bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 12 February 2022

kisah adik hani

sebenarnya aku tak nak bercerita pasal ni kerana adik dan adik ipar tidak benarkan aku post di media sosial. berat jugak untuk aku mengetuk keyboard supaya apa yang aku ceritakan tidak mendatangkan fitnah dan sekaligus tidak mengaibkan mana-mana pihak.

maaf kepada adik aku kerana aku tetap keluarkan kisah adik hani untuk tatapan rakan-rakan blogger supaya tabah dan sentiasa berserah kepada Allah dalam semua perkara, musibah dan dugaan daripada Allah.


kisah adik hani bermula dengan demam on off dan tidak dapat minum susu serta makan. bila makan dan minum susu muntah-muntah. dua kali masuk wad di hospital Besut. waktu itu doktor hanya menyatakan bahawa adik hani demam biasa.

bila balik rumah adik masih tidak dapat makan dan minum menyebabkan adik hani asyik menangis. melihat keadaan adik hani yang sangat membimbangkan umi dia iaitu adik aku membawa dia ke kecemasan dan meminta bahawa semakan terperinci pada adik hani. 

nak dijadikan cerita, ketika adik hani berada di hospital besut doktor pakar daripada Kuala Terengganu datang melawat pesakit disana dan melihat rekod kesihatan adik hani. beliau terus meminta supaya adik dikejarkan ke hospital besar iaitu Hospital Kuala Terengganu.

pada hari yang sama adik sampai di hospital tersebut doktor telah menjalankan rawatan terperinci ke atas adik. berita yang sangat menggembarkan mengenai adik hani iaitu adik disahkan mengidap barah otak stage 4. kami sangat terkejut dan sangat berdukacita tentang berita ini. kami sangat sayu apatah lagi adik aku yang menanggung beban yang sangat sukar dalam hidupnya.

keputusan antara adik dan suami untuk meneruskan pembedahan dilakukan kepada adik hani walaupun doktor menyatakan bahawa peluang sangat tipis. kami hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada Allah atas semua dugaan dari DIA ini.

aku lupa tarikh pembedahan tersebut tetapi aku ingat lagi masa pembedahan berjalan selama 7jam dan alhamdulillah pembedahan berjaya mengeluarkan barah tersebut. namun masih bersisa kerana doktor tidak dapat menari saki baki tersebut. 

doa dan terus berdoa semoga adik hani membuka mata setelah selesai menjalankan pembedahan yang sangat kritikal itu.


kami yakin adik hani sangat kuat dalam melawan penyakin dia. begitu juga pada adik aku yang sangat kuat dalam menempuh ujian yang sangat besar buat dia dan suami. setelah hampir 10 jam selepas pembedahan, mata adik hani perlahan-lahan buka dan memberi sinar baru kepada kedua umi dan ayahnya termasuk kami semua.

berita ini kami terima dengan kesyukuran kepada yang MAHA esa kerana masih memberi peluang kepada adik hani. hari demi hari perkembangan adik hani baik walaupun sangat perlahan tetapi kami tetap titipkan kesyukuran kepada NYA.

Memandangkan keadaan adik hani masih tidak stabil, adik terpaksa minum dengan menggunakan tiub dan berat adik susut. walaupun begitu keadaan adik tetap stabil... Alhamdulillah. adik juga boleh mendengar uminya memanggil dengan menggenggam jari umi menandakan dia dengar uminya memanggil.
berat orang yang memandang berat lagi bahu umi dan ayah adik hani yang menanggung beban ini. hampir 3 bulan berada di hospital Kuala Terengganu, umi hani meminta supaya mereka ditukarkan ke hospital besut kerana mudah bagi adik aku untuk berjumpa dengan anak-anaknya yang lain. dan memudahkan ayah nya datang melawat.

kepada rakan-rakan yang membaca coretan ini aku amat memohon agar kalian terus mendoakan adik hani supaya sihat seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain... amin

kepada adik hani, ibu ngoh akan sentiasa mendoakan adik pulih dan sihat macam mana anak-anak yang lain. ibu ngoh sangat sayang kan adik dan semua anak2 ibu ngoh yang lain.



Be First to Post Comment !
Post a Comment