Tiktok Mekyuhhh

Friday, 4 June 2021

Khasiat Absorbent C daripada Forever Living


 ‘’Cik, saya nak cari #vitamin C la. Kalau boleh yang chewable sebab nak share dengan anak dan wife.. risau la saya keadaan sekarang ni  ‘’ – Amir
Apa yang best Vitamin C ni?
✅ Sebotol ada 100 biji
✅ Tahan hingga 3 BULAN
✅ Yang Gastrik pun boleh ambil
✅ Semulajadi, Selamat & berkesan
Rasa apa?
✅ Rasa seperti mengunyah oat kerana adanya campuran dari oat bran utk mengawal selera mkn dan sesuai utk mereka yg diet. Kandungan 60mg vitamin C juga tidak membebankan buah pinggang.

Untuk siapa je boleh ambil?
✅  Perokok tegar
✅  Masalah jerawat 
✅  Masalah kulit kusam, tona tidak sekata
✅  Yang kerap kena batuk dan selsema (antibodi lemah)
✅  Kanak-kanak 2 tahun ke atas yang tak mahu makan sayur-sayuran

FOREVER LIVING VIT C-APA YG UNIK?? SEMUA MESTI CUBA

🍋  SEBIJI lemon dianggar mengandungi 30mg vitamin C 
🍋  FOREVER LIVING Absorbent-C mengandungi 60mg mengikut standard yang ditetapkan oleh RDA
ABSORBENT-C


🍊Memang lain dari yang lain!
🍊Formula berpaten Forever Absorbent-C
🍊Memastikan khasiat vitamin C diserap 100%
🍊Sebab sifat vitamin C larut air
🍊Cepat sangat dikumuhkan oleh badan
🍊Tapi Absorbent-C mmg ABSORBENT!!!


Absorbent-C juga diperkayakan dengan:
========================
✔️ 🌾Oat👉baik untuk jantung & singkir kolestrol jahat (oat terikat dengan vitamin C supaya tahan lebih lama
✔️ 🐝Madu👉baik untuk sistem pernafasan, mata
✔️ Ekstrak betik 👉membantu perlawasan
✔️ Ekstrak oren👉 membantu membekalkan vitamin C baik untuk kulit (jerawat, parut, & kulit kusam)
✔️ Diluluskan KKM , Halal & Kosher certified
#vitamincforeverliving

vitamin c vs lemon

Badan kita ni kena mkn 6 biji lemon sehari untuk memenuhi keperluan vitamin C sehari.

Lemon mahal cik kak oii..larat ke? 

Rasa2 nk mkn lemon 6 biji sehari rm5.40 / absorbentC rm0.64 sehari....?? 😎

X daya aihhh nak amik sampai 6 biji lemon hari2 weh!

TAPI ADA YANG MUDAH😲

#Dah ada yang dikaji
#Dah ada yang ada R&D bertahun2
#Dah ada yang dipaternkan
#Dah ada yang dah lulus KKM di 168 negara

Tak perlu nk mikir dan kaji2 lagi lah nak susah2kan diri lagi???



#AbsorbentCForeverLiving

Tazkirah buat saya dan semua

 

Kebanyakan dari kita termasuk saya, tak fokus pada satu perkara dalam satu masa menyebabkan hidup jadi stress, murung dan risau.
 
·         Masa bersama keluarga, fikir pasal kerja.
·         Masa kerja, fikir nak pergi bercuti.
·         Masa solat, fikir nak makan apa lepas ni.
·         Masa makan, mata tengok henfon.
 
Bila kita fokus pada situasi semasa, hidup kita jadi lebih bahagia & mudah nak capai apa sahaja yang kita nak capai dalam hidup.
 
·         Bila buat kerja, fokus kerja betul-betul.
·         Bila makan, makan betul-betul.
·         Bila bersama keluarga, henfon letak tepi.
·         Bila solat, fokus pada bacaan dalam solat.
 
Mentor saya cakap, what you do anything is how you do everything. Jika 1 perkara kita tak fokus, semua perkara kita takkan fokus. Bila tak fokus, kita hidup sama ada di masa hadapan atau di masa lampau. Tak pernah berada di masa sekarang.
 
Ramai tak perasan mereka tak hidup normal. Tak perasan apa yang ada di sekeliling mereka sekarang. Mereka fokus pada masa hadapan atau masa lampau.
 
Hidup jadi risau & gemuruh jika kita hidup di masa hadapan.
 
·         Esok nak makan apa?
·         Minggu depan nak pergi mana?
·         Apa jadi kalau PKP dilanjutkan?
 
Hidup akan jadi murung jika hidup di masa lampau.
 
·         Aku pernah gagal
·         Semalam bergaduh dengan pasangan
·         Minggu lepas kena marah dengan bos
 
Apa yang perlu kita buat untuk happy?
 
Enjoy & fokus apa yang ada di depan mata.
 
·         Syukur masih ada rumah
·         Syukur masih ada kerja
·         Syukur masih ada keluarga
·         Syukur masih ada makanan atas meja
 
InsyaAllah, hidup anda akan berubah 360 darjah.
 
