bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 17 February 2022

kepada yang sabar sahaja...

 

Bila marah, sedih, kecewa dan terluka.
Kadang yang kita perlu hanyalah masa.

Biar yang panas itu sejuk.
Biar yang membara itu reda.

Jangan mudah mengeluh dengan dugaan.
Jangan terlalu cepat merusuh melayan tekanan.

Bersyukur selalu. Bersabar itu perlu ..

Selama mana pun kita bertarung.
Separah mana pun ujian yang di tanggung.

Jangan putus asa. Jadikan doa itu senjata.
Bawa hatimu kepada Yang Maha Esa ..

Biar siang menjadi pendek dan malam menjadi panjang.
Biar resah menjadi embun yang cuma seketika menghiasi dedaun.

Setiap percaturan Allah tidak pernah salah walaupun memaksa kita untuk sabar dan redha.

Tanda cinta Allah kepada seseorang itu Allah biarkan hatinya hancur berkali-kali sampai dia rasa tiada lagi harapan di dunia ini dan itu akan membuat dia punya harapan hanya kepada Allah sahaja.

Alhamdulillah ♄

Related Post:

  • Hari terakhir RG BOUTIQUE di Senawangpada 31/01/2022 yang lalu genap 2 tahun RG Boutique Cafe beroperasi di Taipan 2, Senawang. berat rasa hati aku untuk memulakan bicara berkenaan penutupan butik cafe kami ini. walau
 Read More
  • 7 kunci kebahagiaan Menurut Imam Ali ibn Abi Thalib. 7 kunci kebahagiaan Menurut Imam Ali ibn Abi Thalib.1. Jangan membenci siapa pun meskipun ada yang menyalahi hak kamu2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan walaupun masa
 Read More
  • 15 Tips Murah Rezeki!  15 Tips Murah Rezeki! 1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau ten
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment