Tiktok Mekyuhhh

Saturday, 5 March 2022

RAHSIA BINA PERSONAL BRANDING TANPA NAMPAK MACAM MENJUAL


Berminat nak libatkan diri dalam dunia bisnes?

Okey, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah personal branding.

Mengikut pengalaman saya, newbie dalam bisnes akan rasa janggal untuk buat personal branding. Kebanyakan team leader biasanya encourage anak-anak buah untuk bina personal branding, tapi mereka pula ada rasa takut dan malu-malu.

Rasa kurang selesa untuk tonjolkan diri pada orang ramai.

Rasa seperti tunjuk pandai dan melebih-lebih.

Pasangan tak bagi keizinan.

Eh, macam-macam alasan lagi yang muncul.

Sebenarnya, jika anda betul-betul faham maksud personal branding, ia tak serumit yang disangka. Jika dibuat dengan cara yang betul, orang lain tak anggap pun kita tengah tunjuk hebat atau memandai-mandai.

Semuanya perlukan ilmu dan gerak kerja yang konsisten saja. Apa pun jangan risau, teruskan membaca kerana saya akan share dengan anda rahsia di sebalik personal branding ini. Dah ready ke belum tu?

Dah? Jom mula.

Apa Itu Personal Branding?


Perkara pertama yang perlu kita faham tentang personal branding ini bukanlah semata-mata nak jadi orang yang femes dan glamour. Ada juta-juta followers di akaun media sosial.

Bukan.

Bukan macam tu.

Dan tak perlu pun tunggu anda jadi kaya-raya, ada kereta besar dan rumah mewah 6 tingkat dulu baru nak buat personal branding.

Ramai orang silap faham.

Personal branding ini aktivitinya hanya berkongsi dengan follower tentang kisah kehidupan peribadibisnes dan juga karier anda.

Pendek kata, anda gabungkan sekali tiga perkara ini.

Perasan tak kebanyakan jenama terkenal, tak kiralah sama ada di Malaysia mahupun luar negara selalu dikaitkan dengan kisah dan reputasi pemilik jenama itu?

Contohnya, Bill Gates sering dikaitkan dengan Microsoft.

Tony Fernandes pula namanya semakin dikenali setaraf populariti Air Asia.

Dan, apabila menyebut tentang produk kecantikan Simplysiti, mesti nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang orang akan ingat dulu!

Jika diperhatikan, ramai sebenarnya usahawan berjaya di luar sana yang menggunakan teknik marketing zero cost ini. Mereka bijak mencari peluang dan sanggup ambil risiko. Selain mempunyai disiplin yang tinggi serta konsisten, mereka juga ada trademark tersendiri.

Baik, di sini saya buat sedikit ringkasan tentang beberapa langkah untuk membuat personal branding dengan cara yang berkesan:
1. Bina kepercayaan pelanggan anda supaya bisnes mudah berkembang.
2. Aktif bina networking. Lebih ramai orang yang anda kenal lagi bagus supaya banyak idea-idea baru boleh dihasilkan. Nanti nak buat partnership pun senang sangat.
3. Be authentic. Jadilah diri sendiri. Tak perlu terikut-ikut dengan cara orang lain supaya anda boleh kekalkan reputasi dan momentum anda. Menjadi orang lain ni sebenarnya penat. Bila penat, kita mudah nak mengalah dan down. Nanti ambil masa pula nak bangkit semula. Bisnes dah mula slow dan pelbagai isu pun timbul.
4. Guna nama sebenar anda supaya orang senang percaya. Orang tahu yang anda bukan scammer.  Letak gambar anda sendiri di profile. Seeloknya di bahagian muka anda tu biar jelas.
Dan jangan letak gambar kartun atau haiwan kat profile.
Contohnya ada yang selamba letak gambar kucing sebagai profile picture. Elakkan walaupun anda tu peminat kucing dan kucing tu comel!
5. Cari platform yang bagus. Pastikan juga anda rasa selesa masa guna platform itu. Contohnya, Facebook, Twitter, LinkedIn, Telegram dan sebagainya.

“Langkah pertama yang perlu anda buat apabila ceburkan diri dalam bisnes adalah keluar daripada zon selesa.”

Branding ini sebenarnya gabungan antara jangkaan, ingatan, cerita dan perhubungan. Empat perkara ini boleh mempengaruhi dan jadi penyebab sama ada bakal pelanggan anda mahu memilih perkhidmatan anda atau cari orang lain saja.”

– Seth Godin

Elemen Personal Branding Yang Efektif

Jangkaan Apa yang orang expect tentang kita?Memori Bila orang lain tengok kita, apa yang orang akan ingat tentang kita?Cerita Orang akan kenal kita melalui cerita yang kita sampaikan.Perhubungan Bagaimana hubungan dan interaksi kita dengan mereka? Baik atau buruk? Aktif atau pasif?
Baiklah, tadi saya ada sebut bahawa kekuatan satu-satu personal branding itu tak semestinya bergantung pada jumlah followers yang anda berjaya kumpulkan. Tetapi, ia bergantung pada kerajinan anda mengaktifkan platform yang anda pilih tadi seperti blog, Facebook, Youtube dan sebagainya.

Makin aktif membuat konten, makin gempak personal branding anda.

Makin aktif berinteraksi dengan followers, makin gah personal branding anda.

  • Kalau ada follower tinggalkan komen di posting anda, jangan lupa untuk reply.
  • Menulis dengan kerap di platform yang anda pilih. Nyatakan pendapat anda dalam sesuatu isu, ataupun kongsikan kisah yang boleh dijadikan pengajaran.
  • Selain menulis, anda juga boleh rakam klip video. Katakanlah anda sedang bercuti di Eropah, kongsikan kepada follower anda senarai restoran yang ada menyediakan makanan halal atau tempat shopping yang murah-murah. Ramai orang suka makan dan shopping, kan?
  • Dan jangan lupa tunjuk “behind the scene” bisnes yang anda sedang jalankan. Contohnya, bagaimana cara untuk dapatkan sijil halal JAKIM, staf sedang bungkus parcel pelanggan atau dekorasi butik anda. Anda boleh buat dalam bentuk video atau gambar, terpulang.

Ingat, kita mahu pelanggan kenal kita dan mula berinteraksi dengan kita.

Itulah kunci utama yang membantu kuatkan jenama anda!

“Dianggarkan bahawa 90% daripada pengguna internet adalah silent reader – dan mereka sangat jarang berinteraksi seperti memberi komen, suarakan pendapat, tulis konten dan sebagainya.”

Youtuber Bernama Sugu Pavithra

Anda tak perlu tunggu jadi jutawan untuk cipta personal branding. Orang beshe-beshe pun boleh. 
Cuba tengok Sugu Pavithra tu. Dia aktif dan konsisten membuat konten di Youtube. Dia juga kekalkan identiti dan jati dirinya yang sederhana. Tak semestinya perlu guna peralatan dapur yang canggih. Asalkan kemas dan bersih cukuplah.
Berkat usahanya, pendapatan pun dah bertambah. Buktinya, sekarang dia dah boleh pindah ke rumah baharu yang lebih selesa.
  • Konsisten dengan niche yang dipilih iaitu niche masakan. Tidak caca-marba.
  • Pandai ambil hati penonton dengan sebutan bahasa Melayu yang lancar.

Don’t try to be unique. Just be you-nique”

Dalam membina personal branding, ada 3 elemen yang perlu dititikberatkan.

  1. Target audience – Siapa pelanggan yang menjadi sasaran anda?
  2. Nilai yang ditawarkan – Bagaimana anda boleh membantu memudahkan kerja pelanggan?
  3. Keunikan anda – Mengapa pelanggan perlu pilih produk dan perkhidmatan anda berbanding peniaga lain?

Okey, sekarang saya nak ajak anda isi template ini.

Saya adalah [KENALKAN DIRI]. Saya menawarkan [PRODUK/SERVIS] untuk [TARGET AUDIENCE] untuk [VALUE YANG DITAWARKAN]

Tonjolkan personaliti, stail dan prinsip anda!

Dalam membina personal branding tanpa nampak macam menjual, anda mesti amalkan 5 perkara ini:

  1. Kongsikan aktiviti dan cerita anda di media sosial.
  2. Sebarkan kisah anda menerusi konten.
  3. Jadi diri sendiri.
  4. Aktif di media sosial.
  5. Gunakan profil media sosial anda dengan sebaiknya.

Saya harap anda belajar sesuatu dan sharing ini bermanfaat. Semoga anda semua berjaya mencipta personal branding masing-masing.

dipetik dari Website Hafiz Aznan

Thursday, 3 March 2022

TIPS MARKETING


Gais,marketing ni serius je senang je kalau korang tahu formulanya !

Ingat ea tak semestinya semua jenis teknik marketing korang kena buat,pernah tak korang jadi macam ni?

Jumpa si A dia kata dia buat ads menjadi,

Korang pon buat ads.

Jumpa si B dia kata dia buat pai review menjadi,

Korang pon buat review.

Jumpa si C plak kta masuk tv,radio bagus

Korang pon pegi masuk tv,radio

Last2 lepas tu lingkup🤣🤣..

