bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Sunday, 27 February 2022

Anak Bukan Beban

Anak Bukan Beban, “Dapat Kereta, Gaji Naik, Sebenarnya Kita Tumpang Rezeki Mereka”

Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepeda keperluan anak. Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.

Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.

Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.

Kita Yang Menumpang

Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita.

Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.

p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.

Sumber : Najmi Nawawi

Related Post:

  • susah nak update blogsemenjak laptop tak ada ni memang susah nak sangat nak update blog. aku jenis tak suka update pakai phone ni. nak jugak pakai pc atau laptop. biasa waktu malam en suami yang konker… Read More
  • adha demam dan ada ulserkesian si adha tu dah 2 hari tak ada selera makan sebab ada ulser dekat mulut dia. biasanya memang dia kuat makan sama macam ibu dia. ini satu hari dia tak nak makan sebab takut mu… Read More
  • lunch jumaat 17/06/2022pada jumaat yang lepas aku bersama 2 rakan baik heheheh... pergi cari makanan untuk lunch. sebenarnya kami dah ada makanan free pegawai bagi tapi nak keluar juga cari makanan. … Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment