Kebanyakan dari kita termasuk saya, tak fokus pada satu perkara dalam
satu masa menyebabkan hidup jadi stress, murung dan risau.
·
Masa bersama keluarga, fikir pasal kerja.
· Masa kerja, fikir nak pergi bercuti.
· Masa solat, fikir nak makan apa lepas ni.
· Masa makan, mata tengok henfon.
Bila kita fokus pada situasi semasa, hidup kita jadi lebih bahagia
& mudah nak capai apa sahaja yang kita nak capai dalam hidup.
·
Bila buat kerja, fokus kerja betul-betul.
· Bila makan, makan betul-betul.
· Bila bersama keluarga, henfon letak tepi.
· Bila solat, fokus pada bacaan dalam solat.
Mentor saya cakap, what you do anything is how you do everything. Jika
1 perkara kita tak fokus, semua perkara kita takkan fokus. Bila tak fokus, kita
hidup sama ada di masa hadapan atau di masa lampau. Tak pernah berada di masa
sekarang.
Ramai tak perasan mereka tak hidup normal. Tak perasan apa yang ada di
sekeliling mereka sekarang. Mereka fokus pada masa hadapan atau masa lampau.
Hidup jadi risau & gemuruh jika kita hidup di masa hadapan.
·
Esok nak makan apa?
· Minggu depan nak pergi mana?
· Apa jadi kalau PKP dilanjutkan?
Hidup akan jadi murung jika hidup di masa lampau.
·
Aku pernah gagal
· Semalam bergaduh dengan pasangan
· Minggu lepas kena marah dengan bos
Apa yang perlu kita buat untuk happy?
Enjoy & fokus apa yang ada di depan mata.
·
Syukur masih ada rumah
· Syukur masih ada kerja
· Syukur masih ada keluarga
· Syukur masih ada makanan atas meja
InsyaAllah, hidup anda akan berubah 360 darjah.
Dah bersyukur hari ini? 😍
· Masa kerja, fikir nak pergi bercuti.
· Masa solat, fikir nak makan apa lepas ni.
· Masa makan, mata tengok henfon.
· Bila makan, makan betul-betul.
· Bila bersama keluarga, henfon letak tepi.
· Bila solat, fokus pada bacaan dalam solat.
· Minggu depan nak pergi mana?
· Apa jadi kalau PKP dilanjutkan?
· Semalam bergaduh dengan pasangan
· Minggu lepas kena marah dengan bos
· Syukur masih ada kerja
· Syukur masih ada keluarga
· Syukur masih ada makanan atas meja
Be First to Post Comment !
Post a Comment