Rase2 kenapa?


Gais,setiap produk ,setiap jenama berbeza caranya,jangan lah ikut2 orang,

Kalau taknak gulung tikar awal.

So nak buat apa ni?


Senang je gais marketing ni,korang tulis dekat sehelai kertas dekat mana korang berada sekarang,dan nak kemana korang dalam masa 1,2,3 tahun akan datang,in term of cash flow,company,team,produk,

service,Tulis je semua.

dan sepanjang tu adalah strategi yg korang kena buat,baru la korang fikirkan marketing mana yg sesuai utk sampai ke destinasi korang,


Sebab selama ini korang buat marketing bukan tak betul,da betul da cuma hala tuju tu tak sama dgn direction yg korang nak,thats why hasilnya tak seperti korang nakkan .


So lepas ni,sebelum nak buat marketing fikir dulu " adakah teknik aku nak buat ni perlu utk aku sampai ke destinasi aku?"

"Adakah perlu buat sekarang or not the right timing?"


Fikir-fikirkan la ,siapa kuasai ilmu ni,sangat powerful,dan komfem takkan down sebab tahu nak kemana.😘💪💥

Wednesday, 2 March 2022

𝘌𝘎𝘓𝘛 𝘙𝘰𝘭𝘧 𝘥𝘢𝘯 𝘋𝘰𝘮𝘪𝘯𝘪𝘲𝘶𝘦 𝘒𝘪𝘱𝘱


#1 FBOs in the world and 20k EGLT qualifiers Rolf and Dominique Kipp share their advice for making 2022 your most successful year in the business! 

  𝘍𝘉𝘖 𝘯𝘰.1 𝘥𝘪 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘯 20𝘬 𝘌𝘎𝘓𝘛 𝘙𝘰𝘭𝘧 𝘥𝘢𝘯 𝘋𝘰𝘮𝘪𝘯𝘪𝘲𝘶𝘦 𝘒𝘪𝘱𝘱 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘰𝘯𝘨𝘴𝘪 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2022 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘪𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯! 

 全球排名第一的 FBO 和 20k EGLT 资格者 Rolf 和 Dominique Kipp 分享了他们的建议,让 2022 年成为您在事业中最成功的一年!  

Tuesday, 1 March 2022

Best Duo for Glowing Skin


 Best Duo for Glowing Skin   

 𝘗𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘒𝘶𝘭𝘪𝘵 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪  

 让皮肤容光焕发的最佳搭配

Monday, 28 February 2022

𝘍𝘎𝘙23 𝘥𝘪 𝘉𝘈𝘓𝘐


Who's excited for #FGR23 in BALI?! We're so excited that we didn't want to wait until May to announce it! Plus, you now know the location you'll be working toward this entire qualification period. We hope you'll be in Bali with us! 

 𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘫𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 #𝘍𝘎𝘙23 𝘥𝘪 𝘉𝘈𝘓𝘐?! 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘫𝘢 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘩𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘔𝘦𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘮𝘶𝘮𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢! 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘪𝘵𝘶, 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘬𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪 𝘭𝘰𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘰𝘩 𝘬𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪. 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘳𝘢𝘱 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪 𝘉𝘢𝘭𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘪!  

 谁对巴厘岛的#FGR23 感到兴奋?! 我们太兴奋了,不想等到五月才宣布! 另外,您现在知道在整个资格期间您应该如何工作。 我们希望您能和我们一起踏上巴厘岛的旅程!

Sunday, 27 February 2022

Anak Bukan Beban

Anak Bukan Beban, “Dapat Kereta, Gaji Naik, Sebenarnya Kita Tumpang Rezeki Mereka”

Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepeda keperluan anak. Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.

Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.

Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita Yang Menumpang

Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita.

Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.

p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.

Sumber : Najmi Nawawi

Saturday, 26 February 2022

𝖶ahai teman, sesiapa pun yang hadir dalam perjalanan hidup ini, kedatangannya mengajarkan sesuatu kepada kita.

𝖶ahai teman, sesiapa pun yang hadir dalam perjalanan hidup ini, kedatangannya mengajarkan sesuatu kepada kita.

Apabila Allah hantarkan sahabat yang berpaling tadah, di sinilah letaknya ujian buat kita. Sejauh mana kita kendalikan perasaan. 

Sejauh mana kita mengawal rasa marah dan sehebat mana kita bersabar Dan apabila Allah hadiahkan sahabat yang benar-benar baik luaran dan dalaman, itulah nikmat yang paling besar. 

Itulah bahagia yang tak ternilai, justeru, nikmati dan bersyukurlah!