bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 30 March 2021

dia pergi TABLIGH

sebelum ini aku sangat kurang pemahaman berkenaan tabligh, dan sekarang dia nak belajar dan mengikut tabligh pula... sape dia tu? dia la anak sulung aku 

APA ITU TABLIGH?

Maksud Tabligh adalah menyampaikan ilmu kepada umat islam seperti belajar dan mengajar tentang ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim dan ulamak.

Tabligh ini berasal dari bahasa Balgha, Yablighu, Tablighu” yang bermaksud menyampaikan.

(sumber https://demiislam.wordpress.com/tag/tabligh/)  

 
Tabligh membawa maksud taklim wal taklum, atau belajar dan mengajar atau maksud ringkas mengajar ilmu agama. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz-ustaz, alim, dan ulamak. Tabligh bermaksud menyampaikan ilmu kepada ummat. Sangat berbeza dengan dakwah Dakwah wajib untuk semua tetapi tabligh wajib disampaikan oleh golongan berilmu  (sumber : http://kotajanji.blogspot.com/#ixzz2krCszryZ ).

aku pasti mesti ada diantara kita yang pernah melihat jemaah-jemaah Tabligh ini di surau atau masjid berhampiran dengan rumah korang kan?

Mesti korang semua tertanya-tanya apa yang mereka lakukan, kebiasan mereka akan berhenti seketika di surau atau masjid untuk solat atau membersihkan diri sebelum mereka melakukan aktiviti dakwah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan risalah-risalah tentang agama islam. Kebiasaannya jemaah Tabligh ini akan menyampaikan ilmu agama kepada semua dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

kini dia (anakku) mahu sama-sama rakan untuk tabligh. semoga dia istikomah dalam apa jua yang dia lakukan dan ingat Allah maha mengetahui. ibu sentiasa doakan awk berjaya dunia akhirat anakku...

 


Related Post:

  • upsr2013bila mendengar keputusan along hati aku rasa sedikit sebak... along, ibu letakkan harapan tinggi pada awk tp awk hancurkan harapan ibu. berkecai rasa hati ibu. kenapa? adakah ibu t
 Read More
  • dah besar ke dia...tadi dapat whatapps dr group famli, ada post tentang along.. baru nak masuk 2 minggu rasa rindu dekat dia.dia kalau dekat kampung mana nak ingat ibu ngan abah dia. handphone pun da
 Read More
  • knape boleh mcm tu?knape boleh jadi mcm ni??? adakah aku yang patut dipersalahkan? knape ati rasa sakit sangat... sampai ulu ati rasanya. pedih, Allah sahaja yang tahu...apa lagi hikmah aku akan dapa
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment