bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Sunday, 13 February 2022

Hari terakhir RG BOUTIQUE di Senawang

pada 31/01/2022 yang lalu genap 2 tahun RG Boutique Cafe beroperasi di Taipan 2, Senawang. berat rasa hati aku untuk memulakan bicara berkenaan penutupan butik cafe kami ini. walaupun begitu aku tetap bersyukur dan sentiasa berprasangka baik dengan kehendak Illahi.


sekarang ini RG Boutique masih beroperasi cuma tempat adalah di rumah aku sendiri iaitu di Mambau. penutupan ini aku putuskan supaya aku fokus pada perniagaan Forever Living terlebih dahulu sebelum aku sambung kembali buka cafe aku. mungkin dengan wajah baru nanti... InsyaAllah

dalam masa 2 tahun beroperasi banyak sangat kenangan manis dan pahit aku hadapi, yang paling kritikal adalah staf. aku bersyukur kepada Allah kerana sentiasa mendapat staf yang baik dan banyak membantu aku di kedai kerana aku sentiasa tiada dikedai untuk uruskan semua.

untu tahun 2022 adalah tahun aku buat perniagaan Forever Living dengan lebih baik dan fokus hanya pada FL ini. branding demi branding aku buat tanpa jemu walau ada antara orang terdekat dengan aku bosan dan meluat dengan aku. heheheheh... mungkin aku asyik bercerita berkenaan produk sahaja.

Related Post:

  • Tazkirah buat saya dan semua Kebanyakan dari kita termasuk saya, tak fokus pada satu perkara dalam satu masa menyebabkan hidup jadi stress, murung dan risau. Â·      &nb
 Read More
  • PKP masih sambung lagiaku bukan nak mengeluh pasal pkp tapi aku sedih kenapa masa buat pkp 3.0 tak buat betul2? aku tutup kedai kot sebab nak ikut saranan kerajaan walaupun boleh buka cafe aku tu. kami 
 Read More
  • Hari Raya Aidil Adha 2021 bakal tiba Assalamualaikum semua,,,  buat apa tu time pendamik ni? masih bermurung durja? jangan murung lama-lama nanti jatuh sakit. saya pun dah bleh move on dengan situasi ni dan
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment