Tiktok Mekyuhhh

Friday, 12 August 2022

Minum Air Panas Atau Air Sejuk, Mana Lebih Baik?


Air antara unsur yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana 70 peratus tubuh manusia mengandungi air dan tubuh lebih memerlukan air berbanding makanan.

Ramai yang beranggapan air sejuk tidak baik untuk kesihatan. Namun sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tetapi haruslah diambil pada waktu yang sesuai.

Jadi bila masa yang sesuai untuk minum air panas dan air sejuk? Ini antara waktu yang tepat untuk anda mengambilnya.


Ini masa sesuai untuk anda minum air sejuk

[Selepas bersenam]
Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.

[Melawan panas]
Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.

[Membantu menurunkan berat badan]
Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.

Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

[Jangan minum air sejuk ketika sedang makan]
Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.


Minum air panas pun banyak manfaatnya

Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan dan masalah kulit.

[Mempercepatkan pencernaan]
Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.

[Mengeluarkan toksin dari tubuh]
Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.

Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suam dan minum setiap pagi.

[Melancarkan pernafasan]
Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.

[Mengurangkan rasa sakit]
Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekaligus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

Moga bermanfaat.


Thursday, 11 August 2022

23 Benda Yang Perlu Bawa Pergi Melancong

23 Benda Yang Perlu Bawa Pergi Melancong
 

Untuk percutian yang singkat dan bermakna. Persediaan dan keperluan sebelum pergi melancong kadang-kadang selalu dipandang remeh oleh ramai orang. Bila tiba di destinasi pelancongan, ramai yang mengeluh kerana ada barang yang tertinggal di rumah. Ada sahaja alasan mereka. Kadang-kadang barang penting seperti pasport dan kad pengenalan juga boleh tertinggal. Jangan pandang remeh pada persiapan barang-barang untuk pergi melancong. Kalau boleh, siapkan persediaan dan seawal yang mungkin. Buat senarai untuk lebih kemas. Jangan sampai hari-hari istimewa anda semua rosak kerana tertinggal barang penting. Jom kita baca apa barang-barang yang penting tu.
 
Wednesday, 10 August 2022

happy anniversary kepada saya dan suami

 lupa nak post tapi ok kan kalau aku nak post jugak. pada 29/07/2022 yang lepas macam tahun-tahun sebelum suami sentiasa ingatkan aku tarikh anniversary kami. korang doakan semoga hubungan kami kekal hingga jannah yea.

selamat ulang tahun kepada aku dan suami yang ke 5. semoga hubungan kami kekal hingga jannah


Sunday, 31 July 2022

BUANG KEAKUAN MU

 BUANG KEAKUAN MU...


Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para Malalaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana Martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat2 kita, walaupun Ilmu dan Amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada Pelaku Maksiat.. ini kerana Pelaku Maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat merasakan diri nya lebih bagus dari org lain ini sampai bila2 tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yg sangat besar impaknya.. dia akan terus merasakan dirinya Suci dan Soleh serta mengganggap sahabat2 nya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..

Peringatan buat diri yg hina ini dan Ahli2 Keluarga serta sahabat yg dikasihi sekalian.

- Zakirah Zaid Matsom -

Saturday, 30 July 2022

15 Perkara Yang Perlu Kita Sedar Apabila Umur Meningkat Dewasa

 “15 Perkara Yang Perlu Kita Sedar Apabila Umur Meningkat Dewasa.”


1.Tidak semua kawan kita adalah sahabat kita.

2.Tidak semua orang berharta hidup bahagia.

3.Orang yang petah bercakap tidak semestinya hebat melakukan tugasan.

4.Tidak semua orang pandai itu beradab.

5.Tubuh badan sihat itu adalah mahal,tidak mampu dibeli dengan wang.

6.Tidak semua kebahagiaan di media sosial adalah sama dengan realiti.

7.Tidak semua musuh kita akan menjadi musuh kita selamanya.

8.Sedekah duit,tidak akan dibalas duit,tetapi akan dibalas dengan perkara lain tanpa kita sedar.

9.Rezeki yang haram tidak akan pernah menjanjikan hidup yang tenang.

10.Tiada kehidupan manusia yang sempurna.Kaya,miskin,sihat,lemah tetap akan diuji.

11.Membandingkan kehidupan dengan orang lain adalah perkara yang membuang masa.Kita tidak akan pernah rasa cukup.

12.Kawan dan sahabat itu akan datang dan pergi.Sama ada membawa haluan sendiri atau dijemput ajal.

13.Mencari rezeki yang halal dan gaji kecil itu bukan lah perkara yang hina.

14.Sikap membazir dan boros akan menyusahkan kehidupan seharian.

15.Hutang itu akan memutuskan silaturahim,beri ikut kemampuan,bukan ikut perasaan simpati.

Ada perkara yang kita boleh kawal,ada juga perkara yang di luar kawalan kita.

Apabila umur semakin meningkat,gaya berfikir juga perlu diubah.Tidak perlu matang sepenuhnya,cukup hanya dengan memahami kehidupan.


Hidup Kita,Cara Kita.

Friday, 29 July 2022

50 Kata-Kata Motivasi Diri Untuk Menaikkan Semangat Anda

 saya ada cari 50 kata-kata motivasi diri untuk rujukan semua. semoga bermanfaat...

50 Kata-Kata Motivasi Diri Untuk Menaikkan Semangat Anda

umber: Adobe Stock

Bagi beberapa orang, kehidupan mereka mungkin nampak senang dan mereka sentiasa tampil bermotivasi atau bersemangat untuk melakukan sesuatu. Walaubagaimanapun setiap orang mempunyai cabaran yang unik kepada kehidupan mereka. Mungkin pada hari-hari atau waktu tertentu, mereka juga tidak mempunyai motivasi dan ingin berputus asa, jadi mereka memerlukan kata-kata semangat untuk mengharungi hari atau cabaran tersebut. 

Walaupun nampak seperti perkara biasa sahaja, tetapi sebenarnya kata-kata semangat sangat membantu apabila kemurungan melanda seseorang. Pemikiran yang buntu atau suasana dalam minda seseorang yang malap dapat diterangi dengan kata-kata semangat atau hikmat. 

Diri kita sendiri juga memerlukan peringatan dari segi kata-kata semangat dan motivasi diri ini supaya kehidupan terus maju. 

Jom tengok beberapa petikan dan mutiara kata-kata untuk dihayati sekarang atau di masa hadapan.

50 Kata-Kata Semangat Yang Dapat Meningkatkan Motivasi Diri

1. Bersyukur dengan apa yang ada dan anda akan mendapat lebih banyak. Jika anda menumpukan perhatian kepada apa yang anda tidak ada, anda tidak akan pernah berasa cukup. (Oprah Winfrey)

2. Bukan gunung yang kita takluki, tetapi diri kita sendiri. (Edmund Hillary)

3. Jika anda berasa seperti anda kehilangan segala-galanya, ingatlah bahawa daun-daun sebatang pokok gugur setiap tahun tetapi ia masih berdiri tegak dan menunggu daunnya untuk tumbuh kembali. 

4. Percaya dan yakin anda boleh kerana itu sudah bermakna anda sudah berada separuh jalan daripada matlamat anda. (Theodore Roosevelt)

5. Jangan berputus asa. Ia bukan sesuatu yang sudah berakhir, tetapi hanya permulaan yang baru.

6. Kita mesti menerima kesakitan dan menggunakannya sebagai bahan bakar untuk perjalanan yang baru.

7. Lakukan perkara yang sukar semasa ia mudah dan lakukan perkara yang besar semasa ia kecil. Perjalanan seribu batu mesti bermula dengan satu langkah. (Lao Tzu)

8. Setiap perubahan positif kecil yang kita lakukan dalam diri kita akan menambahkan keyakinan kita pada masa hadapan.

9. Tidak kira siapa diri anda, dari mana asal usul anda, keupayaan untuk menang bermula dengan anda. (Oprah Winfrey)

10. Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.


11. Minda anda adalah sesuatu yang amat berkuasa. Apabila anda mengisinya dengan fikiran positif, hidup anda akan mula berubah kearah yang positif juga.

12. Jika anda berfikir untuk berputus asa, fikirkan dulu sebab mengapa anda mula dan bertahan begitu lama.

13. Cari sesuatu yang positif dalam setiap hari anda, walaupun sesetengah hari anda perlu mencari dengan lebih mendalam.

14. Lautan yang tenang tidak membuatkan kapten kapal yang mahir.

15. “Hari ini aku memilih keberanian dan bukan keselesaan.”

16. “Aku berjaya kerana api dalam diriku membara lebih terang daripada api di sekelilingku.”

17. Kata-kata semangat semasa kegagalan bernilai lebih daripada pujian berjam-jam selepas kejayaan.

18. Kesakitan terbesar anda boleh menjadi kekuatan terbesar anda.

19. Jika anda tidak menyukai jalan yang anda lalui, mula menurap jalan lain.

20. Impian anda memberikan anda peluang untuk menjadikannya realiti. Anda hanya perlu mengenalpasti peluang yang muncul dan ambil tindakan.


21. Hidup tidak mempunyai batasan, kecuali apa yang anda reka.

22. Kejayaan terbesar kita bukanlah apabila kita tidak pernah gagal, tetapi apabila kita bangkit semula setiap kali kita gagal.

23. Kejayaan bukanlah sesuatu yang muktamad, manakala kegagalan pula tidak bermakna sesuatu telah berakhir. Apa yang penting adalah keberanian untuk meneruskan apa yang ingin dilakukan.

24. Sikap kita pada permulaan tugasan yang sukar yang akan menentukan kejayaannya.

25. Jika sesuatu perkara itu cukup penting, anda mesti melakukannya walaupun kejayaan mungkin tidak memihak kepada anda.

26. Engkau jauh lebih kuat daripada apa yang engkau fikirkan.

27. Benda yang paling cantik anda boleh pakai ialah keyakinan.

28. Mulakan di mana anda berada. Gunakan apa yang anda ada. Buat apa yang anda boleh.

29. Jangan mulakan hari anda dengan penyesalan atas apa yang tidak dapat dicapai semalam. Bangun dan fikir tentang apa yang anda akan dapat capai hari ini.

30. Perlahan-lahan daki kejayaan kerana semua perkara mula dengan kesusahan.


31. Dorongan dan harapan adalah dua perkara yang paling berkuasa yang boleh diberikan oleh seseorang kepada orang lain.

32. Kita mesti bersedia untuk melepaskan kehidupan yang kita rancang agar mendapat kehidupan lebih baik yang menanti.

33. Daripada membiarkan kesusahan dan kegagalan menghapuskan harapan anda, lebih baik jika biarkan ia memberi inspirasi kepada anda.

34. Mereka yang berjaya adalah mereka yang menggunakan seluruh usaha dan keyakinan untuk mendapatkan satu kejayaan.

35. Jika ingin melihat masa lalu, lihatlah keadaanmu sekarang. Jika ingin melihat masa depan, lihatlah apa yang kamu lakukan saat ini.

36. Teruslah berjalan walaupun jalannya sulit, kerana jalan yang sulit selalunya akan membawamu ketempat indah yang tidak pernah dicapai oleh orang biasa.

37. Seorang yang pesimis akan melihat kesukaran dalam setiap peluang, manakala seorang yang optimis akan melihat peluang dalam setiap kesukaran.

38. Berusahalah bukan sahaja untuk berjaya, tetapi juga untuk membuat diri lebih bernilai. (Albert Einstein)

39. Latihlah diri anda untuk mencari keberkatan dan nikmat dalam segala hal.

40. Perubahan diri memerlukan perjuangan bukan dengan sekadar duduk diam. Berjuanglah demi perubahan diri dan perbetulkan keinginan kita. Beri ruang kepada perubahan.


41. Jangan pernah menyesal satu hari pun dalam hidup anda. Hari yang baik memberi anda kebahagiaan dan hari yang buruk memberi anda pengalaman.

42. Hidup bukanlah tentang mencari diri sendiri. Hidup adalah tentang mencipta diri sendiri.

43. Jangan menghitung hari. Jadikan setiap hari tak terhitung nilainya. (Muhammad Ali)

44. Bina impian anda, jika tidak orang lain yang akan mengupah anda untuk membina impian mereka.

45. Sebuah kapal adalah selamat di pelabuhan, tetapi itu bukanlah tujuan kapal tersebut dibina. (Paulo Coelho)

46. Apabila kita tidak mampu lagi mengubah keadaan, kita dicabar untuk mengubah diri kita sendiri.

47. Apa yang menanti kita di masa hadapan adalah jauh lebih baik dari apa yang kita tinggalkan di masa silam. (C.S. Lewis)

48. Apa yang anda fikirkan, anda akan menjadinya. Apa yang anda rasakan, anda akan menariknya. Apa yang anda bayangkan, anda akan menciptanya. (Buddha)

49. Jika anda ingin terbang, tinggalkan semua yang membebankan anda.

50. Waktumu terbatas, jadi jangan sia-siakan. Temukan orang yang dapat membuat cahayamu bersinar lebih terang. (Steve Jobs)


Petikan kata-kata semangat diatas boleh diungkapkan kepada ahli keluarga atau kawan yang memerlukan disaat mereka sedang dibelenggu masalah. Anda sendiri juga boleh menggunakan ayat-ayat yang digemari dengan menulisnya di atas kertas dan menyimpannya di tempat yang anda boleh rujuk selalu.

Semoga bermanfaat.

Thursday, 28 July 2022

Doa Hari Khamis

 ðŸ’šDoa Hari Khamis💚


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ

Ya Allah bantulah aku mengingatimu, memsyukuri nikmatmu dan memperbaiki ibadah kepada mu.

Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)

Ya Allah Ya Malikal Mulk…ingin kami memanjatkan syukur Alhamdulillah kami kepada Mu pada hari Khamis ini kerana masih diberi peluang utk berusaha mempertingkatkan ketaqwaan kami kepadaMu. Tanamkanlah keazaman yang kuat untuk kami mencapai tujuan itu. Hindarkanlah kami drpd terpengaruh dengan hal-hal keduniaan yang melemahkan kami untuk mendekatkan diri denganMu Ya Allah.

Ya Fattahu Ya Alim...
Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang, Ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman, berikanlah rezeki yang mencukupi lagi halal dan diberkati, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Ya Allah dipagi yang mulia ini berilah kami rahmat Mu Ya Allah, letakkan kami dalam perlindungan Mu Ya Allah dan hindarlah kami dari azab api neraka.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, limpahkanlah rahmat, keampunan dan kurniaanMu ke atas kami, cukupkanlah keperluan kami dan hindarkanlah kami daripada segala yang Engkau benci dan kami takuti.

Ya Allah kurnialah kami nikmat Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan kami, keluarga kami dan agama kami.
َ
Ya Allah berilah kami kelebihan di sebalik kekurangan, berilah kami kekuatan disebalik kelemahan, berilah kami sukacita disebalik duka nestapa dan berilah kami harapan disebalik keraguan. 

Ya Allah di hari yang mulia ini kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan amalan kami.

Ya Allah, berilah kami keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah,Janganlah kelebihan yang kami ada itu menjadikan kami sombong.

Lindungi kami dari sombong dan takabur,
Ampuni kami jika kami riak.
Kami mohon Ikhlas dan kerendahan hati.

Jadikan kami hamba yang hidup yang  memberikan manafaat sebanyak-banyaknya.
Pilihlah kami menjadi jalan mencukupkan kpd hambamu yang  fakir dan miskin,
Pilihlah kami menjadi jalan cahaya kepada hambamu yang berada dalam kegelapan.
Pilihlah kami menjadi jalan kebahagiaan kepada hambamu yang nestapa. 
Pilihlah kami menjadi jln pelindunganmu kpd hambaMu yg teraniaya,
Pilihlah kami menjadi hamba yg manafaat.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabanna
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pu
jian hanya untukMu Ya الله Ya Rabbal Alamin