bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 16 March 2021

📌 10 tanda-tanda ANDA akan menjadi seorang yang BERJAYA💪🏻


--- Roda hidup seringkali berputar, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Begitu juga kejayaan, adakalanya berjaya, adakalanya gagal. Namun, apa yang membuat seseorang itu berjaya atau gagal?


Berikut adalah senarai tanda-tanda anda akan menjadi seorang yang berjaya InsyaAllah!


🔥Anda fleksibel untuk berubah.

Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda.


🔥Anda tidak suka merungut dan mengeluh.

Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling.


🔥Anda sering produktif.

Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda


🔥Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri.

Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa


🔥Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan.

Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkatkan kredibiliti anda pada pandangan orang lain.


🔥Anda bersedia membantu orang lain.

Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, the more you give, the more u get.


🔥Anda seorang yang pemaaf.

Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.


🔥Anda menghadapi cabaran dan belajar darinya.

Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya


🔥Anda suka melihat kejayaan orang lain.

Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati


🔥Anda suka mendampingi orang yang berjaya.

Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!!!

2 comments on "📌 10 tanda-tanda ANDA akan menjadi seorang yang BERJAYA💪🏻"
  1. Banyak lagi nak kena ubah diri ni untuk menjadi orang berjaya. Nice info :)

    ReplyDelete