Dah bersyukur hari ini? 😍

 


Friday, 28 May 2021

kes covid-19 yang semakin membimbangkan

sehingga semalam jumlah sudah mencecah 7k bilangan yang sangat membimbangkan. bukan orang lain la aku nak ceritakan bab diri aku sendiri yang mana sangat patut kita untuk lebih berhati-hati jika hendak keluar dari rumah.

paling aku risau anak2 dan suami. suami aku ada asma, sangat tinggi risiko dia tu sebab kalau ada apa2 yang nak kena beli aku yang akan gi beli. setakat ni kesihatan aku sangat memuaskan alhamdulillah tiada masalah kesihatan. 

aku dan rakan2 dah mula bekerja dari rumah dan ganti2 masuk opis. suasana di opis sangat suram dan sunyi.. aku rindu sangat riuh mesra dari rakan2, borak2 mesra dan banyak aktiviti kami di opis.

kita sama-sama perangi covid-19 ini insyaAllah kita akan berjaya. percaya kepada pencipta dan sentiasa berdoa agar keluarga, sanak saudara dan semua umat islam akan dilindungi. bukan umat islam sahaja tetapi semua manusia di dunia... amin



Tuesday, 18 May 2021

Dah terhantok baru nak terngadah

 betul tak tajuk aku tu ea... hahahha

aku cuma nak luahkan perasaan yang terbuku disanubari aku ni dan sangat-sangat sedih dengan persekitaran kerja aku. Pasal kerja yang tak pernah nak habis pasal management yang tidak ambil berat berkenaan kesan dan masalah yang dunia hadapi iaitu Virus covid-19 ni. virus ni memang dah terbukti virus yang sangat bahaya pada semua tak kira peringkat umur.

KKM pun dah sebut banyak kali supaya kita patuh sop yang telah ditetapkan tapi??? apa dah jadi? kebal sangat ke sehingga melanggar sop yang telah diberi? apa perlanggaran yang tak dipatuhi tu? sape yang satu opis dengan aku je tahu sop mana yang mereka langgar.

Last-last terpaksa tutup juga opis yang sangat penting ni.. korang baca la dibawah ni yea opis mana yang aku maksudkan... huhuhuhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

COVID-19: Ibu Pejabat SAINS tutup lima hari

SEREMBAN: Ibu Pejabat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) di sini, ditutup lima hari mulai semalam, selepas beberapa kakitangan syarikat itu disahkan positif COVID-19.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, berkata penutupan itu bertujuan memastikan saringan ke atas kakitangan dan sanitasi ruang pejabat dapat dijalankan dengan lancar.

Katanya, kerja-kerja saringan dilakukan berikutan beberapa kakitangan SAINS disahkan positif COVID-19 dan mereka sudah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya.

"Tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh SAINS pada masa ini adalah mengenal pasti kakitangan yang berhubung rapat dan dikenal pasti sebagai kontak B.

"Kami telah berhubung dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) untuk menangani perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja sanitasi di ruang bekerja Ibu Pejabat SAINS dilaksanakan semalam, dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Seremban 2.

Katanya, pihaknya amat terkesan dengan perkara berkenaan namun SAINS tetap meneruskan tanggungjawab bagi operasi dan agihan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan seperti biasa demi keperluan dan kepentingan pengguna.

"Justeru, SAINS mengharapkan kerjasama semua pihak, terutama pelanggan untuk terus mempercayai keupayaan syarikat ini dalam membekalkan bekalan air secara berterusan dengan kualiti air yang terjamin, walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 semakin meningkat," katanya.

Norzita berkata, pihaknya berharap pengguna air di Negeri Sembilan terus menghubungi talian 1800-88-6982 atau e-mel ke aduan@sainswater.com bagi menyalurkan sebarang aduan berkaitan gangguan bekalan air di kawasan terjejas.

Katanya, segala maklumat mengenai gangguan bekalan air disebabkan paip pecah atau kekangan berpunca di loji, rumah pam atau bencana alam turut dipaparkan dalam portal rasmi SAINS www.sainswater.com dan juga FB Pusat Khidmat Pelanggan SAINS.

"Selaras dengan ini SAINS mengharapkan kerjasama kepada semua pengguna untuk terus membuat bayaran bil air tepat pada masa ditetapkan bagi mengelakkan pemotongan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang disediakan SAINS," katanya.

Saturday, 15 May 2021

Selamat Hari Raya 2021

kita masih berdepan dengan covid-19 so untuk kita menyambut hari lebaran dengan penuh kemenangan dan berkunjung kunjungan tidak dapat. perkara ini buat kita sedih sebab nak balik ke kampung pun tidak dapat, nak ke pusara pun juga tidak dibenarkan.

semua ini ujian pada kita umat islam supaya sentiasa redha dengan ketentuan yang telah DIA berikan... InsyaAllah dia nak bagi yang lagi baik pada umat nya... amin

hari ni dah hari ke 3 kita menyambut syawal. walaupun tidak dapat merayakan syawal dengan sempurna aku dan keluarga menyambut di rumah dengan sederhana. masak, pakai baju raya dan cantikkan rumah perkara wajib untuk keluarga buat untuk naikkan suasana raya yang sederhana ini.

rindu suasana kampung tak dapat diungkap dengan penulisan dan kata-kata. sedih tu sangat mencengkam perasaan dan sanubari aku. rindu nak peluk mak dan bermaaf-maafan dengan adik beradik serta sanak saudara. 

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang kenal saya...




Tema raya pertama dark grey.. along tak de sebab dia punya program belum abis. Insya Allah tahun depan boleh la kita sama2 berkumpul dalam suasana meriah...















Raya kedua aku dan adha pakai serba merah, putri hijau... hehehehe