Tiktok Mekyuhhh

Tuesday, 15 February 2022

𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗜𝗕.

 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗜𝗕.


Orang yang menutup aib orang yang beriman yang lain, Allah akan menutup aibnya.

Tidak akan mati seseorang yang membuka aib orang lain melainkan dirinya akan melakukan aib tersebut.

Jika aib tersebut adalah mencuri, dia akan mencuri. Jika ianya zina, maka dia berzina.

Jika diperdengarkan kepada kita tentang aib orang lain, bangkit dari situ dan beredar.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~



Monday, 14 February 2022

Special for you hawa

 Special for you hawa

Duhai wanita, anda menjadi yang terindah bukan kerana cantiknya paras rupa, tapi kernah anda cantik dalam menjaga maruah dan berahklak mulia Dan berbudi pekerti.

Anda menjadi yang terindah bukan pada manisnya pujuk rayu tetapi tebalnya sifat malumu.

Menjadi wanita itu satu ketetapan. Tetapi menjadi wanita yang solehah itu satu pilihan.  

Yang terpenting bagi seorang wanita itu adalah harga dirinya. Semakin terjaga dirinya, semakin mulia disisi Allah dan Rasulullah 


Sunday, 13 February 2022

Hari terakhir RG BOUTIQUE di Senawang

pada 31/01/2022 yang lalu genap 2 tahun RG Boutique Cafe beroperasi di Taipan 2, Senawang. berat rasa hati aku untuk memulakan bicara berkenaan penutupan butik cafe kami ini. walaupun begitu aku tetap bersyukur dan sentiasa berprasangka baik dengan kehendak Illahi.


sekarang ini RG Boutique masih beroperasi cuma tempat adalah di rumah aku sendiri iaitu di Mambau. penutupan ini aku putuskan supaya aku fokus pada perniagaan Forever Living terlebih dahulu sebelum aku sambung kembali buka cafe aku. mungkin dengan wajah baru nanti... InsyaAllah

dalam masa 2 tahun beroperasi banyak sangat kenangan manis dan pahit aku hadapi, yang paling kritikal adalah staf. aku bersyukur kepada Allah kerana sentiasa mendapat staf yang baik dan banyak membantu aku di kedai kerana aku sentiasa tiada dikedai untuk uruskan semua.

untu tahun 2022 adalah tahun aku buat perniagaan Forever Living dengan lebih baik dan fokus hanya pada FL ini. branding demi branding aku buat tanpa jemu walau ada antara orang terdekat dengan aku bosan dan meluat dengan aku. heheheheh... mungkin aku asyik bercerita berkenaan produk sahaja.

Saturday, 12 February 2022

kisah adik hani

sebenarnya aku tak nak bercerita pasal ni kerana adik dan adik ipar tidak benarkan aku post di media sosial. berat jugak untuk aku mengetuk keyboard supaya apa yang aku ceritakan tidak mendatangkan fitnah dan sekaligus tidak mengaibkan mana-mana pihak.

maaf kepada adik aku kerana aku tetap keluarkan kisah adik hani untuk tatapan rakan-rakan blogger supaya tabah dan sentiasa berserah kepada Allah dalam semua perkara, musibah dan dugaan daripada Allah.


kisah adik hani bermula dengan demam on off dan tidak dapat minum susu serta makan. bila makan dan minum susu muntah-muntah. dua kali masuk wad di hospital Besut. waktu itu doktor hanya menyatakan bahawa adik hani demam biasa.

bila balik rumah adik masih tidak dapat makan dan minum menyebabkan adik hani asyik menangis. melihat keadaan adik hani yang sangat membimbangkan umi dia iaitu adik aku membawa dia ke kecemasan dan meminta bahawa semakan terperinci pada adik hani. 

nak dijadikan cerita, ketika adik hani berada di hospital besut doktor pakar daripada Kuala Terengganu datang melawat pesakit disana dan melihat rekod kesihatan adik hani. beliau terus meminta supaya adik dikejarkan ke hospital besar iaitu Hospital Kuala Terengganu.

pada hari yang sama adik sampai di hospital tersebut doktor telah menjalankan rawatan terperinci ke atas adik. berita yang sangat menggembarkan mengenai adik hani iaitu adik disahkan mengidap barah otak stage 4. kami sangat terkejut dan sangat berdukacita tentang berita ini. kami sangat sayu apatah lagi adik aku yang menanggung beban yang sangat sukar dalam hidupnya.

keputusan antara adik dan suami untuk meneruskan pembedahan dilakukan kepada adik hani walaupun doktor menyatakan bahawa peluang sangat tipis. kami hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada Allah atas semua dugaan dari DIA ini.

aku lupa tarikh pembedahan tersebut tetapi aku ingat lagi masa pembedahan berjalan selama 7jam dan alhamdulillah pembedahan berjaya mengeluarkan barah tersebut. namun masih bersisa kerana doktor tidak dapat menari saki baki tersebut. 

doa dan terus berdoa semoga adik hani membuka mata setelah selesai menjalankan pembedahan yang sangat kritikal itu.


kami yakin adik hani sangat kuat dalam melawan penyakin dia. begitu juga pada adik aku yang sangat kuat dalam menempuh ujian yang sangat besar buat dia dan suami. setelah hampir 10 jam selepas pembedahan, mata adik hani perlahan-lahan buka dan memberi sinar baru kepada kedua umi dan ayahnya termasuk kami semua.

berita ini kami terima dengan kesyukuran kepada yang MAHA esa kerana masih memberi peluang kepada adik hani. hari demi hari perkembangan adik hani baik walaupun sangat perlahan tetapi kami tetap titipkan kesyukuran kepada NYA.

Memandangkan keadaan adik hani masih tidak stabil, adik terpaksa minum dengan menggunakan tiub dan berat adik susut. walaupun begitu keadaan adik tetap stabil... Alhamdulillah. adik juga boleh mendengar uminya memanggil dengan menggenggam jari umi menandakan dia dengar uminya memanggil.
berat orang yang memandang berat lagi bahu umi dan ayah adik hani yang menanggung beban ini. hampir 3 bulan berada di hospital Kuala Terengganu, umi hani meminta supaya mereka ditukarkan ke hospital besut kerana mudah bagi adik aku untuk berjumpa dengan anak-anaknya yang lain. dan memudahkan ayah nya datang melawat.

kepada rakan-rakan yang membaca coretan ini aku amat memohon agar kalian terus mendoakan adik hani supaya sihat seperti sedia kala dan dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain... amin

kepada adik hani, ibu ngoh akan sentiasa mendoakan adik pulih dan sihat macam mana anak-anak yang lain. ibu ngoh sangat sayang kan adik dan semua anak2 ibu ngoh yang lain.



Tuesday, 14 September 2021

nak beli ke tak ek...

orang lain dah pakai berbulan2 dah tapi aku masih berkira sama ada nak beli atau nak hold dulu. kalau asyik bertangguh sampai bila tak akan merasa kan? so decide nak beli lah..

tapi satu lagi yang memuskil kan aku adalah nak beli yang mana satu ek? heheheh (macam banyak duit sangat pulak... huhuhuh) beli yang mampu sudah jangan nak berlagak hokey.. hahahaha. 

sebenarnya nak sangat beli sebab nak edit gambar bagi menarik bila kita bergambar atau ambik video. sebab daripada gambar atau video yang cantik orang akan tertarik dan akan view barangan yang kita jual. ini adalah satu marketing yang aku belajar.

so nak tak nak kena melabur demi masa depan.. cewah hahahaha

kalau ikutkan aku bukan jenis yang suka bergambar tetapi aku mempunyai perniagaan sendiri aku terpaksa akur dengan keadaan semasa. ramai customer atau orang luar nak tahu kehidupan seharian kita selain perniagaan yang kita usahakan tetapi jangan sampai fake yea. biar kita ikhlas dengan semua orang walaupun mereka tidak berminat dengan produk kita tapi mereka suka dengan cara kita. sebagai contoh lifestyle yang kita tonjolkan.

kawan-kawan doakan saya berjaya yea sebab big why saya sangat besar dan banyak. saya tak ada masa dah nak bertangguh sebab 1) usia saya yang dah setengah abad, 2) sebab takut tak sempat nak balas jasa dan budi mak, 3) sebab saya tal tahu bila saya akan meninggal... so saya kena cepat dan istikomah dalam semua perkara yang saya lakukan... amin


Monday, 9 August 2021

Selamat hari lahir along yang ke 20

 


Selamat hari lahir buat anak sulung ibu semoga dikurniakan kehidupan yang baik dunia akhirat, dijauhi segala jenis penyakit dan sentiasa sihat.
Ibu doakan awk jadi anak yang soleh dan beriman. Jadi seorang muslim yang dirindui dan disenangi oleh semua orang, sentiasa muhasabah diri ke arah kebaikan, dilimpahi rezeki yang banyak dari semua segi, menjadi along yang
terbaik
buat adik-adik,
Semoga along jaga makan, jaga kesihatan supaya dapat berjihat ke jalan Allah dengan sempurna
Abu sayang along dunia akhirat...

doa buat mu anak :

Ya Allah! Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmatMu, pada hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepadaMu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua. Ya Allah! Bersempena sambutan hari lahir anakku hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada nya sehingga menjadikan dia golongan yang berjaya pada hari ini. Ya Allah! Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah dia dengan hidayah dan taufik Mu agar dia tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah dia menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.


Perginya seorang bintang - Siti Sarah Raissuddin


Malaysia digemparkan dengan berita perginya seorang bintang ternama Siti Sarah Raissuddin yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 5.13 pagi tadi yang telah diumumkan oleh suami beliau iaitu Syuib. sepanjang carear beliau sebagai seorang bintang perjalanan beliau banyak berubah dari semua segi dan aspek.

semoga syuib dan keluarga sarah dapat menerima dengan redha dan tenang. teringat semasa aku dan keluarga digemparkan dengan kematian mengejut abah tercinta. siapa yang dah merasa akan tahu keadaan ketika itu. semua itu telah jadi kenangan kepada kami sekeluarga. semoga Arwah abah tenang disana dan kami tidak mungkin akan melupakan mu Abah...

Al- fatihah buat Siti Sarah Raissuddin 

Salam Takziah...

Innalillahiwainailaihirojiun...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah,
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين