usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Monday, 1 March 2021

Program Clean 9 by Forever Living

Masalah perut buncit dialami oleh ramai orang. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan hal ini berlaku seperti pengumpulan lemak akibat terlalu banyak makan, pengumpulan air serta banyak pengambilan garam.

"Di sini saya sarankan anda mencuba set Clean 9 Forever Living. Clean 9 sudah terkenal diseluruh dunia sebagai salah satu cara berkesan untuk mendapatkan berat badan yang menawan dan sihat"

 


Program Clean 9 Forever Living

set pengurusan berat badan Clean 9 Forever Living adalah satu pakej program yang terdiri daripada beberapa produk yang boleh membantu penurunan berat badan dalam masa 9 hari.

set clean 9 mengandungi produk seperti dibawah iaitu :

  • 3x Alovera Gel
  • 1x Forever Lite Vanila/Chocolate (Pouch)
  • 1x Forever Bee Pollen 
  • 1x Forever Arctic-Sea
  • 9x Stick Foraver Fiber 
  • 1x Panduan Clean9

 

 Alovera Gel :

  • membantu proses detoksifikasi umtuk membuang segala mendapan di usus 
  • membuang toksin, 
  • meningkatkan tenaga dan meningkatkan sistem penghadaman

Forever Lite Ultra:

  • Makanan gentian yang bernutrien seimbang dan mengenyangkan.
  • Kandungan protein yang cukup baik untuk membantu hati menjalankan pembuangan toksin.
  • Membekalkan nutrient yang diperlukan oleh manusia seharian.
  • Mengandungi lebih banyak protein kurang karbohidrat
  • Kandungan asid amino dan GH (growth hormone) yang membantu kulit lebih muda dan melambatkan proses penuaan.

Forever Artic Sea:
  •  Mengandungi EPA dan DHA (Omega 3) dan minyak zaitun (Omega 9) dan vitamin E.
  • Memberi perlindungan dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular , sakit jantung dll.
  • Menyokong fungsi otak, system saraf, dan penglihatan.
  • Mengurangkan keradangan , bengkak dan membantu dalam penyembuhan eczema, reumatisme dan artritis.
  • Mengawal Berat badan dan selera makan.

Bee Pollen:
  • Mempercepatkan kadar metabolism hati
  • Membantu Proses pembakaran lemak dan meningkatkan kerja pembuangan toksin.
  • Amat kaya dengan vitamin B compex
  • Membekalkan nutrient lengkap untuk kulit dan tubuh manusia.
  • Membantu kulit kelihatan lebih sihat dan bersinar. 
 
 Forever Fiber:
  • serat larut air yang membantu rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk makan
"Ke semua produk dalam set Clean 9 Forever Living sudah mampu untuk membekalkan tenaga kepada badan kita selama 9 hari TANPA makan seperti biasa. kita tidak akan terasa lapar sebab khasiat dalam set Clean 9 sudah lengkap untuk badan kita"
 
kat atas tu saya copy paste dari rakan2 yang pernah mengikuti dan saya sendiri hari ini baru mula untuk program C9 ini. untuk pemaham saya begini, kita makan sepanjang tahun, ada satu bulan ramadhan, kita berpuasa, dari segi kesihatan, puasa adalah proses merehatkan perut.  Di masa inilah perut kurang bekerja memproses makanan.  Makanan yang disarankan, adalah makanan berserat tinggi seperti buah kurma.  Jadi, usus mempunyai ruang untuk melakukan proses detox. 
 
Program 9 hari ini hampir menyamai proses puasa. Cuma dalam program ini dibekalkan dengan produk yang menggantikan nutrisi makanan yg diperlukan tubuh. 9 hari ini usus kosong.  pembersihan bermula. Saya samakan ia dengan pembersihan rumah atau ruang pejabat.  jika nak betul-betul bersih, mestilah pastikan ruang kosong agar pembersihan mudah dilakukan.  perabot dan barang-barang dikeluarkan.  
 
begitulah untuk membersihkan usus ketika ia tidak dipenuhi dengan makanan.  Ia bukan sahaja dibersihkan, malahan dilapisi dengan jus aloe yang mampu menghalang toksin bahaya meresap ke tubuh. Detox/ pembersihan ini penting untuk memastikan penyerapan nutrisi secara maksimum dan anda akan terasa kecergasan yang sebagai orang sihat walaupun anda tidak mengambil makanan seperti selalu.  
 
Kemudian, program 30 hari menyusul.  Proses penting ini adalah sambungan program pengurusan badan.  inilah yang dinamakan program secara berperingkat.  Dalam tempoh ini, berat anda mula diturunkan. Dalam program Clean 9, kita tidak perlu makan banyak.  Nutrisi yang penting sudah termasuk dalam produk program.  perut kosong sepanjang hari.  Ini memudahkan nyahtoksin berlaku.  Usus dibersihkan dan disegarkan.  Yalah, nak bersihkan usus lebih mudah tanpa makanan.  
 
selepas 39 hari, berat badan turun secara berperingkat dan sihat.  Anda bleh terus menggunakan aricsea dan aloevera seperti biasa. berat badan anda boleh kekal langsing jika anda sudah terbiasa dengan disiplin 39 hari.  Makanlah secara berhemah.  Jangan terlalu ikut nafsu. 
 
Namun, serius saya cakap, anda sendiri akan terasa cepat kenyang setelah mengambil aloevera dan articsea.  Bee pollen meningkatkan metabolisma... menggalakkan pembakaran kalori berlaku.  manakala vitamin c membakar lemak berlebihan memastikan anda dapat mengekalkan berat badan ideal.
 
saya akan terus berusaha untuk kekal langsing dan sihat. bila sihat kita senang nak beribadat dan tidak rasa sakit dan susah nak melalukan sesuatu perkara.
 
antara testimoni yang dah berjaya dalam program c9 ini.








 


 

 
 
 
 
 
 
Wednesday, 24 February 2021

Rielkies soon di RG Boutique Cafe tau

 


You guys taw tak sekarang tengah kecoh pasal RIELKIES. 

PRODUCT BARU dari Aeril Zafrel!

1️⃣ Riel ball with berries
2️⃣ Riel rice with berries
3️⃣ Riel Mini Crunch with berries

💰Harga Jualan RM16

✨Coklat premium yang melimpah
✨Packaging exclusive
✨Berry GRED A

Jom jadi yang terawal book!






penggemar Starbucks


hi korang...

sibuk ke tu? saya sibuk jugak la tapi ada masa sikit nak update blog kesayangan aku yang dah hampir 12 tahun.. lama giler kan

korang ke tu yang starbucks edited? aku? aku xla setahun tu boleh kira je aku mampu beli... heheheh mahal kot harga dia. aku bukan nak bercerita pasal apa pun cuma sebenarnya produk kita pun mampu setanding produk ni.

sape penggemar coffee akan tau perbezaan antara coffee biasa dan coffee premium. aku tak de la sehebat mana boleh bezakan semua tu janji tekak aku dapat terima kira ok la tu... hehehehe

kalau dekat rumah aku biasa hidang pada tekak aku nescafe GOLD Blend yang aku campur dengan fresh milk, rasa dia tak pahit sangat macam Nescafe biasa tu.


Rentas daerah pun tak oleh

 Semenjak Covid-19 menyerang dunia banyak perkara baru berlaku ada yang baik ada yang sangat menyukarkan kita sebagai umah di muka bumi ini. Semua Allah dah aturkan dan tentukan pada kita supaya sentiasa beringat pada DIA yang Esa.

sekarang ni PKPB di Negeri Sembilan dan negeri2 seangkatan oleh nya. Pasal biz macam rutin biasa la ada pasang surutnya tapi aku tak nak bercerita pasal bisnes tapi pasal rentas daerah. aku ni duduk daerah Seremban dan nak ke Daerah PD bukan ada urusan penting sangat pun (plz jangan kecam) cuma nak menikmati udara pantai yang dah lama x kunjung kesana.

rindu nak dengar bunyi ombak, rindu nak tengok view sana sebab aku memang pencinta pantai dan laut. aku boleh berendam dalam air masin tu dari pagi hingga petang sebab seronok sangat bila dapat mandi, bila dapat pijak pasir putih dan halus.

tu je sebanarnya aku nak cerita.. kisah aku yang tak boleh rentas daerah heheheheh pastu ada hajat nak rentas negeri nak gi shopping kat ikea, adeh.. sebab aku ada nak beli rak cermin nak letak kat cafe sebab nak simpan produk forever Living. produk ni kan mahal dan bertaraf international so kena la jaga dan simpan dalam rak berkunci..

dalam gambar diatas tu la benda aku nak beli nya... payah na sekarang ni nak beli. ada je ps jual dan harga berpatutan cuma masih berfikir-fikir lagi sebab aku ingat nak beli 2 tapi satu2 dulu pun ok kan daripada tak ada langsung.


Monday, 22 February 2021

Tanam Pokok bunga for beginners

selama aku hidup pernah la beberapa kali aku bercucuk tanam tak kira lah aku tanam sayur ke pokok buah ke atau pokok bunga semua akan mati. orang tua-tua cakap tangan aku ni panas betul ke atau hanya mitos semata-mata? korang boleh bagi jawapan x?

setiap wanita mesti nak laman rumah ada mini garden dan sama juga dengan aku. perasaan nak menanam bunga sangat menebal sejak aku kecik lagi tetapi bila aku tanam sesuatu mesti tak menjadi dan mati.

kat bawah ni aku copy paste dari mr google dan blog ni. untuk tatapan aku dan rakan2 blogger yang nak sama2 belajar menanam... hehehe

kat bawah ni gambar bunga aku oginal tau.. 





Langkah-langkah nak tanam pokok for beginners.

 

1. Find a kickstarter. 

Nak buat something baru ni, kena ada inspirasi/minat/kickstart/kawan/ orang atau benda yang nak push supaya kita teruskan. 

 

2. Cari info

Caranya is buat or berlagak makciks, kemudian p kedai-kedai jual pokok punya. Tengok bunga yang kita berkenan. Sembang dengan orang yang menjual. Tanya cara-cara nak jaga pokok. Apa kena ada. I started with zero knowledge, now dah tau sikit. Sebab sembang macam makciks. hehehe. Ok antara soalan nak tanya is 'Berapa ringgit bunga ni sepokok bang?' (intro :P). Kemudian, 'Susah tak nak jaga? Saya ni baru nak mula. Malas lagi bang' or 'Saya kerja tapi baru nak minat-minat pokok bunga'. 'Dalam tanah ni letak apa bang?'. 'Ni nampak tumbuh elok ja, abang letak apa?'.  'Kalau saya guna baja tu, banyak mana kena letak?'

Pendek kata, korang tanya je lah segala benda yang korang taktau. Kalau tak berkenan nak beli, cakap pulak 'Takpa dulu bang. Saya datang kemudian. Terima kasih' (senyum).

 

3. Survey kedai yang jual barang-barang tanaman murah. 

Sambil survey boleh tanya lagi. Biar selalu masuk ilmu. Jangan malu. Dah betul kita bukan dalam bidang tu, memang la tak tahu. Sebab tu la kita nak belajar kan.

 

4. Pilih/beli pasu

Ada banyak  warna pasu-pasu ni pon.Ada warna common macam brown, dark brown, white and green. Ada warna rare (susah nak dapat), pink, yellow, etc.

Harga: bawah RM3. So far aku dapat paling murah RM2.20, paling mahal RM2.70.

Tips: Kalau minat bunga gantung (which is lagi lawa kalau gantung) beli tali penggantung tu RM0.50 setiap satu. Senang je. Click je kat pasu kita. Ada jenis plastik and dawai besi.

 

5. Pilih/beli baja

Rupa-rupanya ada je campuran baja/tanah/kompos tu dijual di kedai. Kita tanya je orang kedai tu. Ada yang tanah sahaja. Ada yang baja sahaja. Ada campuran baja/sabut/tanah. Untuk most pokok bunga campuran pertama tu lebih baik. Sebab dah siap kan. Boleh tanya orang kedai tu pokok yang kita minat tu letak baca apa. Kalau malu, p godek-godek pasu kat kedai tu (make sure tuan kedai tak nampak ok :P)

 

6. Tanam. 

Mudah je tanam pokok ni. Awai-awai tak payah la buat susah. Macam aku buat, ambik je anak pokok/pokok yang kecik-kecik tumbuh tepi pokok bunga tu (datang dari biji pokok tu juga. Biji tu pecah, jatuh atas tanah, tumbuh la kat tepi-tepi pokok ibu tu) Letak campuran tanah/baja/kompos tu sikit. Lebih kurang 1/3 daripada saiz pasu. Dirikan anak pokok yang kita cabut dari tepi-tepi pokok bunga yang sedia ada tu. Penuhkan/isikan je campuran tanah/baja tu bagi penuh dan menutupi akar pokok bunga kita tadi. Tekan-tekan sikit. Lepas tu siram.

7. Gantung kat tempat yang teduh (Ada matahari tapi tak terik).

 8. Tunjukkan kesungguhan. 

Macam aku kalau awal-awal nak start ni memang semangat lebih. Buat rumah untuk pokok-pokok bunga tu. Cat warna putih nak bagi naik sikit warna bunga tu nanti. Lepas tu letak jala warna hitamnak bagi redup. Pulun la sikit tapi bila dag siap sedia camtu baru aku semangat sikit. Paling-paling pon bertahan la sebulan semangat ni. hehehehe. Takpa. At least dah belajar benda baru n gotta say 'i've spent my month well!' (dengan lagaknya)

Sunday, 21 February 2021

Jom follow TikTok aku



kenapa kebanyakan aku dengar dan lihat ramai yang cakap TikTok ni tak bagus. bagi aku kalau kita negatifkan benda ni akan jadi negatif la sebab aku pandang dari segi positif dan banyak perkara boleh kita buat dengan TikTok ni.

kita boleh berkenalan dengan ramai kenalan yang berbisnes, kita boleh tengok tips-tips deco rumah la tips2 masakan la dan banyak lagi. pokok pangkal diri kita nak cari dan tengok. yang korang tengok budak2 muda dan tua tergedik2 menari nampak susuk tubuh tu dah knape? kan dah marah mak nyah... hahahah

so jangan fikir negatif boleh tak? semua laman sosial ada baik dan buruknya cuma kita je mana nak arahkan dia. so bleh klik sini atau cari je 

 dan kalau rajin bleh la follow... hikhikhik

USUS TAK SETEL, MAKAN APA PUN TAK JALAN SIS!

 

Pernah tak anda diet bagai nak rak, tapi berat badan tetap tak turun? Atau anda makan banyak, tapi badan tak naik? Atau anda makan produk kesihatan, tapi tak berkesan? Pernah, kan?

Kenapa ye jadi macam tu? Haa.. Jawapannya sebab USUS ANDA KOTOR! BERKELADAK! Bila usus kotor, berkeladak, macam mana la nak serap segala khasiat dan zat makanan tu? 

Ibarat span basuh pinggan yang dah berkerak, mcm mana la kita nak serapkan air sabun banyak² dalam span tu? Tapi span kita boleh beli baru sis. Usus kita bukannya ada jual spare part kat Body Shop!

Jadi nak tak nak, kita kena cari jalan bagaimana hendak membantu membersihkan usus. Dan menurut kajian, antara bahan terbaik untuk tujuan itu ialah JUS ALOE VERA.

Tak percaya? Cubalah sebotol hari ini. Minum ikut sukatan yang kita cadangkan. Insya Allah anda akan rasa perbezaannya segera.

UseZally