bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 15 May 2021

Selamat Hari Raya 2021

kita masih berdepan dengan covid-19 so untuk kita menyambut hari lebaran dengan penuh kemenangan dan berkunjung kunjungan tidak dapat. perkara ini buat kita sedih sebab nak balik ke kampung pun tidak dapat, nak ke pusara pun juga tidak dibenarkan.

semua ini ujian pada kita umat islam supaya sentiasa redha dengan ketentuan yang telah DIA berikan... InsyaAllah dia nak bagi yang lagi baik pada umat nya... amin

hari ni dah hari ke 3 kita menyambut syawal. walaupun tidak dapat merayakan syawal dengan sempurna aku dan keluarga menyambut di rumah dengan sederhana. masak, pakai baju raya dan cantikkan rumah perkara wajib untuk keluarga buat untuk naikkan suasana raya yang sederhana ini.

rindu suasana kampung tak dapat diungkap dengan penulisan dan kata-kata. sedih tu sangat mencengkam perasaan dan sanubari aku. rindu nak peluk mak dan bermaaf-maafan dengan adik beradik serta sanak saudara. 

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang kenal saya...




Tema raya pertama dark grey.. along tak de sebab dia punya program belum abis. Insya Allah tahun depan boleh la kita sama2 berkumpul dalam suasana meriah...















Raya kedua aku dan adha pakai serba merah, putri hijau... hehehehe


Related Post:

  • Persiapan untuk Jamuan Raya dan AGM KSR esokesok iaitu 25/05/2022 adalah majlis besar untuk Kelab KSR Sains yang bertempat di Laman Putih Seremban 2 bertemakan wedding of the year... hehehehe"Assalamualaikum dan salam sejaht
 Read More
  • Jamuan raya SAINS hq Hari ni ada jamuan raya SAINS hq sahaja. Yang sangat sedih makanan tak cukup, aku tak tahu salah siapa semua ini berlaku. Hahahahah
 tapi aku sempat la makan, jemputan luar a
 Read More
  • Masih dalam mood rayaHari ni patut pergi ke 5 rumah terbuka tapi hanya 3 sahaja yang berkesempatan. Patutnya ada 1 rumah kawan suami di kuala lumpur tapi bila cek wase memang laluan jem so en suben cak
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment