bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 2 March 2021

mother

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

pada waktu pendamik ni banyak kita dengar berita berkenaan kes penderaan kanak-kanak dan amat menyayat hati adalah kes kematian arwah adik amir sebab aku sendiri terkesan dengan kematian beliau. Allah sungguh sedih dan sangat terharu dimana seorang ibu sanggup melakukan sedemikian rupa

TV3 sekarang ni memaparkan cerita Korea dengan tajuk Mother yang mengisahkan anak kepada wanita yang tiada suami didera oleh kekasih mereka. sangat2 menyentuh perasaan dan sedih tu yang aku teringat sangat pada kes kematian adik amir sehingga aku menitiskan air mata. memang aku tak tahu apa kisah sebenar disebalik apa yang berlaku tapi kita sebagai seorang ibu perlu menjaga dan menjadi pelindung kepada anak2. 

dibawah saya ambil daripada website berita awani :


 

MELAKA: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Ayer Keroh atas tuduhan membunuh anak mereka yang berusia tujuh tahun.Tertuduh Mohd Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, didakwa di dua mahkamah berasingan atas dua pertuduhan.
 
Bagaimanapun kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.Bagi pertuduhan pertama, pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.Mereka didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek.
 
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh sejurus kertas pertuduhan dibacakan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mendera mangsa sama dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
 
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
 
Kesalahan didakwa dilakukan pada 29 Januari 2021, jam 3.32 petang di rumah pasangan itu di Taman Krubong Jaya dalam daerah Melaka Tengah. Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu.Hakim tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.
 
Mahkamah menetapkan 29 Mac sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki itu didakwa lemas dalam dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter oleh suspek lelaki berusia 38 tahun yang juga bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya.
 
Pemeriksaan fizikal serta hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati, terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baru di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.
2 comments on "mother"
  1. Sedih kan mak ayah sendiri yang dera and membunuh anak kandung :( Semalam ada baca berita dekat bandar kemaman ada sepasang suami isteri jugak dijatuhkan hukuman mati sebab dera and bunuh anak kandung. Dunia sekarang too cruel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar... sangat2 sedih kan. mana perikemanusiaan mereka? Takut sangat dengan manusia akhir zaman ni.

      Delete