betul tak tajuk aku tu ea... hahahha
aku cuma nak luahkan perasaan yang terbuku disanubari aku ni dan sangat-sangat sedih dengan persekitaran kerja aku. Pasal kerja yang tak pernah nak habis pasal management yang tidak ambil berat berkenaan kesan dan masalah yang dunia hadapi iaitu Virus covid-19 ni. virus ni memang dah terbukti virus yang sangat bahaya pada semua tak kira peringkat umur.
KKM pun dah sebut banyak kali supaya kita patuh sop yang telah ditetapkan tapi??? apa dah jadi? kebal sangat ke sehingga melanggar sop yang telah diberi? apa perlanggaran yang tak dipatuhi tu? sape yang satu opis dengan aku je tahu sop mana yang mereka langgar.
Last-last terpaksa tutup juga opis yang sangat penting ni.. korang baca la dibawah ni yea opis mana yang aku maksudkan... huhuhuhu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
COVID-19: Ibu Pejabat SAINS tutup lima hari
Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, berkata penutupan itu bertujuan memastikan saringan ke atas kakitangan dan sanitasi ruang pejabat dapat dijalankan dengan lancar.
Katanya, kerja-kerja saringan dilakukan berikutan beberapa kakitangan SAINS disahkan positif COVID-19 dan mereka sudah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya.
"Tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh SAINS pada masa ini adalah mengenal pasti kakitangan yang berhubung rapat dan dikenal pasti sebagai kontak B.
"Kami telah berhubung dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) untuk menangani perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerja-kerja sanitasi di ruang bekerja Ibu Pejabat SAINS dilaksanakan semalam, dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Seremban 2.
Katanya, pihaknya amat terkesan dengan perkara berkenaan namun SAINS tetap meneruskan tanggungjawab bagi operasi dan agihan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan seperti biasa demi keperluan dan kepentingan pengguna.
"Justeru, SAINS mengharapkan kerjasama semua pihak, terutama pelanggan untuk terus mempercayai keupayaan syarikat ini dalam membekalkan bekalan air secara berterusan dengan kualiti air yang terjamin, walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 semakin meningkat," katanya.
Norzita berkata, pihaknya berharap pengguna air di Negeri Sembilan terus menghubungi talian 1800-88-6982 atau e-mel ke aduan@sainswater.com bagi menyalurkan sebarang aduan berkaitan gangguan bekalan air di kawasan terjejas.
Katanya, segala maklumat mengenai gangguan bekalan air disebabkan paip pecah atau kekangan berpunca di loji, rumah pam atau bencana alam turut dipaparkan dalam portal rasmi SAINS www.sainswater.com dan juga FB Pusat Khidmat Pelanggan SAINS.
"Selaras dengan ini SAINS mengharapkan kerjasama kepada semua pengguna untuk terus membuat bayaran bil air tepat pada masa ditetapkan bagi mengelakkan pemotongan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang disediakan SAINS," katanya.
Be First to Post Comment !
Post a Comment