipis. kami hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada Allah atas semua dugaan dari DIA ini.

aku lupa tarikh pembedahan tersebut tetapi aku ingat lagi masa pembedahan berjalan selama 7jam dan alhamdulillah pembedahan berjaya mengeluarkan barah tersebut. namun masih bersisa kerana doktor tidak dapat menari saki baki tersebut. 

doa dan terus berdoa semoga adik hani membuka mata setelah selesai menjalankan pembedahan yang sangat kritikal itu.


kami yakin adik hani sangat kuat dalam melawan penyakin dia. begitu juga pada adik aku yang sangat kuat dalam menempuh ujian yang sangat besar buat dia dan suami. setelah hampir 10 jam selepas pembedahan, mata adik hani perlahan-lahan buka dan memberi sinar baru kepada kedua umi dan ayahnya termasuk kami semua.

berita ini kami terima dengan kesyukuran kepada yang MAHA esa kerana masih memberi peluang kepada adik hani. hari demi hari perkembangan adik hani baik walaupun sangat perlahan tetapi kami tetap titipkan kesyukuran kepada NYA.

Memandangkan keadaan adik hani masih tidak stabil, adik terpaksa minum dengan menggunakan tiub dan berat adik susut. walaupun begitu keadaan adik tetap stabil... Alhamdulillah. adik juga boleh mendengar uminya memanggil dengan menggenggam jari umi menandakan dia dengar uminya memanggil.
berat orang yang memandang berat lagi bahu umi dan ayah adik hani yang menanggung beban ini. hampir 3 bulan berada di hospital Kuala Terengganu, umi hani meminta supaya mereka ditukarkan ke hospital besut kerana mudah bagi adik aku untuk berjumpa dengan anak-anaknya yang lain. dan memudahkan ayah nya datang melawat.

kepada rakan-rakan yang membaca coretan ini aku amat memohon agar kalian terus mendoakan adik hani supaya sihat seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain... amin

kepada adik hani, ibu ngoh akan sentiasa mendoakan adik pulih dan sihat macam mana anak-anak yang lain. ibu ngoh sangat sayang kan adik dan semua anak2 ibu ngoh yang lain.