Berminat nak libatkan diri dalam dunia bisnes?
Okey, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah personal branding.
Mengikut pengalaman saya, newbie dalam bisnes akan rasa janggal untuk buat personal branding. Kebanyakan team leader biasanya encourage anak-anak buah untuk bina personal branding, tapi mereka pula ada rasa takut dan malu-malu.
Rasa kurang selesa untuk tonjolkan diri pada orang ramai.
Rasa seperti tunjuk pandai dan melebih-lebih.
Pasangan tak bagi keizinan.
Eh, macam-macam alasan lagi yang muncul.
Apa Itu Personal Branding?
Perkara pertama yang perlu kita faham tentang personal branding ini bukanlah semata-mata nak jadi orang yang femes dan glamour. Ada juta-juta followers di akaun media sosial.
Tony Fernandes pula namanya semakin dikenali setaraf populariti Air Asia.
Dan, apabila menyebut tentang produk kecantikan Simplysiti, mesti nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang orang akan ingat dulu!
Jika diperhatikan, ramai sebenarnya usahawan berjaya di luar sana yang menggunakan teknik marketing zero cost ini. Mereka bijak mencari peluang dan sanggup ambil risiko. Selain mempunyai disiplin yang tinggi serta konsisten, mereka juga ada trademark tersendiri.
“Langkah pertama yang perlu anda buat apabila ceburkan diri dalam bisnes adalah keluar daripada zon selesa.”
“Branding ini sebenarnya gabungan antara jangkaan, ingatan, cerita dan perhubungan. Empat perkara ini boleh mempengaruhi dan jadi penyebab sama ada bakal pelanggan anda mahu memilih perkhidmatan anda atau cari orang lain saja.”
– Seth Godin
Elemen Personal Branding Yang Efektif
Jangkaan Apa yang orang expect tentang kita? | Memori Bila orang lain tengok kita, apa yang orang akan ingat tentang kita? | Cerita Orang akan kenal kita melalui cerita yang kita sampaikan. | Perhubungan Bagaimana hubungan dan interaksi kita dengan mereka? Baik atau buruk? Aktif atau pasif? |
Makin aktif membuat konten, makin gempak personal branding anda.
Makin aktif berinteraksi dengan followers, makin gah personal branding anda.
- Kalau ada follower tinggalkan komen di posting anda, jangan lupa untuk reply.
- Menulis dengan kerap di platform yang anda pilih. Nyatakan pendapat anda dalam sesuatu isu, ataupun kongsikan kisah yang boleh dijadikan pengajaran.
- Selain menulis, anda juga boleh rakam klip video. Katakanlah anda sedang bercuti di Eropah, kongsikan kepada follower anda senarai restoran yang ada menyediakan makanan halal atau tempat shopping yang murah-murah. Ramai orang suka makan dan shopping, kan?
- Dan jangan lupa tunjuk “behind the scene” bisnes yang anda sedang jalankan. Contohnya, bagaimana cara untuk dapatkan sijil halal JAKIM, staf sedang bungkus parcel pelanggan atau dekorasi butik anda. Anda boleh buat dalam bentuk video atau gambar, terpulang.
Ingat, kita mahu pelanggan kenal kita dan mula berinteraksi dengan kita.
Itulah kunci utama yang membantu kuatkan jenama anda!
“Dianggarkan bahawa 90% daripada pengguna internet adalah silent reader – dan mereka sangat jarang berinteraksi seperti memberi komen, suarakan pendapat, tulis konten dan sebagainya.”
Youtuber Bernama Sugu Pavithra
- Konsisten dengan niche yang dipilih iaitu niche masakan. Tidak caca-marba.
- Pandai ambil hati penonton dengan sebutan bahasa Melayu yang lancar.
“Don’t try to be unique. Just be you-nique”
Dalam membina personal branding, ada 3 elemen yang perlu dititikberatkan.
- Target audience – Siapa pelanggan yang menjadi sasaran anda?
- Nilai yang ditawarkan – Bagaimana anda boleh membantu memudahkan kerja pelanggan?
- Keunikan anda – Mengapa pelanggan perlu pilih produk dan perkhidmatan anda berbanding peniaga lain?
Okey, sekarang saya nak ajak anda isi template ini.
Saya adalah [KENALKAN DIRI]. Saya menawarkan [PRODUK/SERVIS] untuk [TARGET AUDIENCE] untuk [VALUE YANG DITAWARKAN]
Tonjolkan personaliti, stail dan prinsip anda!
Dalam membina personal branding tanpa nampak macam menjual, anda mesti amalkan 5 perkara ini:
- Kongsikan aktiviti dan cerita anda di media sosial.
- Sebarkan kisah anda menerusi konten.
- Jadi diri sendiri.
- Aktif di media sosial.
- Gunakan profil media sosial anda dengan sebaiknya.
Saya harap anda belajar sesuatu dan sharing ini bermanfaat. Semoga anda semua berjaya mencipta personal branding masing-masing.
dipetik dari Website Hafiz Aznan
Be First to Post Comment !
Post a Comment